halwa telinga

Friday, November 13, 2009

.:CiNtA sEmPurNa:.


assalamualaikum WBT..

'cinta sempurna'...sebuah drama karya ustaz hasrizal ..
mungkin ramai yang telah menontonnya. saya pula baru sahaja menontonnya bila saya dengar ramai yang bercakap tentang drama ni. katanya banyak pengajaran. jadi, saya ambil keputusan utk melihat sendiri apa yang boleh saya petik.

benar kata mereka, memang banyak pengajaran. the main point is..cinta kerana Allah.
bagi saya, watak dan jalan ceritanya sangat berkait rapat dengan situasi kita zaman sekarang. cabaran para da'ie dlm menghadapi mad'u yang bijak, su
ka bertanya, dan pandai memutar belitkan da'ie itu semula.

soalan mereka mungkin soalan yang sangat senang, tapi apa yang penting utk seorang da'ie ialah cara menjawab soalan2 tersebut. supaya diterima oleh mad'u tersebut. maklumlah mad'u tak semua yang senang menerima. manusia mempunyai pelbagai ragam. jadi, sebagai seorang da'ie, anda perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi mad'u2 anda.

antara soalan yang ditanya : kenapa perempuan perlu pakai tudung? kenapa perlu solat? kenapa tak boleh pegang anjing? kalau seorang da'ie tu jawab wajib pakai tudung sebab tu perintah Allah,Allah suruh tutup aurat...solat tu kan tiang agama, terus k
eluarkan dalil...anjing tak boleh pegang sebab tu najis mughallazah...and so so so....kalau seorang da'ie terus jawab macam ni kepada seorang mad'u yang zero about Islam, mesti mad'u tersebut merasakan yang Islam itu mengongkong, menyusahkan...sedangkan, dalam Islam tak de pun...jadi, untuk memastikan mad'u tu tertarik dan akan terus bersama Islam, adalah sangat perlu untuk berhikmah dalam menyampaikan sesuatu dakwah.

saya tertarik dengan kata-kata ustaz nazir ( lakonan asyraf muslim) , kita pukul bola golf supaya masuk lubang. buat apa masuk lubang? shila jawab, nak menang lah!
ustaz tu pun balas, jadi ada tujuan kita pukul bola. hidup kita pun
macam tu jugak. kena ada tujuan.kalau tak de tujuan sama lah macam lembu. and shila mula terasa sebab mb dia pun tak tahu apa tujuan hidup dia. so, naik berang la shila tu sebab dia ingat ustaz kata dia tu macam lembu....hehe

bila shila dah sejuk, shila tanya ustaz nazir, so, what is the purpose of life?
ustaz nazir jawab, ALLAH...

Allah is our purpose of life. kita hidup untuk mendapat keredhaan Allah. dalam setiap benda, setiap urusan hidup, kita perlu memastikan agar semuanya diredhai Allah.

makan, tidur, belajar, jual beli, bercuti, bercakap, dan macam2 lagilah....semua nya mengikut apa yang dikehendaki Allah. kadang-kadang kita tak sedar akan tindak tanduk kita...

contohnya, meniru time exam..of course la time pengawas tak tengok kan? so, selamat lah. bukannya dia tengok pun. tapi, Allah tengok kan? dan lepas tu kita bawak result hasil meniru tu untuk naik tahun dan akhirnya tamat belajar. dan lepas tu kerja.
mungkin sekali je meniru, tapi tetap direkod dalam buku amalan kita...jadi, adakah pekerjaan kita diredhai Allah? dan apakah akibatnya jika kita tak mendapat keredhaan Allah?

dah...apa2 pun, saya sangat menyarankan kawan2 tengok drama ni. maybe ada yang tak minat drama melayu. but this time, it's different. banyak sangat2 pengajaran untuk anda, sama ada anda seorang da'ie atau mad'u. semua orang boleh ambik pengajaran. nak senarai kat sini memang tak tertulis rasanya...okey..untuk sahabat alex, tengok lepas
exam ek, 21 hb ni exam...pastikan usaha kita diiringi mardhotillah.insyaAllah...doakan kejayaan bersama=)

No comments: