halwa telinga

Saturday, October 31, 2009

bila kamu sudah dewasa



assalamualaikum WBT...

bila kamu sudah dewasa....

orang kata, bila masuk umur 20-an ni, kira dah dewasa la. hmm..dewasakah kita wahai insan-insan yang berumur 20-an?

alhamdulillah, 29 0ktober yang lepas, genaplah umur saya 21 tahun. syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur untuk hidup sampai waktu ini. alhamdulillah...

semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya, supaya umur yang panjang yang dikurniaNya, digunakan sepenuhnya untuk mengabdikan diri kepadaNya, berbakti kepada agama, ibu bapa dan semua insan di sekeliling saya..Amiin...

bercakap pasal berbakti kepada ibu bapa ni, buat saya mula rasa bersalah. pagi tadi exam midterm. boleh jawab ke tak tu, lain cerita. yang buat rasa bersalah ni sebab usaha yang saaaangat ala kadar...Ya Allah, rasa tanggungjawab yang terletak di bahu, tak dijaga dengan betul. banyak main-main. ada yang kata "alah..relek la, midterm je pon,"...relek tak relek, amanah duk atas bahu tu.

ok lah, apa-apa pun, thanx a lot to my friends for your presents and wishes...dan ucapan yang paling saya ingat ialah ucapan dari keluarga tercinta di Malaysia. walaupun hanya ucapan yang ringkas, ia cukup bermakna bagi saya sebagai anak di perantauan..

dan dari dulu sampai sekarang, saya masih ingat lagi hadiah hari lahir yang pertama yang saya terima ialah hadiah sempena hari lahir yang ke-9, iaitu kain sembahyang daripada ma...

terima kasih ayah, ma, adik2 dan abang2..=)


MySpace




p/s : adeh..kejap lagi masuk 22!

1 comment:

faha mieza said...

haha..
I'Allah xlama lg msk la ye 22 thn...
moga dipnjgkn, diberkati umur n juga dimurahkn rezeki....
:)