Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
semalam, saya sempat ke kaherah. balik hari. saja ikut orang. kami ke hayyu Sabi' hantar sepupu Hanun dan destinasi seterusnya adalah Husein. -saya betul lupa apa nama pasar tu-, tapi di situ lah tempat yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia untuk membeli buah tangan jika mahu pulang ke Malaysia.
tapi, sebelum meneruskan perjalanan ke Husin, kami berjalan-jalan cari makan dulu. katanya ada satu restoran Melayu di syari' mahkamah. alhamdulillah, senang jumpa. namanya beit al-hasanah.
ini bukan restoran biasa. bagi kami, tempat itu sangat istimewa. kami dapat tahu yang restoran ni untuk kebajikan anak-anak yatim. pendapatan dari restoran itu akan disumbangkan kepada anak-anak yatim. dan anak-anak yatim yang saya maksudkan ni, bukan anak-anak yatim Mesir. Tapi, anak-anak yatim Melayu. dari mana mereka datang? Wallahu a'alam.
mereka lah yang datang ambil order, masak, dan menyediakan segala keperluan. saya ada terbaca pada banner di dalam restoran tu, restoran tu salah satu daripada projek untuk menjadikan mereka berdikari.
yang datang ambil order daripada kami merupakan seorang yang pada mulanya kami ingatkan 'kanak-kanak' tapi rupanya dah form 1. respon terkejut kami buat dia termalu. *sangat paham lah saya perasaan bila orang terkejut tengok budak form 1 ni kecik, sebab pernah rasa juga pengalaman macam tu.* Oh ya, adik namanya Lainah kalau tak silap.
bila kami pergi basuh tangan di sinki yang terletak berhampiran dengan dapur, kami intai2 la sikit. waaah...tengok adik2 ni tengah masak. pasang lagu Erti Syukur. depa sambil2 masak tu ada yang nyanyi sekali. hehe. comel aja. sebelum tu saya dengar depa nyanyi lagu 'Pulangkan'.
langkah pertama masuk ke dalam restoran tu, satu saja. kami nak tengok, nak jumpa dengan adik-adik yang tinggal di situ. rasa teruja nak jumpa orang2 tabah ni. bagi saya, semestinya mereka sangat tabah. keberadaan di bumi asing tanpa ibubapa sama saja dengan saya, tapi paling kurang saya dapat jumpa ibubapa saya di Malaysia nanti. tapi mereka? **we should be very grateful for having homesick! Kan?
saat memandang adik2 yang ada di situ yang sedang sibuk dengan tugas masing2, satu sahaja yang dapat saya ungkapkan. 'Sejuk'. sejuk mata memandang. anak soleh solehah.
apa2 pun, insyaAllah suatu masa kalau saya datang ke Sabi' lagi, saya akan cuba menjejakkan kaki ke situ lagi. tambah lagi, memandangkan saya bukanlah orang Cairo, saya orang alex...maka saya takkan tahu banyak tempat.
hadis Rasulullah saw, bersikap lemah lembut kepada anak-anak yatim, anak-anak perempuan dan orang yang lemah yang lain-lain, kaum fakir miskin, orang-orang cacat, berbuat baik kepada mereka, mengasihi, merendahkan diri serta bersikap merendah kepada mereka.
dari Abu Hurairah R.A ia berkata : Rasulullah saw bersabda : "orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili atau tidak, amak saya dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini, di dalam syurga" Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan , baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dari jari tengah. (HR Muslim)
cinta itu wasilah. cinta menemukan cinta. cinta kepada Allah swt Sang Pencipta dan Pemilik cinta, juga cinta kepada kekasih-Nya Rasulullah saw, akan menggerakkan kita kepada kebaikan seperti BERBUAT BAIK KEPADA ANAK2 YATIM...yang seterusnya mendekatkan sang hamba kepada Tuhannya jua. dan asalnya, cinta yang hadir untuk Allah swt dan Rasulullah saw itu jua diberi oleh Allah swt. kerana Dia Pemilik cinta, Dia yang memberikan cinta.makan sambil beramal yuk!
***
sekarang saya sedang mengikuti elective course Neonatal Care. ini kisah hidup dan mati!
menguruskan bayi2 dalam tempoh saat2 pertama mereka dilahirkan di dunia, bukan lah sesuatu yang senang. Memang tak senang pun. tadi buat berlakon senario yang bakal dihadapi pun, tak berjaya. memang baby Tito tadi akan mati dulu. by the way, Tito is a doll =).
memikul harapan ibubapa yang telah sekian lama menunggu saat kelahiran bayi tercinta, itu menambah satu lagi perasaan bertanggungjawab. siapa tak sedih kalau anak yang dilahirkan mengalami komplikasi selepas kelahiran? dan yang paling menakutkan adalah, komplikasi yang datang dari doktor yang menguruskan bayi tersebut itu sendiri. wa na'udzubillah min dzalik!
apa2 pun, seronok berada di NICU (Neonatal Intensive Care Unit).
cinta itu wasilah. cinta menemukan cinta. cinta kepada Allah swt Sang Pencipta dan Pemilik cinta, juga cinta kepada kekasih-Nya Rasulullah saw, akan menggerakkan kita kepada kebaikan seperti BEKERJA DENGAN SEBAIKNYA...yang seterusnya mendekatkan sang hamba kepada Tuhannya jua. dan asalnya, cinta yang hadir untuk Allah swt dan Rasulullah saw itu jua diberi oleh Allah swt. kerana Dia Pemilik cinta, Dia yang memberikan cinta.
***
Minggu lepas juga saya ke Kaherah untuk menghadiri seminar perubatan.
macam pergi seminar motivasi pun ada.=). banyak sangat yang kami dapat.
~untuk menjadi orang yang berjaya, firstly..be proactive.
~bila adanya MAHU, mimpi bakal jadi kenyataan. dakwaan akan terbukti kebenarannya.
~in seeking knowledge, we HAVE to SUFFER.
~menjadi doktor yang kompeten juga adalah ibadah.
saya tak ingat pun penceramah yang mana satu yang mengungkapkan kata2 ni dan apa yang saya tulis tu isi yang saya dapat, exact ayat dah lupa macam mana.
tapi, saya sangat sangat sangat KAGUM dengan Dr. Harmy, Dr. Suhaini dan Dr. Fadzlina Hanum. mereka lah Mukmin Profesional di mata saya. kedua-dua paksi kehidupan mereka berjaya. walaupun aktif berpersatuan, tetapi mereka mampu menjadi pakar dan doktor2 yang hebat. so, persatuan tak boleh disalahkan. semuanya terletak pada diri kita sendiri, NAK ATAU TAK?
cinta itu wasilah. cinta menemukan cinta. cinta kepada Allah swt Sang Pencipta dan Pemilik cinta, juga cinta kepada kekasih-Nya Rasulullah saw, akan menggerakkan kita kepada kebaikan seperti BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH...yang seterusnya mendekatkan sang hamba kepada Tuhannya jua. dan asalnya, cinta yang hadir untuk Allah swt dan Rasulullah saw itu jua diberi oleh Allah swt. kerana Dia Pemilik cinta, Dia yang memberikan cinta.
final exam 20 februari ni. doakan kami ya!
6 comments:
pasar tu suk khalili kot :)
dia mmg xde perkataan lain eh sblm khalili tu? rsa mcm x cukup.huhu
Suk khalili arib min masgid Hussin? :p
K.ngah,cepatnya entry!Sy still rasa nikmat makan dekat bait hasanah. Nanti gi cairo,kita singgah lagi ye?
mok teh > hehe. wt cpt2 sbb mls kacau mood study leave. takut rsa brhutang entry..hee:D..nnt nk gi lagi. xambik gmba ngn lainah pun hr tu =(
lain kali amek gambar mereka yg sdg masak kat dapur tu. mesti kiut.ngeh3
laynah umo 13 masih kecik? ambo umo 20 tetap kecik ni.haisy...
dear laynah, saya turut rasa apa yg awak rasa :)
dast > dah tggi sikit jah pado lainah. nnt 2-3 thn lg, msti lainah lg tggi dr dah. hehehe. *sy pun pehe prasaan dio*
Post a Comment