halwa telinga

Saturday, September 17, 2011

be grateful


assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

result sudah keluar. Alhamdulillah, Allah swt bagi saya lulus. walaupun masih tak dapat A satu subjek pun, just be grateful. Dia; Allah swt telah memberi yang terbaik. semat elok2 dalam hati pasal tu. supaya kamu sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)

segala apa yang dikurniakan oleh Allah swt hakikatnya adalah ujian di dalam hidup kita. tak putus diuji sebenarnya. bukan sesuatu yang menyebabkan kita stress, kita berada dalam kesusahan sahaja yang dikatakan ujian. tapi, harta, pangkat, sanjungan dan puji-pujian juga adalah ujian daripada-Nya.

tetapi, kita dapat lihat berapa ramai yang sedar akan hakikat kesenangan itu suatu ujian?

betapa ramai yang mengeluh.

betapa ramai yang lalai.

sekadar peringatan untuk diri sendiri.

mabruk untuk sahabat yang lulus semua subjek. bagi yang diuji dengan ada subjek yang perlu diulang, semoga Allah swt kuatkan kalian. selamat berjaya untuk exam. Allahu yusahhil insyaAllah.

***

Alhamdulillah. hari ni kakak SC (usrah) saya semasa saya ditahun 1 dulu telah selamat diijabkabulkan. walimah akan diadakan selepas depa grad tahun depan. bila difikir-fikir, banyak nya yang telah berubah. Dia dah berstatus PUAN. dan ramai lagi senior2 yang lain yang juga telah bertukar status. yang dah jadi bapa pun dah ada. sejak dari tahun lepas kalau tak silap, bilangan yang berkahwin bertambah-tambah. itulah takdir Allah. mereka masing-masing ada kisah '6 tahun' yang akan dikenangkan. ehee...macam 5 tahun 5 bulan.

mabruk Nurul Izyani Rosley dan Abdul Rahim Suhaini. bekas Timbalan pengerusi PCI dan bekas Pengerusi PCI.

tak sangka, mimpi tu jadi betul2 pula. (actually masa tu dah dilamar pun;p)

***

Alhamdulillah. jumpa ore kapung sebagai pembaca blog. ahaii...tak sangkanya. Syafa, syukran katheera.

dan tak lupa untuk awak yang duk kat galaxy tu Nur Islah, ;p syukran katheera juga. harap2nya kamu happy je di UIA nun sana. :D

zana, fatin, oggy, hasmah...

mereka yang disebut di atas antara yang selalu baca dan bagi komen atau tinggalkan jejak. minta maaf yang tak ditulis namanya.

of course i have to appreciate them. sebab blog ni bukan blog famous pun. yang biasa2 sahaja. ilmu pun tak banyak. jadi, bila ada yang mereka ni, memberi semangat untuk update. terharu...~

***

ok, saya lah doktor yang degil untuk pegi klinik nanti. dah 2-3 hari demam. puncanya tonsillitis. selalu sangat dia ni datang. makan ubat, bertahan untuk lebih kurang 6 jam. lepas tu ketaq balik. huu~ and alamatnya tak dapat lah join deme pegi rehlah isnin ni. minta maaf sangat2 ye.

*sakit itu kaffarah dosa

kak ngah : ma, saeng2 kak ngoh ajak gi lata belatan.
ma : mano tu?
kak ngah : ganu
ma : jauhnya...emmm....

ehee...~dah tau dah jawapannya. permission denied. dia dah mula risau dan fikir macam2. but, it's ok. Mak mana tak sayangkan anak. sayang Ma <3

ini kali kedua saya minta keluar dari kelantan sejak saya tahun 1. jawapan masih sama. jadi, kalau nak saya ikut program luar kelantan, doa2kan lah saya ye =D.

***

entry ringkas sebagai catatan. wallahu a'alam.

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

No comments: