halwa telinga

Saturday, March 9, 2013

Piano and Cello

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

hari ini hari pertama saya dan kawan2 sekumpulan masuk ke unit cardiology. semuanya berkaitan dengan jantung. sejujurnya saya sangat takut untuk masuk ke unit ini kerana saya tersangat lemah dalam bab cardiovascular system. saya suka belajar, saya suka baca, tapi saya susah nak ingat. (err...macam mana tu?) T_T. semoga minggu ini dipermudahkan. amiin.

*

semalam kami bermesyuarat agung di Kaherah. Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN. nampaknya ini MAT terkahir yang saya hadiri.

terlalu banyak perkara yang sudah menjadi 'yang terakhir' kebelakangan ini. kerana hujung tahun ini, jasad ini bakal meninggalkan meninggalkan mereka yang saya cintai di sini. ini lah masanya untuk dimanfaatkan segalanya.

apa-apa pun, saya seronok ke MAT semalam walau kami bertolak pada pukul 2 pagi semalam dan tiba di Alex semula lebih kurang pukul 1 pagi. Alhamdulillah, kepenatan semalam amat berbaloi selepas melihat kematangan perwakilan dalam berbahas. dan alhamdulillah.....kelas di hospital pada pukul 8.30 pagi tadi berjaya dihadiri. =)

*
ini yang saya nak share kali ni.

"dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Israel dengan lidah Daud dan Isa putera Maryam. Demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sungguh buruk apa yang selalu mereka lakukan itu" - surah al-Maidah ayat 78-79.

jelas di dalam ayat di atas berkenaan sikap mereka yang tidak melarang mereka yang berbuat kemungkaran dan apa balasan yang Allah berikan atas sikap mereka tersebut.

di dalam satu kelompok masyarakat, pelbagai warna manusia yang ada. ada yang alim, ada yang sederhana, ada yang lalai dan ada yang sengaja menjauhkan diri daripada agama. Islam mengajar kita tentang amar ma'aruf nahi mungkar. menyuruh kepada kebaikan dan melarang atau mencegah kemungkaran. bila mana kita tahu akan hakikat ini, maka tidak dapat tidak kita wajib melakukannya. itu lah yang diringkaskan di dalam satu perkataan iaitu DAKWAH.

dan andaikata kita mengambil pendirian untuk tidak peduli, kita diibaratkan bekerjasama di dalam kemungkaran yang dilakukan oleh insan-insan lain di sekeliling kita. dan kita tahu hakikat akibat daripada bekerjasama dengan kemungkaran....iaitu kita turut mendapat dosanya. naudzubillah min dzalik!

'tidak peduli-ism'. istilah yang tidak asing lagi bagi pembaca setia blog saifulislam.com. Iyup, pada zaman serba canggih, zaman manusia sibuk mengejar harta dunia, sikap tidak peduli kita kepada keadaan sekeliling sangat sangat sangat banyak. atau menebal?

ada satu video yang menceritakan betapa kita ini sangat IGNORANCE, seorang remaja perempuan dirogol di tengah-tengah kawasan flatnya sendiri. bukan tiada yang menyaksikannya...tapi hakikat manusia sekarang sangat bersikap tidak peduli. hanya mengintai dari tingkap rumah?!! kuatkan volume televisyen supaya telinga tidak mendengar jeritan remaja tersebut. how come?????!

"Dan Ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata " mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab yang sangat keras?" Mereka menjawab "agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa" Al-A'araaf 164

"Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami menimpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik" Al-A'araaf 165

"alasan" yang disebutkan itu ialah mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

secara mudah fahamnya, hidup kita untuk mencapai mardhatillah iaitu keredhaan Allah swt. maka, segala yang kita ada di dunia ini harus dijadikan wasilah yang berguna untuk mencapai redhaNya. termasuk lah dalam urusan amar maaruf dan nahi mungkar. maka, profession seorang doktor yang dikatakan hebat itu tidak lebih daripada hanya nilai tambah dalam hidup kita. title seorang doktor perlu digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan Islam di tempat dia berada.

begitu juga isu perkahwinan. Perkahwian cuma antara salah satu fasa dalam hidup. jadi, urusan dakwah takkan terputus di situ. betul tak?

alangkah indahnya apabila rijal dakwah bersinergi dengan permaisuri hatinya iaitu si srikandi Islam. keduanya ada peranan masing-masing. umpama piano dan cello....andai betul tone atau not (?) yang dimainkan, akan menghasilkan muzik yang sangat indah. ^_^. sinergi 1+1 = 3. nice kan?

apa-apa pun, walau dia itu digelar pemuda dakwah sekali pun, dia tetap seorang suami. maka ada tanggungjawabnya terhadap keluarganya. begitu juga si srikandi. sehebat mana srikandi di medannya, tidak dapat tidak tanggungjawabnya sebagai seorang isteri perlu dijaga.

sedikit nak share pesanan daripada Umamah al-Harith untuk puterinya sebelum puterinya diijabkabulkan. siapa umamah al-harith? boleh search sendiri =)



Wahai puteriku..
Sesungguhnya, jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi, ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi, 
wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita

Wahai puteriku..
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaanya, dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang akan menguasaimu.

Maka, jadilah diri sebagai abdinya, 
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara, necaya akan menjadi simpanan bagimu, iaitu...


Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



ok. kembali kepada realiti. saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal dakwah, soal tidakpedulism, apatah lagi soal perkahwinan! sekadar lontaran idea.

semoga kita menjadi orang yang peduli.
semoga kita bukan lah termasuk yang Allah laknat.
semoga Islam menang.
semoga Islam terus tertegak.
semoga kita menjadi salah seorang srikandi Islam.
semoga Allah swt thabatkan hati kita.
semoga Allah swt melimpahkan rahmat Nya ke atas kita.

amiiin. ya Rabbal 'Aalamiin.

kenapa saya menggunakan piano dan cello. boleh cari The Piano Guys. ^_^

doakan kami!




2 comments:

humaira said...
This comment has been removed by the author.
humaira said...

:)