halwa telinga

Tuesday, February 5, 2013

Islam And Love

assalamualaikum wbt

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

saya harap percubaan untuk menulis kali ni berakhir dengan saya menekan button 'PUBLISH'. idea tersangat kering atau tangan malas untuk menulis? hurmm...mungkin keduanya bertukar ganti. ada masa rajin, saya yang tiada idea. apabila ada idea, malas untuk memikirkan ayat2 yang perlu disusun di sini. maka semuanya berakhir dengan menekan butang pangkah atau 'save' sahaja.

alhamdulillah, winter break selama 2 minggu semakin menuju ke garisan penamat. ke manakah saya selama 2 minggu ini?

menjadi penunggu setia mesir. =).

5 hari pertama saya berkampung di Cairo. menghadiri seminar anjuran PERUBATAN, maaradh kutub (2nd largest international book fair in Africa!), dan berjumpa sahabat2 lama. seronok. walau 5 hari sahaja, terlalu banyak ibrah yang diperoleh.

berkunjung ke book fair terasa heaven! seronok tengok buku2 tu. tapi....banyak kitab arab. kalau saya mampu baca kitab arab sendiri, mungkin boleh dibeli. tapi, apakan daya....dalam satu ayat, ada saja perkataan yang saya tercari-cari maknanya. maka, buku bahasa inggeris sahaja menjadi tumpuan kami. dan sangat teruja sebab terjumpa banyak buku pengarang2 kesukaan saya seperti Abdullah Nasih 'Ulwan.

siapakah dia?

Sheikh 'Abdullah Nasih 'Ulwan ni terkenal dengan buku karangan beliau berjudul Tarbiyatul Aulad fil Islam. tapi, hari tu banyak lagi buku lain yang saya jumpa. antaranya Islam and love (Islam wal Hubb), Islam the Law Of Life.

dalam Islam and Love, bukan bercerita sepenuhnya mengenai cinta manusia sesama manusia tu. menariknya diceritakan tentang ranks of love. cinta terbahagi kepada 3 bahagian.

-high rank love (cinta kelas pertama)
-middle rank love (cinta kelas pertengahan)
-low rank love (cinta kelas bawah)

cinta kelas pertama, atau high rank love atau cinta highclass ni limited kepada cinta kepada Allah dan Rasulullah saw. walaupun ada cinta sesama manusia seperti cinta antara ibubapa dan anak, cinta suami isteri, cinta sesama sahabat, yang meletakkan cinta mereka itu kerana Allah, tetapi cinta terhadap makhluk2 lain ini terletak di dalam cinta kelas pertengahan.

kenapa?

sebab cinta kepada Allah dan kekasihNya Rasulullah saw ini sangat EXCLUSIVE. tiada cinta yang setanding dengan cinta kepada Allah dan RasulNya. Allah lah Pemilik alam ini, Allah yang mengatur alam ini, Allah yang Maha Mengetahui, Allah yang menetapkan syariat hidup manusia, Allah lah pemilik segala-galanya! seorang hamba yang betul2 merasakan kecintaannya kepada Allah swt akan cuba sedaya upaya untuk tunduk, akur, patuh, dan sujud kepada suruhan Allah swt. kerana dia tahu bahawa, walau sehebat mana pun seorang hamba itu, hamba tetap hamba. Allah swt mampu melakukan apa saja dalam sekelip mata. dan saat itu, hamba itu tahu bahawa dia takkan mampu menolak qudrat dan iradah Allah swt.

kecintaan kepada Rasulullah saw pula dihuraikan dalam buku 'Islam and Love' ini dengan menceritakan keindahan akhlak Rasulullah saw. Baginda lah makhluk paling sempurna atau biasa kita dengar dengan kalimah ma'sum. tiada dosa baginya.

kata Imam Malik Rahimahullahu alaih " setiap manusia melakukan kesilapan kecuali yang disemadikan di dalam makam ini (makam Rasulullah saw)"

kalau kita menyingkap sirah Rasulullah saw, terlalu banyak kisah yang wajib diambil ibrahnya. singkap dan hayati. ada terdengar satu rakaman ceramah ustaz zahazan tentang tafsir surah an-Nasr, kisah yang dikemukakan adalah berkenaan saat kewafatan Nabi Muhammad saw. sayu rasa hati. rasa seolah umat Nabi Muhammad yang seorang ini sangat jauh dari menghayati perjuangan baginda saw.

di dalam cinta highclass ini juga menyebut bahawa, hamba yang betul2 cintakan Allah swt dan Rasulullah saw ini tidak dapat tidak pasti akan cinta kepada jihad. iaitu jihad menegakkan agama Allah swt di atas muka bumi ini. seorang hamba itu sangat cinta kan jihad ini sehinggakan dia meletakkan bahawa, tak kisah apa hasilnya nanti, cuma yang pasti antara dua kemungkinan sahaja iaitu syahid atau kemenangan. maka, di manakah kita? adakah kita merasakan tiada peluang jihad di tanah air kita?
*fikir. tenung diri sendiri. cari jawapan*

rupanya berjuang di jalan Allah swt ini terletak dalam kategori cinta high class. so, tak nak rebut?

cinta kelas pertengahan. secara ringkasnya, diceritakan bahawa cinta kelas pertengahan ini adalah cinta antara ibubapa dan anak, suami isteri, sahabat dan orang islam yang lain. cinta yang berlandaskan syariat Allah. tujuannya adalah

"...untuk kamu berkenal-kenalan" (al-hujurat 13)
mempersaudarakan. "sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (al-hujurat 10)

supaya kehidupan hamba ini harmoni. sentiasa dalam rahmat dan maghfirah Tuhannya Allah swt.

beberapa hadis Rasulullah saw ada menyebut bahawa :

"You are not a true believer until you like for your brother muslim the things you like for yourself"

"a believer should not hate a bad characteristic in his wife, for she may have also a good one"

"whosoever believes in Allah and the lasst Day should be generous towards his neighbors and his guests"

terlalu banyak hadis yang menyebut tentang kasih sayang sesama makhluk ni.

cuma sekiranya cinta dan kasih sayang itu didasari atau mengikut hawa nafsu dan jejak langkah syaitan, cinta itu terus jatuh ke tangga paling bawah. low rank love. naudzubillah min dzalik. semoga dijauhkan daripada cinta kesyaitanan itu.

daaa....sekadar sedikit perkongsian tentang buku yang dicari setelah sekian lama :) alhamdulillah.

oh ya, hari tu...saya ada ternampak satu pasangan suami isteri ni. si isterinya tempang. jalan terhinjut-hinjut yang dasyat. dari jauh lagi saya nampak mereka. apabila saya berselisih dengan mereka, rasa sayu menyentuh hati. mereka masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa seperti pasangan bahagia yang lain. walhal, banyak saya dengar kes pergaduhan dan penceraian antara suami handsome dan isteri cantik. orang yang sempurna pun belum tentu mampu mengecap bahagia di alam rumah tangga, kan?. dan sungguh saya taajub dan bangga suami kakak tu mampu menerima isteri nya SEADANYA. she's his wife and till Jannah insyaAllah will be his wife. aamiiin. ^_^

10 minit kemudian, saya terserempak pula pasangan oldies. pak cik makcik atau mungkin sudah berpangkat datuk dan nenek. mereka baru turun tram. langkah si isteri perlahan, namun si suami tetap memimpin tangan si isteri berjalan selangkah demi selangkah. tanpa sedar, saya tersenyum sendiri. bagus kan? dari dulu saya tertanya-tanya, macam mana sepasang suami isteri mampu kekal bersama sehingga ke usia tua? malah sehingga ke akhir hayat mereka? tak bergaduh?-mustahil. namun itu lah kuasa Allah swt.

Ar-Rum 21. tadabbur lah dengan hati. mawaddah wa rahmah itu satu anugerah daripada Allah swt.
"sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir"

gambar hiasan sahaja


                                     
sekadar di sini saja kali ni. lama tak update. harap selepas ini mampu aktif kembali. menulis di saat2 akhir tamat pengajian. 'rumah' saya ini lah diari kehidupan di sini sepanjang 6 tahun. kemungkinan blog ini akan dihapuskan kot selepas tamat belajar. kita tunggu dan lihat.

wallahu a'alam.