assalamualaikum wbt..
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur saya dan kamu2 sehingga ke saat ini. setiap detik, setiap saat dalam dunia ni, ada nyawa2 yang Allah swt tarik. kerana semua yang ada hanya pinjaman, maka akan tiba masanya untuk Allah swt mengambil kembali apa yang dipinjamkan.
semalam ada terbaca 2-3 ayat dalam surah Fatir. sila rujuk ayat 15 sehingga 17 yang bermaksud :
"Wahai manusia! kamu lah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki nescaya Dia akan membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan demikian itu tidak sulit bagi Allah"
-DAN DEMIKIAN ITU TIDAK SULIT BAGI ALLAH-
jika Allah swt nak tarik nyawa kita, bila2 masa sahaja kita bakal dijemput. cuba kita tanyakan kepada diri kita, agak2 semasa Allah cabut nyawa kita nanti...kita tengah buat apa?
pernah saya terbaca atau dengar satu kisah ni. saya lupa ia berkenaan siapa. tapi, kisahnya mengenai seorang hamba Allah swt yang saaaaangat mengingati mati. sehingga dia rasakan setiap langkah kakinya itu merupakan langkahnya yang terakhir. seolah selepas langkah yang ini, dia akan kaku dan tiada lagi langkah seterusnya.
kalau kita?
humm...
ok lah...kalau saya?
kalau selalu ingat mati, tak ada lah nak buat benda lalai...kan?
kalau selalu ingat mati, tak ada lah nak buat benda tak baik.
kalau selalu ingat mati, bibir ini pastinya akan sentiasa basah dengan bacaan ayat al-quran, zikir2, selawat ke atas kekasih Allah swt iaitu Rasulullah saw tercinta, dan kata2 yang baik.
tapi, sungguh aku ini manusia. an-naas. Naasi = pelupa.
diri ini selalu terlupa. ada sahaja benda yang melalaikan. ada sahaja peluang untuk lidah menunjukkan ketajamannya.
kadang2, kita terlupa cara kita berkomunikasi dengan insan2 di sekeliling kita, baik atau tidak? ok ke?mungkin tak sampai tahap mencarut, tetapi...toleransi dalam kata2 itu seringkali kita lupakan.
Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….”
(Ali Imran ayat 159)
Allah berfirman,” Dan hamba-hamba Tuhan yang maha penyayang itu adalah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al Furqon: 63)
qaulan salamah (kata2 yang baik) ada beberapa aspek :
1) qaulan kariiman = kata2 yang mulia. so, elakkan lah mencarut atau panggil orang dengan nama yang tak elok atau apa2 yang tak sedap bunyinya
2) qaulan ma'rufan = kata2 yang baik. elakkan perkataan yang sia2. bercakap bila perlu. ~~my silence doesn't mean that i'm coward, atau pemalu....but i'll speak only when i think i have to speak and only when my silence will become a fitnah. --> sori, ni hanya pendapat dari diri yang kerdil lagi hina dan yang selalu dicop PENDIAM.
3) qaulan syadidan = kata2 yang lurus dan benar, jangan kona2, jangan tipu2 noh ^^. sabda Rasulullah saw : katakan lah yang benar walaupun ianya pahit. >.<
4) qaulan balighan = kata2 yang tepat. tepat kepada golongan yang sedang kita berurusan. yang tua dihormati, yang muda disayangi =)
5) qaulan layyinan = kata2 yang lemah lembut. ~“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lemahlembut, sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas,” (Al A’raaf ayat 55)
sumber : etika komunikasi dalam Islam
saya pun masih belum sempurna. masalah komunikasi masih ada. semasa bekerja dengan ikhwah, ada cara2 dan batas2 yang perlu dijaga. minta maaf, bukan nak sombong, tapi kita ada batas.
untuk sahabat2 akhawat yang disayangi sekalian....kalau yang masih ada something terpincang dalam urusan seharian kita dengan ikhwah, harap kita sama2 baiki. tapi, kalau yang dah elok, semoga istiqamah =).
untuk sahabat2 akhawat yang disayangi sekalian....kalau yang masih ada something terpincang dalam urusan seharian kita dengan ikhwah, harap kita sama2 baiki. tapi, kalau yang dah elok, semoga istiqamah =).
ikhtilat mungkin isu yang biasa , dan semakin dibiasakan. hopefully kita sama2 jaga.......sebab tak tahu saat nyawa ditarik tu duk tengah buat apa. kan?
betulkan yang biasa, biasakan yang betul. dari sekecil-kecil perkara, ke sebesar-besar perkara.
wallahu a'alam. sungguh ini peringatan untuk diri saya yang lemah ini.
**
kali pertama saya mengadu penat....dan saya tekad takkan mengadu lagi. terima kasih untuk respon kalian.
saya pernah pesan kepada seorang ukhti ni, jangan kata penat apabila kita mengaku buat kerja Islam. tapi, hari ni saya terluahkan perkataan 'penat' tu. dan sudah serik. tak nak cakap lagi.
**
doakan anak saudara saya yang ke-4 dilahirkan dengan selamat ya! status abe Mi saya sudah berada di hospital kuala krai. semoga semuanya selamat ^^
No comments:
Post a Comment