halwa telinga

Tuesday, December 30, 2008

lafaz yang tersimpan

assalamualaikum WBT...

"lafaz yang tersimpan". Lafaz apa ya? Dari tadi saya memikirkan tajuk yang sesuai untuk entry kali ni. Ini tajuk sebuah lagu nasyid dendangan kumpulan UNIC. Jiwang je bunyinya, kan? Tapi,kalau dihayati liriknya, dia berkisar tentang ucapan terima kasih,sayang dari si anak kepada ibunya. Tersimpan. Tak pernah diucap. Pernahkah kita mengucapkan "sayang mak," kepada ibu kita? Fikir-fikirkanlah...

Tapi, entry ni bukan lafaz dari si anak kepada ibunya...tapi kata-kata dari sang kekasih kepada pujaan hatinya. Of course la yang belum kahwin. Kalau dah kahwin, nak berjuta-juta kali ucap pun tak kisah...yang masalahnya,yang belum kahwin ni.

Cinta itu fitrah. Biasa kita dengar. Cinta itu anugerah daripada Allah. Tapi,ke mana jatuhnya cinta itu? Adakah di tempat yang betul?


Cinta seorang hamba kepada Allah.............BETUL
Cinta seorang umat kepada Rasulnya............BETUL
Cinta seorang anak kepada Ibu bapanya...............BETUL
Cinta seorang muslim kepada muslim yang lain..................BETUL
Cinta kepada agama...............BETUL
and bla bla bla.............banyak sangat jenisnya. Tapi..........
Cinta seorang lelaki atau wanita kepada yang ajnabi bagi mereka (atau lebih saya tekankan disini,couple)..............TAK BETUL
Kenapa tak betul? kenapa tak boleh? Pernah saya diajukan soalan ini oleh ramai sahabat saya. Saya selalu termenung memikirkan jawapan yang boleh menjelaskan sebab musabbab kenapa tak boleh couple.
sebab pegang tangan kan?
satu...tapi bukan sebab tu aje
apa lagi?
Zina hati.
Apa zina hati tu? macam mana tu?
I miss u, u miss I....itulah dia.
Mana pernah cakap macam tu, ada la pulak orang jawab.
Tak semestinya cakap, perasaan rindu itu sendiri adalah zina hati.
Macam mana kalau kita tak couple pun,tapi just minat seseorang?selalu je teringatkan dia.
Oho... rindu sorang-sorang? Pun tak boleh.
hah?! habis tu nak buat macam mana?bukan mintak pun.....
Ingat Allah, Istighfar banyak-banyak. Allah sedang uji kita la tu.Sibukkan diri dengan benda lain yang laaaagi jauh berfaedah dari duk ingatkan orang tu. Tu keje syaitan semua tu. Saja nak cucuk kita. Ingatkan janji dia? Dia telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam sampai hari kiamat.
Allah pernah berfirman : janganlah kamu menghampiri zina
JANGAN HAMPIRI....perhati betul-betul. Allah tak kata jangan lakukan zina. Tapi jangan hampiri zina.
Apa yang menghampirkan kita kepada zina?
Arak...filem lucah....pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan...pakaian yang tak menutup aurat....lagu yang melalaikan....SMS.....YM.....telefon..
hah?! SMS,YM,telefon pun benda menghampirkan kita kepada zina ke?ngarutlah!
Ya,kalau SMS,YM atau telefon itu digunakan untuk menghubungi yang bukan mahram ,tanpa urusan penting dan ayat atau kata-kata yang digunakan tu berbunyi manja, dan bisa menggugat hati si lelaki. kalau tiada urusan penting,buat apa berhubung? tak pasal-pasal dapat benda free yang biasa orang tak nak iaitu DOSA. nauzubillah min zalik.....

satu lagi dalil dari Hadis :

"telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina,akan bertemu dalam hidupnya,tidak dapat tidak. Maka kedua mata,zinanya adalah memandang.Kedua telinga zinanya adalah mendengar.lisan zinanya adalah berkata.Tangan zinanya adalah menyentuh,kaki zinanya adalah berjalan.Dan zinanya hati adalah INGIN dan ANGAN-ANGAN. Maka dibenarkan hal ini oleh kemaluan atau didustakannya"......HR Muslim,dari Abu Hurairah


Maksud maka dibenarkan oleh kemaluan itu adalah dengan BERKAHWIN. jika tidak..dustakan.

tapi dia dah jadi tunang saya. logik la kalau saya fikirkan dia.
Tunang je kan? bukan suami/isteri kan? Yang menghalalkan perhubungan itu hanyalah PERKAHWINAN.
tapi dah nak kahwin dah pun. alih-alih dia jadi suami/isteri saya jugak.
Aih....tak boleh,tak boleh. selagi tak akad nikah, jangan nak menghalalkan apa yang haram.
soalan-soalan ni biasa diajukan oleh kawan-kawan yang tak tahu hukum couple. Tapi yang menyedihkan ialah yang dah tahu hukum. Masih ada yang terjerumus dalam masalah couple.

kami tak dating. kami pun tak pernah mesej manja-manja. kami biasa mesej tazkirah. tak boleh ke?
sekali kamu terima mesej dari pasangan kamu,walau satu tazkirah, pasti terdetik di hati perasaan rindu kepada si dia.
Biasa kita dengar "cinta saya kepadanya kerana Allah,". Lafaz semata. Kalau betul cinta itu kerana Allah,dia tak kan bercouple. Hukum datang dari Allah. Allah Penganugerah cinta. Sepatutnya dia menghormati Penganugerah cinta dengan mematuhi hukum yang telah ditetapkan.
nanti karang melepas...
oho...takut melepas? Jika cinta itu kerana Allah,dia tidak akan berduka cita sekiranya apa yang diharapkan tidak didapati. Redha dengan ketentuanNya. Lebih baik kita kehilangan cinta itu daripada kita kehilangan cinta yang sangat BERHARGA....Cinta Allah SWT, kekal selamanya

Kalau nak bercakap pasal couple ni, terlalu panjang. Susah nak habis. Orang akan cuba jugak korek-korek sampailah orang kata 'boleh couple'. Sebabnya,couple ni dah jadi satu trend zaman sekarang. Yang haram tetap haram,yang halal tetap halal. Niat tak menghalalkan cara.

seorang sahabat saya berkata; susah nak kawal soal hati dan perasaan ni.
Ya, memang susah. Sangat susah. Hati selalu nak kata betul biarpun benda tu salah.

ada pulak kawan saya kata; hisy diorang ni, tak boleh tahan ke perasaan tu?
Itulah yang saya ingin sampaikan, tahan dulu perasaan tu kalau tak mampu untuk berkahwin. Kalau mampu, guna cara yang berhikmah untuk memulakan langkah. Kalau masih belum bersedia,atau tak mampu,simpan perasaan tu dulu. Sebab sekali dah cakap 'saya suka awak' mulalah berangan. Jadikan lafaz 'itu' lafaz yang tersimpan sehingga tiba masanya untuk dilafazkan.

Daripada cakap kat orang lain,baik cakap kat mak; "saya saaaaaayang mak,". Macam yang UNIC nyanyikan tu.
lafaz yang tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu
tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu
membekas jiwaku
Meredakan rindu
mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
hanya sekadartingkah
Cuma ungkapan kebisuan
yangmelindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar
menyusun bicara
Meluahkan rasa
menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
hanyalah sekadartingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang
andai dilisankan
Bait penghargaan
penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat
cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan




No comments: