Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
siang tadi, baru saja menghadapi exam subjek OnG. insyaAllah ada masa 2 hari lagi menuju akan bertemu hari untuk exam paediatrics pula.
entry ini merupakan entry tertangguh. dah tangguh tak tahu berapa kali. insyaAllah hari ni cuba ambil masa sedikit untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa sangat berharga untuk kita tahu dan faham. saya bukan lah ustazah yang dapat menerangkan secara terang dan jelas. tapi, sekadar ingin berkongsi perasaan apabila saya tahu perkara ni.
apa dio la neh..
***
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَآء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ- وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ اللَّهِ أَفْوجاً- فَسَبّحْ بِحَمْدِ رَبّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوبَا-
apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau telah melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah., maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat.
selama ni, saya cuma baca surah ni dan sekadar mengetahui terjemahannya sahaja. tak pernah cuba untuk mengetahui dan menghayati makna di sebalik 3 ayat ini. walhal, setiap kalam Allah dalam al-quran mempunyai nilai2 yang saangat besar. saya mula berfikir sedikit demi sedikit, dengan pengetahuan yang terhad dan kurang ni, saya cuba untuk memahami setiap patah perkataan yang diterjemahkan.
"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau telah melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah"
mula2 tu, saya tak faham maksud 'berbondong-bondong' tu. :D. ooh...rupanya ia membawa maksud 'beramai-ramai'. lepas tu terdetik di hati...
"manusia memang macam ni ke? apabila telah terbukti sesuatu itu benar, baru mereka akan ikut? baru berani untuk mempertahankan kebenaran? bila Islam itu menang, baru mereka akan masuk Islam?"......manusia memang macam ni ke? aku macam ni ke?
beberapa persoalan bermain di fikiran hamba hina ni. dan jawapan yang ada apabila melihat kepada diri saya sendiri adalah "YA". ya, saya rasa saya juga begitu. pernah punya fikiran sedemikian. tak berani untuk mempertahankan kebenaran kalau kebenaran itu tak ramai yang menyokong. macam lalang, kan? ok, daripada duk fikir2 sendiri...elok lah mengkaji sendiri apa sebenarnya Allah nak bagitau kita.
***
surah An-Nasr ini mengandungi 3 ayat sahaja. walau surah yang pendek, namun nilainya sangat besar. majoriti ulama' mengatakan ia adalah surah Madaniyyah. dan surah ini merupakan antara ayat2 terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah saw. dan ianya diturunkan pada masa pembukaan Mekah.
Allah...bila tahu fakta ni, "oh, rupanya surah ni berkaitan dengan kisah pembukaan Kota Mekah". yang di dalam surah itu disebut al-fath. satu kemenangan. so, surah ni sangat penting sebenarnya.
kenapa kemenangan?
kerana Islam telah dapat menguasai Mekah.
seterusnya, "kamu telah melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah"....ini menunjukkan apabila Islam telah menguasai Mekah, penduduk Mekah yang pada ketika itu masih terdiri daripada kafir Quraisy yang masih juga menyembah berhala dan mengamalkan amalan jahiliyyah, telah BERAMAI-RAMAI masuk Islam. ini membuktikan bahawa kepentingan 'kuasa' untuk menegakkan agama Islam. kerana setelah mana sesebuah negara itu dipimpin oleh pemimpin Islam, yang INGIN menegakkan agama Islam, yang INGIN rakyat yang dipimpin mengamalkan Islam sepenuhnya, maka rakyat yang dipimpin akan mengikut jejak langkah pemimpin. kebenaran kepada fakta ini Allah sendiri sebut dalam surah an-nasr ni.
dan kalau yang suka sejarah melayu, antara faktor penyebaran Islam di tanah Melayu adalah pengislaman raja pada ketika itu.
selain itu, akhlak Rasulullah saw yang sangat mulia itu juga salah satu penyebab penduduk Mekah memeluk Islam. mereka tertarik kepada sikap lemah lembut Rasulullah saw.
*
saya ada dengar juga penerangan daripada ustaz Zahazan tentang tafsir surah an-Nasr berdasarkan tafsir ibnu kathir. apabila surah ini diturunkan, saidina Umar RA mengumpulkan para sahabat termasuk Abdullah bin Abbas yang merupakan seorang kanak-kanak yang pernah ditahnik oleh Rasulullah saw. saidina Umar RA bertanya para sahabat 'apa pendapat kalian mengenai surah an-Nasr ni?'.
kebanyakan sahabat tersenyum dengan wajah yang gembira. rata-ratanya mengatakan surah itu menandakan kemenangan Islam telah datang. Saidina Umar RA ajukan soalan yang sama kepada Abdullah bin Abbas. kata Ibnu Abbas, "aku melihat surah ini menandakan ajal Rasulullah saw sudah sampai". Saidina Umar RA berkata, "aku pun fikir benda yang sama, tapi kenapa kamu fikir macam tu?". jawab Ibnu Abbas, "setiap utusan Allah di atas muka bumi ni diutuskan atas satu tujuan iaitu untuk menyampaikan mesej daripada Allah swt. maka, apabila mereka telah menyampaikan mesej-mesej itu, dan manusia telah ramai yang masuk Islam, dan kemenangan Islam telah datang, maka misi utama Rasulullah saw telah dilaksanakan. dan Baginda takkan hidup tanpa tujuan itu lagi dan akan kembali kepada Allah swt"
Ada juga diriwayatkan bahawa apabila Abu Bakar RA mendengar surah ini, beliau asyik menangis je. mungkin sebab Abu Bakar RA juga merasakan perkara yang sama.
betapa kasih dan sayangnya sahabat kepada Rasulullah saw. T.T
Rasulullah saw diutuskan untuk menyampaikan Islam. jadi, apabila manusia sudah masuk Islam, dan Islam sudah kuat, maka misi pengutusan Rasulullah saw sudah hampir tamat dan Baginda SAW akan pulang kepada Tuhannya.
kalau kita imbas kembali, dalam usaha baginda menyampaikan Islam, berbagai cabaran dan ujian yang dihadapi. maka Rasulullah saw risau dengan nasib umatnya. lalu, Allah swt menurunkan ayat ni untuk menggembirakan kekasih-Nya iaitu Rasulullah saw sebelum baginda SAW kembali kepada Allah swt dengan kalam-Nya, "kamu telah melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah"
daripada surah ini juga, kita dapat lihat bahawa..kekuatan, kemenangan semuanya daripada Allah swt. setiap kejayaan yang diperloleh bukannya disebabkan kehebatan kita, bukan atas usaha kita...tapi kerana Allah nak bagi. segalanya adalah milik Allah swt.
jadi, kenapa kita kena usaha? kenapa Allah swt tak bagi terus kejayaan kepada kita? kenapa Rasulullah saw diuji sekian lama? kenapa umat Islam diuji dengan ujian yang hebat?
to please Him. berbalik kepada tujuan utama manusia dicipta, "tidak lah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku". ibadah. untuk menyembahnya. betapa hina seorang hamba. hamba yang tak punya apa pun! semua yang ada pada diri seorang hamba adalah daripada Allah swt.
maka pinta lah, berdoalah kepada-Nya. nothing else other than HIM. kebergantungan kepada makhluk tak bawa ke mana pun sebab makhluk itu namanya makhluk...kedudukannya sama saja dengan kita. yang membezakan hanya lah TAQWA.
ayat ke-3 ,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat.
diriwayatkan bahawa Rasulullah saw selepas turunnya surah ini, selepas pembukaan kota Mekah tu..Rasulullah saw banyak bertasbih dan beristighfar memohon keampunan Allah swt melebihi daripada kebiasaannya. sehingga isteri Rasulullah saw Saidatina Aisyah bertanya kenapa Rasulullah saw selalu bertasbih dan isitighfar. jawab baginda SAW kerana 'aku kena berisitghfar.' sebab Allah swt menyuruh nabi Muhammad saw beristighfar (dalam ayat tu Allah swt guna fi'il amar)
bagaimana pula kita? refleksi kepada diri saya sendiri juga.
***
sebenarnya, terlalu banyak yang kita boleh dapat daripada surah ni. saya pun tak tau nak pilih point mana untuk elakkan entry ni terlalu panjang. dan rasanya tulisan saya di atas pun tak berapa tersusun sangat ..entah kalau orang baca boleh rasa macam saya rasa ke tidak ..huhu.
so, boleh klik dan dengan link di bawah, semoga kita perasaan yang sama atau kamu lebih hebat perasaannya. :D
tafsir surah an-nasr , ustaz Zahazan
tafseer surah an-nasr by Nouman Ali Khan - ni part 1 - banyak bercerita mengenai latar belakang surah.
tafseer surah an-nasr by Nouman Ali Khan - yang ni part 2- yang menerang kan mengenai surah ini word by word. lagi best kalau dengar.
yang ni, daripada abdur raheem as-saranbi. tafsir surah an-nasr
***
semasa duk baca situ sini nak tahu pasal surah ni, banyak disebut tentang kemenangan Islam. dan ramai dah tahu krisis di Syria. itu lah salah satu akibat bila negara tidak ditadbir oleh pemimpin yang adil.
status2 facebook pun banyak bercakap tentang krisis Syria ni. banyak yang di share juga. memegang kalam Allah bahawa orang mukmin itu bersaudara, kita semua begitu prihatin kepada nasib mereka di negara bergolak ni.
TAPI, ramai juga masih belum terbuka mata melihat masalah di tanah air kita sendiri. mungkin kita tidak diperangi sebagaimana saudara kita di Syria, Palestin, Libya dan sebagainya..namun, sehari demi sehari masyarakat semakin runtuh akhlaknya. korupsi tu masalah akhlak lah jugak, kan?
risau kalau benda ni berterusan, Islam itu hilang walaupun IC nya tertera Islam.
terus? apa tindakan kita?
sebenarnya, kita bukan lah berada dalam keadaan selesa, tapi kita yang kurang ambil tahu...betul tak?
***
last sekali sebelum menutup tirai entry ini, banyakkan mengkaji. kalau kita menerima sesuatu tanpa mengkaji, bimbang andai apa yang kita ambil tu sebenarnya tak betul pun. apa yang saya tulis ni pun, perlu dikaji juga. rujuk kepada yang lebih pakar, para ulama', sebab tu saya letakkan link di situ untuk rujukan semua. dan kalau saya silap, tolong betul kan.
Allahumma, Ihzimhum! wansurna 'alaihim.
***
semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.
doakan boleh study dan boleh jawab paediatrics dengan baik.