halwa telinga

Wednesday, August 25, 2010

merindukan Ramadhan

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah sekarang sedang transit di kuwait. cuba menyelit seketika untuk post satu entry di kala idea terbit.

sedar atau tak, hari ni sudah masuk 15 ramadhan. terasa baru semalam kita menjalani ibadah puasa. baki 15 hari yang masih ada, bakal cepat berlalu. jadi, cubalah rebut peluang yang diberi Allah ni dengan sebaik-baiknya.

tahun ni, saya rasakan ramadhan ini adalah yang paling istimewa. Ramadhan yang disambut di tiga tempat berbeza. menyambut Ramadhan sebagai tetamu Allah di Haramain, di mesir walaupun sekali saja sempat ber tarawih di Gami' Ibrahim, dan seterusnya Ramadhan diteruskan di tanah air tercinta di sisi ma ayah, dan adik beradik.

walaupun Ramadhan masih berbaki 15 hari, saya sudah seakan rindu kepada separuh yang pertama itu. saya sendiri masih belum pasti, istiqamah kah saya nanti utk separuh yang kedua ni. semoga Allah tetapkan hati.

daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW,

"siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu"

Yuk! bersama hargai kelebihan bulan mulia ni.


**tak sabar nak buka puasa kat rumah. laksa penang! ^^

Monday, August 23, 2010

memekarkan cinta di kota Mekah

assalamualaikum Wbt...

alhamdulillah sudah selamat sampai ke Alex. 2 minggu meninggalkan bumi mesir, banyak pulak yang berubah. jam tukar pun tak tahu. esok insyaAllah akan meninggalkan bumi ini sekali lagi. bakal berangkat ke tanah air=).

pengalaman lebih kurang 2 minggu di tanah suci, menimbulkan rasa rindu di hati ini. teringin untuk berpijak sekali lagi ke sana. kalau ada rezekinya, insyaAllah.

suasana berpuasa di masjidil haram cukup menyejukkan hati walaupun suhu mencecah 40-50 darjah celcius. 'fastabiqul khairat'...itu yang kami nampak. cukup dipraktikkan. amalan bersedekah diamalkan di mana-mana saja. walaupun di laluan sa'ie, ramai yang menghulurkan air zam zam dan kurma sebagai persediaan untuk berbuka. paling kurang, semasa tawaf ada yang sedekahkan tisu untuk lap peluh. saya mula terfikir, rupanya, pintu untuk buat kebaikan terbuka luas di mana saja. dan mereka pula, sekali Allah beri peluang untuk buat kebaikan, terus direbut. betullah, berlumba-lumba untuk buat kebaikan. semoga kita sama-sama praktikkan amalan ni. insyaAllah.

dek cuaca yang yang sangat panas,ramai pula yang jatuh sakit. mungkin itu kafarah dosa. kita pergi sana pun, dengan harapan Allah ampunkan dosa kita. semoga hati ini lahir sebagai hati yang baru.

pengalaman mendaki jabal nur untuk ke gua hira' sangatlah terkesan di hati. baru satu pengalaman Rasulullah SAW yang dirasai, itu pun sudah cukup susah. penat tak terkira. apa yang boleh saya cakap, "terasa nak pecah jantung". suasana jabal nur yang di sinari cahaya lampu dari kota mekah, dan TANGGA yang dibina, sedikit sebanyak membantu kami untuk menuju ke gua. itu pun rasa susah jugak . apatah lagi Rasulullah SAW, yang ketika tu cuma ada batu-batu dan tiada cahaya. bila sampai di puncak jabal nur, saya berfikir sejenak. padan lah Rasulullah SAW jadi takut bila baginda didatangi Jibril. maklumlah, dalam suasana yang gelap, tiba-tiba datang satu cahaya yang terang, dan berbicara dengannya.

masih ingat kata-kata ust haji saleh yang bawa kami untuk jaulah di Mekah,

katanya "kamu orang muda tak kan tak boleh panjat. Rasulullah dulu panjat laju. lepas jumpa Jibril tu pulak berlari-lari turun ke bawah." ...kami ni pulak, turun pun lambat. jauh sungguh dengan semangat Rasulullah. patut lah Rasulullah SAW boleh jadi kekasih Allah.

sayu hati untuk meninggalkan kota Mekah, diganti dengan hati yang berbunga tatkala pertama kali memandang masjid Nabi. "Assalamualaikum Ya Rasulallah, Assalamualaikum Ya Habiballah"... umatmu yang seorang ini terasa malu untuk bertemu mu Ya Rasulallah, di mana sumbangan ku untuk menyambung rantai perjuanganmu. sejauh mana aku telah amalkan sunnah mu.

semoga pengalaman 2 minggu itu melahirkan diri yang baru. semoga cinta kepada Allah , RAsulullah SAW dan ISlam semakin meningkat. bersama memekar kan cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, insyaAllah. semoga segala doa yang dipohon dikabulkan. amiin.



Thursday, August 5, 2010

sementara masih ada masa

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah plan cuti yang disebut dalam entry sebelum ni, insyaAllah..insyaAllah..insyaAllah, kalau tak ada aral melintang, akan berjalan seperti biasa. kena sama2 berdoa.

ramadhan yang menghampiri kurang seminggu saya kira, moga kalian sudah bersedia dari mental dan fizikal. perbanyakkan amalan sunat di bulan Syaaban ni, moga ia boleh dijadikan persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan. semoga kita sama-sama cepat adapt dengan bulan ramadhan. semoga kemanisan beribadat di bulan mulia tu, terasa. kelebihan bulan mulia yang belum tentu kita bakal jumpa atau tak di tahun hadapan.

lailatul qadr...moga kita kita dipanjangkan umur untuk tiba di malam itu, dan moga dikurniakan mental dan fizikal yang sihat untuk ibadah di malam istimewa itu. insyaAllah.

tak tahu bila blog ni akan diupdate selepas ni. mungkin akan bercuti panjang.

sebab tu dah tukar mode. lagu dah tukar. ^^. ucapan pun kena awal. dah tak punya masa ni. bermula esok, mungkin akan sibuk sikit.

bersama memaknakan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

YA Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.


untuk seniors yang masih ber'perang', perang la habis-habisan;p
robbuna ma'akum.

~selamat berpuasa~

Monday, August 2, 2010

cuba positif

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah masih gagah menghirup udara di bumi Tuhan ini. walau hari2 yang dilalui sangat membosankan, harus ditempuh jua. tarikh balik ke Malaysia masih jauh. 25 ogos. plan sebelum cuti saya dan beberapa orang rakan masih belum pasti jawapannya.

kita merancang, Allah yang tentukan. ini hanya sedikit ujian. yang mengurus kan tu pun sedang berusaha. jadi, apa salahnya kita yang sedang menunggu keputusan darinya berusaha berdoa kepada Allah agar semua dipermudahkan? hati ni mudah tergugat. tapi, dek cita2 yang sangat berharap untuk mengunjungi tempat mulia itu, dikuatkan juga.

cuba berpositif. mungkin kerana timing yang sangat cantik iaitu bulan ramadhan, kita perlu diuji lebih sikit.

positif lagi. ujian itu mungkin untuk menjadikan kita lebih menghargai harga sebuah ziarah itu.

positif lagi, dia sedang berusaha yang terbaik. kita kena doa.

positif lagi...rancangan Allah adalah yang terbaik.

ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa. dan memang tak perlu menyalahkan sesiapa pun. Allah kan sebaik perancang. Maha Kuasa atas segalanya. untuk berputus asa sebelum tamat masanya, itu sifat mukmin yang lemah.

masih ada 10 hari lagi. counting days memang meletihkan. tapi, perlu sabar, sabar, dan sabar.

ya Allah, ampunkan lah dosa kami andai dosa itu yang menjadi hijab kepada cita-cita kami.

yang penting jangan berhenti berdoa.

minta sahabat2 tolong doakan juga.

Allahumma yassir wa laa tu'assir

amiin ya Rabb