Kerry khusyuk menatap handsetnya. langsung tak ambil peduli siapa yang lalu di depannya. suasana hari tu agak sejuk. dia bersendiri di pantai. butang 'send' ditekan. dia mula memandang ke pantai. alangkah senangnya kalau aku seperti pantai. tenang mengalun air. tapi, aku sedingin cuaca hari ni. sejuk. Ya Allah, tolonglah aku~
irama 'haramkah' bermain dihandsetnya. ajue. nama ajue tertera diskrin. "aduh...tak habis-habis lagi ke dia ni?tak cukup marah aku tadi?" rungut kerry seorang diri. dibiarnya handset tu terus 'menyanyi'. manusia-manusia bernama Arab memandang ke arah kerry. hairan melihat kerry membiarkan handset tanpa dijawab. "hisy! macam tak pernah tengok orang," terus kerry bangun dari tempat duduknya. berjalan sepanjang gigi air di pantai.
~~~
Ajue memandang buku physiology. huh! CNS tak kurang hebatnya. detik hati nya. tapi, CHS lagi susah kot. fikirnya lagi. Cinta Hati Sahabat!
aduh...salahkah aku menegurnya? aku sayangkan dia. kalau aku tak tegur, aku turut berdosa.
teringat kisah dua tiga hari yang lepas.
kak sofea memintanya menegur sikap kerry yang tengah hangat bercinta. "ajue sebagai kawan serumah,adalah orang selayaknya membaiki sikap dia, kalau dalam satu rumah,sorang buat maksiat, dan ahli rumah tidak mencegahnya, semua ahli rumah akan mendapat dosa bersama,ingat tu.." kata-kata kak sofea mencucuk hati Ajue.
"sudah berapa banyak dosa yang aku tanggung atas perbuatan aku sendiri, mana mampu aku nak tanggung dosa akibat perbuatan orang lain? Kuatkanlah hati aku Ya Allah," pinta hati kecil Ajue.
dan peristiwa beberapa jam yang lalu...
Kerry rancak bersembang di telefon. alunan suaranya...manja! mesti Akim tu. Ajue cepat menolak pintu bilik Kerry. "kerry, kau tengah cakap dengan sape tu?" soal Ajue keras. Kerry tergamam. "akim eh?" tanya Ajue lagi.
"i'll call you back," terus Kerry menutup telefon.
"apehal kau ni Ajue? tetiba masuk bilik serbu-serbu ni?" soal kerry balik
"kerry, aku dah cukup sabar tahu tak dengan perangai kau ni. jangan atas sebab perangai kau, aku turut tanggung dosa! aku tak sanggup!" kuat suara Ajue.
"kau ni apehal Ajue? dah la masuk tanpa izin, nak marah-marah pulak. dosa ape pulak ni? aku couple dengan Akim? hello, kitorang mana ade pegang-pegang tangan or keluar dua orang. aku keluar ramai-ramai,ok?ha, entah2,kau tu saje sakit hati, kau tu takde pakwe, nak buat macam mana, terlalu tegas dengan pendirian kau, 'anti-couple',"
"bukan aku yang anti couple, tapi Islam yang larang. aku tahu, kau sendiri tahu ayat mana yang ada bagitau pasal larangan Allah ni,kan?" balas Ajue.
"dah..nak cakap pasal dalil pulak. aku tahu la,aku tak sebaik kau. banyak tahu pasal agama. siap nak syarah aku lagi..tapi, sejahil-jahil ak
u, aku tak tinggal solat. aku baca quran tiap hari. aku qiam hampir tiap malam. kau yang banyak tahu pasal agama pun setakat cukup solat je. quran nasib baik baca. qiam...haram," dengan angkuh kerry membalas.
hati Ajue bagai dihiris-hiris. Sampai hati kau kerry. detik hati Ajue.
"ok, amalan kau lebih. aku setuju. tapi, tak sia-sia ke amalan-amalan tu semua kalau kau asyik buat dosa ke hulu ke hilir dengan Akim tiap-tiap hari? asyik keluar dengan die. asyik contact die?baru je pahala tengah nak naik, tiba-tiba dosa datang tolak. Sia-sia!" Ajue juga tak kalah di depan kerry.
"aku tak faham ape kes kau nak marah aku ni. ok, by this ti
me...kau fikir pasal kau, aku fikir pasal aku. mind business masing-masing,ok? by the way, kubur kita lain-lain!" terus Kerry keluar dari bilik. tinggal Ajue berdiri seorang diri. hati kecil menangis. marah. begitu juga perasaan Kerry saat itu.
ok,tak tahu nak buat ending camane, tapi harap dapat lah moral cerita ni.
Kerry--> tak patut melenting, cuba terima teguran sahabat. yang pasti, teguran tu atas sebab sahabat kita sayangkan kita. and atas dasar kita sayangkn dia, tolonglh dia dengan cara jangan tambah dosa ke atasnya.
Ajue ---> memang jenis tak pandai tegur nih. "berhikmah". kalau tiada hikmah, ni la jawabnya. sedih kan? jangan atas sebab kelemahan and kesilapan kita, maksiat semakin berleluasa. control hati dan perasaan time menegur tu.
so, dua2 watak salah...couple hanya satu contoh maksiat.maksiat membawa maksud perkara berdosa. mengumpat, tidak menjaga hak orang lain,juga adalah maksiat. mungkin saje kite pernah buat maksiat lain,tanpa sedar..sahabat di sekeliling kita turu
t berdosa. wa na'uzubillah min zalik.
Akim--> sayangilah orang yang kamu sayang dengan cara jangan membawa dia ke lembah maksiat.
p/s: istilah anti-couple, bukan untuk individu. tapi, Islam. Islam mengatakan tidak kepada couple atau bercinta. ramai yang cuba menidakkan dalil dalam al-quran yang mengatakan jangan mendekati zina tu, tapi..hukum Allah tetap hukum Allah. kalau tak nak ikut, pegi cari dunia lain!
tak pandai nak tulis cerita, so agak pelik kot baca ni...and nama watak2 dalam ni adalah rekaan semata-mata, takde kaitan antara idop atau yg dah meninggal.~
wallahua'alam=)