halwa telinga

Monday, March 23, 2009

ungu karmila

assalamualaikum WBT

tak lama pulak tempohnya kali ni..hehe

UNGU KARMILA...baru 2 atau 3 hari lepas saya baca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni.
BEST!!!! mula2 tu ingat cerita hantu ke ape ke...tengok-tengok, ok2 je lah...ade je unsur seram,biasala..cerita thriller...tapi, yg pasti bukan hantu...tapi sains

ungu karmila ni nama sejenis bunga yang di'cipta' oleh seorang pakar biotek yang mana bunga ni boleh memusnahkan manusia melalui 2 cara...debunga n racun dalam durinya

debuganya boleh menyebabkan mangsa mengalami schizophrenia; dua watak..cam asalnya baik je orang tu,tapi seolah ade orang lain dalam diri dia yang menguasainya..dia tak sedar pun ape yg dia sedang lakukan...duri tu pulak,bila tercucuk, racun akan merebak ke seluruh badan..sampai la mangsa tu mati...

dalam novel ni, angkara ungu karmila, beberapa kes pembunuhan berlaku

siapa sangka, bunga ungu, cantik dipandang mata, bisa membunuh.

begitu juga kita manusia, cantik di luar tak bermakna cantik di dalam n mcm tu lah sebaliknya.

seperti yang dijanjikan, kali ni soal hati.

1st skali soal ikhlas....baru semalam saya mendengar ceramah soal ikhlas nih.

kata ustaz, nak tahu ikhlas ke tak tengok dia mengungkit ke tak lepas ni...

contohnya : amin selalu membantu ali,belanja ali, n bnyk kebaikan yang dia lakukan terhadap ali. sampai suatu hari, dia bagitau ali, kau la pulak belanja aku, asyik aku je..tu tak ikhlas la tu

berlainan situasinya di sini : amin selalu membantu ali, belanja ali, tapi ali asyik bengang je dgn dia, tak pernah cakap elok2, suka marah2....amin pun mengadu, kau ni,aku dah buat baik kat kau, tapi kau layan aku macam ni pulak....ustaz tu cakap, mengungkit dalam situasi ni tak pe sebab balasan yang dia dapat tu, amat tak bertepatan. kalau ali tu buat biasa je, ok...tapi kalau ali buat perangai macam tu, boleh mengungkit. kebaikan dulu, kira ikhlas...

hmm...ikhlas dengan amal, yang mana harus didahulukan?

ikhlas dulu, kemudian amal. kita kena ikhlas dulu, baru beramal...tapi ade jugak dalam syariat islam, yang mana kita wajib beramal walaupun tak ikhlas, contohnya, tutup aurat. walaupun tak ikhlas, kena tutup aurat jangan lah pulak, "aku tak nak pakai tudung sebab tak ikhlas, hipokrit la pulak kalau aku pakai jugak." salah ni, aurat wajib ditutup wlw pun tak ikhlas...tapi cuba lah pupuk sikap ikhlas tu.



semua sikap boleh diubah, ingat ayat Allah dalam surah Ar-Ra'd :

sesungguhnya Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka menubah nasib mereka sendiri..

so, boleh je nak ubah dirim jadi lebih baik

Allah bagi kita dua pilihan, nak baik ke nak buruk...

rasanya kali ni soal ikhlas je kot, next entry, next masalah hati.

kena concern sikit bab hati ni, sbb hati cermin kita.

Tuesday, March 17, 2009

give and take

assalamualaikum WBT

waaa....lama x update blog ni...postpone pnya postpone,kali ni bru brpeluang nk tulis entry.

ok..tgk kpd tajuk kali ni,give and take

beri n terima.

lumrah hidup, semua orang nak tolong orang. tolong meringankan beban hidup. betul tak?
tapi, sanggupkah kita menjadi orang yang ditolong sahaja atau yang menolong sahaja?

adoila...tak reti nak cakap sbnrnya, konsep give and take ni sunnah alam

dalam pada menerima, kena jugaklah jadi yang memberi and begitulah sebaliknya.

banyak yang saya perhatikan, sebelah pihak sahaja yang memberi, yang asyik terima tu tak rasa apa2 ke?

saja berkongsi pengalaman, diri ni tak lah baik sangat....pada mulanya, rela hati, ikhlas tolong orang...but, smpai satu masa saya mula terfikir.."kenapa aku je tolong die?yang die tu, tak terfikir ke nak balas balik?"

bila benda ni terfikir di dalam hati saya, soal ikhlas mula saya perkotak katikkan..sendiri persoalkan...ikhlas ke aku tolong die? Astaghfirullah....saya rasa saya tak patut fkir macam tu

setelah berbincang dengan orang yang saya percaya boleh bagi idea yang bernas, saya mula faham apa sebab benda2 macam ni berlaku....sebab tak semua orang sedar konsep 'give n take'

bukan mengharap balasan tapi benda ni boleh akibatkan berlaku masalah hati.
buruk sangka, riak, macam saya; soal ikhlas tak ikhlas...and banyak lagi sbnrnya.

maybe, bagi setengah orang, hal ni kecik...tapi bagi saya, masalah besar lajugak sbb melibatkan soal hati

kalau hati rosak, rosak la seluruh anggota, kalau baik, baik la anggota yang lain....lebih kurang la mksud sebuah hadis.

so, tepuk dada fikir sendiri, kita ni golongan mana? always giving or always receiving other's kindness? give n take bnda tak baik pun kena ambik kira...nak ke kita orang wat jahat kat kita? kalau tak nak jangan buat. kalau awak 'give' , awak akan 'take' lepas ni.

so, nak bertindak tu kena la fikir kemaslahatn orang disekeliling..

last untuk entry kali ni, jagalah hati, sebab hati ni seketul darah yang bertanggungjawab dalam mencerminkan peribadi kita. maybe next time, saya akan tulis pasal masalah hati pulak. tapi, ntah bila la tu...wslm