halwa telinga

Saturday, September 8, 2012

"jadi ustazah la nanti ye?"

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

baru selesai berperang dengan LIPAS di dapur. apabila tiba musim panas (soifi) ni, segala keturunan lipas mula keluar dan menyibuk di dapur.  habis sebotol penyembur lipas malam ni, sampai kepala saya dah naik pening terbau ubat lipas. -_-' . esok kita sambung lagi dengan ye! senjata seterusnya adalah ubat gegat.

***

seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, ini merupakan kali pertama saya tidak pulang ke Malaysia di musim panas. maka, wajah-wajah yang kesunyian yang ditinggalkan oleh kawan2 ini lah yang bakal menguruskan kedatangan pelajar baru nanti. kali pertama saya melibatkan diri dalam keluarga AHLAN (program sambutan mahasiswa baru). tahun lepas saya hanya bertindak sebagai fasilitator. sekarang Alex sudah didatangi adik2 dari beberapa agensi dan KPT. dan kami pun dalam gerak kerja membersihkan asrama MARA untuk pelajar MARA yang bakal datang nanti. kalau tak silap 13 haribulan 9 nanti mereka akan tiba ke bumi penuh tarbiyah ini.

persiapan menyambut kedatangan adik2 kami nanti membawa saya ke kisah 5 tahun yang lepas. ye, saat saya menjadi 'adik' di sini.

*
semasa saya menyatakan hasrat untuk belajar di Mesir, Ma dan Ayah menyambut baik pilihan saya. depa cool ja. hehe. tapi, sepupu sepapat, pak cik dan mak cik agak terkejut. almaklumlah....saya mungkin dilabel sebagai pendiam, lemah, tambah pula tidak pernah berpisah dari Ma dan Ayah dan TAK PERNAH belajar di luar Kelantan, alih2 nak belajar di Mesir?

"biar betul?"
"boleh ke dia tu?"

kata2 sebegitu agak menggugat hati saya tika itu. tapi, apabila melihat Ma dan Ayah yang senang dan cool dengan keputusan saya, dan selepas beristikharah akhirnya saya bulatkan tekad di hati "ma ayah, kak ngah nak gi Mesir" =)

Alhamdulillah, Allah bagi peluang ini untuk saya. akhirnya saya menjejak ke bumi yang penuh kisah2 nabi dan rasul kita.

*
sebaik tiba di lapangan terbang Cairo yang pada waktu itu sangat  kalut bagi saya. rupanya itu standard suasana di Mesir...yang kalut, yang ribut, yang bising, yang serabut...itu lah Mesir. kelihatan di balai ketibaan, wajah2 Melayu sedang menunggu kami. Itu lah senior2 yang datang menyambut kedatangan kami si budak baru nak belajar ini.

kemudian kami dibawa ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) atau lebih famous dengan panggilan ARMA. kakak2 dan abang2 sudah bersedia untuk berprogram bersama kami.

"ooohhh....kat sini pun ada orientasi ek?"

kerana waktu itu sudah malam, dan waktu Malaysia pula sudah pukul 2@3 pagi, maka kami saaaangat lah mengantuk! huhu...sori abang2, kakak2...adik2 dah tak mampu nak buka mata. T.T ---> itu lah hari pertama ketibaan kami.

hari seterusnya, kami meneruskan orientasi dengan baik selama seminggu. sepanjang program, kemunculan senior2 yang hebat cukup menarik minat pada masa itu. mereka aktif berpersatuan, tapi mereka mampu mumtaz dalam pelajaran. sampai sekarang saya masih ingat akan perkongsian seorang senior yang ketika itu sudah di tahun 6 dan telah mendirikan rumah tangga ketika beliau di tahun 4. study maintain gu!

tapi ingat, lain orang lain ujiannya. bak kata Ma saya, orang lain mampu tak semestinya kita mampu. dan Allah Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-Nya. jadi, jangan buat kesimpulan perkahwinan boleh men-cemerlang-kan anda.

pengisian sepanjang program cukup bermanfaat sekiranya kita fokus. bagi saya, ia berjaya menyuntik semangat saya yang separuhnya masih berada di benua Asia sana (ketika itu) untuk memulakan perjalanan di perlembahan Nil ini. saya paling suka slot 7 habits.

*
selepas seminggu, kami dibawa ke medan kami iaitu Iskandariah. seronoknya! :))

apabila masuk ke kawasan utama penempatan pelajar Malaysia, senior yang menaiki bas bersama kami memperkenalkan tram! hehe. masa tu saya tak pernah terfikir saya akan naik tram tu. rupanya, itu lah pengankutan utama kami. hari-hari naik tram. tambang 25 sen untuk ke mana2 destinasi. tak kira jauh atau dekat. best kan?
ini tram =)
kemudian kami masuk ke kawasan Syatbi, tempat terletaknya asrama universiti yang bakal menjadi tempat tinggal kami selama setahun. saya selalu dipesan oleh sepupu saya, di Mesir nanti ...just expect the worst. jadi, saya bayangkan asrama kami nanti macam nak runtuh. alih2................

Alhamdulillah, luarannya ok saja.

masuk dalam? pun baik2 aja.

masuk bilik? ok la.

paling kurang, it is better than my expectation. ^_^

oh ya, ini bukan asrama MARA...tapi asrama universiti yang juga didiami oleh pelajar Arab.

setiap hari dihidangkan nasi arab. nasi yang digaul bersama minyak sapi. setiap orang diberi 1/4 ekor ayam. kalau hari bukan ayam, kami makan daging. cara masaknya....always the same. tapi syukur je la kan? dan akhirnya kebanyakan daripada kami berjaya 'membina' badan selepas setahun makan makanan2 yang sangat sihat itu. hoho! -->kenangan yang tak dapat dilupakan.

kadang2, datang juga rasa teringin untuk menjamah lauk melayu. inisiatifnya ialah MASAK SENDIRI lah. humm....masa tu, masing2 nak tunjuk skill. saya yang cuma tahu tolong Ma di dapur rumah di Malaysia, agak kerdil di situ melihat kawan2 lain hebat memasak. maka, di sini lah saya belajar memasak. rupanya, masak memasak ni idok le susah benor....campak je! menu yang sering kami masak adalah tom yam. Masa tu, tom yam menjadi makanan yang sangat istimewa, kawannya telur dadar....cukup sekadar dua menu ini, kerinduan kami kepada masakan ibu terubat. tapi sekarang, tom yam dah duduk di carta bawah......banyak menu lain yang telah mendahuluinya.

*
humm....itu kisah asrama dan makanan.

kisah keluarga pula...

kawan2 dan senior2 lah keluarga kami di sini.

mungkin kelihatan sama saja dengan universiti di Malaysia, tapi apabila berada di luar negara dan sudah berlainan benua ni...kami menjadi lebih rapat. ada masalah terus refer senior. ada masalah boleh kongsi dengan kawan. kebetulan masa tu susah nak berhubung dengan keluarga. nak call, kena pegi CC. CC arab bisingnya kadang2 boleh sampai tahap kelab malam. berdentum-dentum lagu dipasang. akhirnya banyak kali kalau call rumah berakhir dengan "hello? hello? dengar tak?" - sekarang dah senang. kebanyak rumah dah ada wifi. kalau bukan wifi pun depa guna broadband. alhamdulillah...dah boleh bergayut panjang, dan boleh call bila2 masa. =)

dan saya takkan lupakan mereka yang terlalu banyak mengajar saya di sini. Allah swt berikan kekuatan berwasilahkan mereka. akhirnya, sedikit demi sedikit.....saya mula mengenal dunia lain selain dunia belajar. rupanya terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain daripada mengejar cita2 dunia. rupanya ada tanggungjawab lain yang kita perlu lakukkan selain daripada semata-mata belajar. rupanya belajar itu tugas yang entah ke berapa. tugas pertama adalah sebagai hamba-Nya, dan tugas ke-2 adalah menjadi khalifah.

kadang2 kita lupa, kan? ye, saya sendiri pernah lupa.

*
akhirnya, 5 tahun sudah kisah di tahun satu tu. kejap je. junior yang bakal datang tahun ni beza umur kami dah 5@6 tahun. dah tua rupanya 

dan sudah terlalu banyak kisah yang terukir di sini. ukhuwah, tarbiyah, kepimpinan, doktor muslim...saya mula mengenali semua ini di sini.

ahlibeit saya. Alhamdulillah masih bersama walau sudah 5 tahun. <3 td="td">
kalam2 taujihat daripada sahabat2 dan kakak2 yang disayangi. banyak lagi ni...tak cukup nak masuk gambar. :D

*
untuk adik2 yang bakal datang (macam lah ade adik yang akan baca..huh!)

dunia universiti takkan sama dengan dunia sekolah menengah. dan universiti di bumi Malaya itu takkan sama dengan universiti di bumi kinanah ini.

berdikari. berdikari. berdikari. nak hidup, berusaha sendiri.

jaga lah hubungan dengan manusia dan paling penting hubungan dengan Allah swt. seorang ustazah semasa kami mengikuti kursus bahasa Arab di UKM pernah berpesan, jaga lah solat dhuha. kalau boleh lakukan setiap hari. dan seorang ustazah lagi pesan, jangan tinggal doa untuk kedua ibubapa. sebelum minta yang lain, minta Allah memberi kesejahteraan kepada ibubapa dulu.

hubungan manusia sangat perlu dititikberatkan. jaga lidah, jaga hati. serendah-rendah level ukhuwah adalah berlapang dada, setinggi-tinggi levelnya pula adalah ithar iaitu mendahulukan orang lain lebih daripada kita. (kecuali bab ibadah, kita kena berebut nak buat dulu ^_^)

nak cari kawan ramai. tak payah risau. tapi, pandai2 lah berkawan...dan sayangi kawan anda. sekali berkawan, biar lah sampai ke syurga ^_~ .

*

saya tahu, akhirnya saya syok sendiri kalau tulis panjang2. jadi, setakat ini saja.

tajuk entry kali ni : "jadi ustazah la nanti ye?"....kenapa tajuk ni?

sebab masa nak datang dulu, semua orang ingat saya datang nak belajar kuliah pengajian Islam. ye la, dari Maahad Muhammadi kemudian ke Mesir...."belajar agama la tu!"

hehe. rupanya ramai lagi yang belum tahu yang negara arab ini ada kuliah perubatan. pergigian, farmasi pun ada.=).

***
                                            
AHLAN wa SAHLAN adik2! cuba lah mengutip mutiara ilmu di sini. ayat yang famous juga, 'kutip lah permata di sebalik debu-debu Mesir ini'.

***
masih setia menunggu result tahun 5. doakan ya!



1 comment:

saadahzaimi said...

Panjanglebar! Bgs, istiqomah dgn blog :-)