halwa telinga

Sunday, August 12, 2012

graduan madrasah Ramadhan?

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

hari ni 12 ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan 1433 H..dan sebaik masuk waktu maghrib hari ini, sekarang sudah pun 25 Ramadhan. cepat kan? ramadhan kali ini terasa sangat pendek. awal ramadhan tahun ini kami berperang dengan imtihan akhir tahun 5. alhamdulillah...sebaik tamat imtihan, ramadhan sudah di suku ketiga yang terakhir iaitu 10 hari terakhir.

apabila kita sebut 10 hari terakhir, automatik fikiran kita akan terbawa kepada malam al-qadr (lailatulqadr), yang mana amalan pada malam al-qadr dijanjikan pahala oleh Allah swt dengan pahala 1000 bulan. fuh! cer bahagi....1000 bulan bersamaan berapa tahun? lebih kurang 83 tahun. agak2 sempat ke kita hidup sampai umur 83 tahun? wallahu a'alam. jadi, apa lagi? move move move! bergerak sekarang! dah tinggal beberapa hari sahaja lagi kan? tahun depan belum tentu dapat bertemu ramadhan sekali lagi.

pada awal ramadhan baru2 ni, seorang ukhti ada memberi sedikit tazkirah kepada kami sambil sembang2. katanya, bulan ramadhan ini ibarat sebuah madrasah atau sekolah. apabila disebut mengenai sekolah, apa yang kita harapkan ialah jika kita nak tuntut ilmu, kita nak ilmu tu bertambah. di dalam madrasah ramadhan ini pula, apa yang kita harapkan adalah diri yang lebih baik daripada sebelum menempuh ramadhan. kita cuba renungkan sekejap pada firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 183 :

 Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

apa tujuan puasa? Allah swt sebutkan di situ ' supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa'. 

kita pun tanya, "macam mana sifat orang bertakwa?"

meh kita extract isi2 dalam ayat Allah swt di bawah ni =).

awal surah al-baqarah, dalam ayat 2, disebutkan bahawa Al-quran tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang BERTAKWA. 

.....siapakah?

disambung di dalam ayat ketiga hingga 5 : 

3 : iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat , dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,

4: dan mereka yang beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab2) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat.

5: Mereka lah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.


di dalam ayat lain pun ada lagi yang Allah swt ceritakan mengenai sifat- al-muttaqeen ni. antaranya di dalam surah Aali Imraan ayat 133-135.

133 : Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,

134 : iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.

135 : dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah swt? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.


dan ada baaaanyak lagi kalam Allah swt di dalam al-quran yang menyebut  mengenai sifat2 orang bertaqwa. nanti2 kena korek2 lagi lah. 

dan semestinya siapa yang disifatkan sebagai al-muttaqeen ini Allah swt dah janji ganjaran yang istimewa. salah satunya di dalam surah aali Imraan juga dalam ayat 136 :

" Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

AMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT. 

jadi.....melalui madrasah ramadhan ni, goal utama kita adalah menjadi orang bertaqwa. sekarang pun sudah tinggal dalam 4 atau 5 hari saja lagi, keadaan diri kita sekarang macam mana? saya pun menilik diri sendiri. adakah masih sama seperti sebelum ramadhan 1433 Hijrah ini tiba? 

teringat semasa dalam perjalanan pulang dari iftar di rumah ustazah Syaima' baru2 ni, sepanjang perjalanan di highway pantai atau kami panggil jalan 'ala bahr, terutama di kawasan Miami (hot spot family arab berpicnic), manusia penuh di pantai. aik? bulan puasa pun ada yang datang mandi pantai. galak bersuka ria.  dah la malam. sedang waktu itu sepatutnya sama2 bertaraweeh. atau paling kurang, hormati lah bulan ramadhan ni. mungkin ini antara yang disebut oleh Rasulullah saw di dalam salah satu hadis yang mafhumnya lebih kurang, amat rugi bagi orang berpuasa pada bulan ramadhan ni yang mana mereka tak dapat apa2 kecuali lapar dan dahaga. kita sendiri? semoga tak termasuk dalam golongan yang rugi.

**

ramadhan bulan tarbiyah. bulan mendidik jiwa. kalau yang panas baran, bulan ni dididik untuk lebih bersabar. untuk yang susah bersyukur, bulan ini diri diajar untuk lebih bersyukur. dan ramadhan kali ini banyak mentarbiyah diri ini. cukup ke tarbiyah ramadhan ni untuk saya? wallahu a'alam. namun, ramadhan kali ni banyak mengajar diri, jiwa dan hati saya. sungguh segala tindak tanduk kena ikut apa yang Allah swt ajar. Allah swt turunkan Al-Quran, Rasulullah saw tinggalkan sunnahnya. 

keputusan berasaskan nafsu.....harap dijauhkan. MESTI dijauhi. 

semoga kita semua menjadi graduan ramadhan yang terbaik! semoga kita sama2 tergolong dalam golongan al-muttaqeen. 

**

saya ada tengok filem 'di bawah lindungan kaabah'. ini pun selepas saya tengok status adik saya mengenai filem ni. Subhanallah! sangat terkesan di hati. mesej yang saya dapat adalah bertindak ikut redha Allah. cinta kerana Allah swt. kata ibu Hamid (watak utama aka hero) "di saat kamu merasakan kamu tidak punya siapa-siapa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih dari cukup"....walaupun kata2 ini sudah banyak kali dibaca dan didengar, tapi...saat ibunya ungkapkan kata2 ini, entah kenapa air mata tiba2 tak dapat dibendung. kenapa? tengok lah sendiri =)

**

sekarang semua ahli beit saya sudah pulang ke malaysia. tinggal lah sorang2 dalam rumah ni. tak semangat nak beraya. =(. insyaAllah sahabat saya selama 5 tahun di sini bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. malangnya, saya tak dapat hadir. sodih tak? sempat jugak ambil gambar terakhir semasa dia bujang ^^.
semoga berbahagia hingga ke syurga. 5 tahun. kalau 5 tahun 5 bulan, dah boleh jadi macam Ana dalam 5 tahun 5 bulan. 

**

ok lah. panjang2 tulis pun macam syok sendiri juge. setakat ini saja. wallahu a'alam. doakan segala urusan dipermudahkan!