halwa telinga

Tuesday, April 28, 2009

sayang diuji,mencari cinta

“kenapa aku je ditimpa musibah?Allah tak sayangkan aku ke?”

Tanpa kekuatan iman, ayat ini sering kali diungkap. Manusia sering mengeluh apabila ditimpa musibah,masalah,ujian. Lupakah kita bahawa ujian daripada Allah itu adalah sebagai tanda Allah sayang kepada hambanya.

Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan ( al Anbiyaa’-35)


Apahal pulak kalau sayang nak kena uji? Bukan ke kalau sayang tu sepatutnya Allah akan memberi nikmat kesenangan kepada kita? Dia tak kan biarkan kita susah.

Padahal kehidupan dunia adalah kesenangan (yang sedikit ) berbanding kehidupan akhirat – ar Ra’d 26

Senang sahaja untuk menjawab persoalan ini. Cuba analogikan masalah ni dalam perlawanan bola sepak. Kalau kita menonton perlawanan bola sepak , mesti tak seronok kalau asyik masuk gol je. Tak de yang jatuh. Refree pun boring kalau tak de masalah. So, masalah-masalah dalam perlawanan tu menjadikan kita nak tengok. Rasa seronok. Begitulah kisahnya ujian daripada Allah ke atas kita. Kalau kita sentiasa hidup senang, tak pernah diuji, sudah pasti hidup ni menjadi amat membosankan. Allah nak bagi kita rasa menghargai kesenangan dengan memberi masalah sekali-sekala.

Biarkanlah mereka (didunia ini) makan dan bersenang senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) mereka,kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)- Al Hijr-3

Melalui ayat ini, kesenangan membawa kelalaian, kelalaian boleh menjadikan kita alpa. Lupa kepada Tuhan. Kesannya,kita semua tahu kesan jauh daripada Allah.

Barang siapa menghendaki kehidupan kehidupan sekarang (duniawi),maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian, Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.- Al Israa’-18


Dari sini kita nampak, Allah tak nak hamba yang Dia sayang alpa. Hanyut.

Apa yang kita lakukan apabila diuji?

Ada sesetengah orang, cuba lari dari masalah. Bagi yang sedar ujian itu datang dari Allah tanda kasih sayangNya akan segera kembali kepada Allah. Memuhasabah dirinya, meningkatkan ibadah kerana ujian itu adalah untuk menguji keimanannya kepada Allah. Dan bagi yang tak sedar yang ujian itu tanda kasih sayang Allah kepadanya akan mengeluh, memberontak, tertekan.

Tertekan? Kembalilah kepada Allah.


Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.- arRa’d -11


Kepada Mu kami sembah dan kepada Mu jualah kami memohon pertolongan- al Fatihah-4


Dan bersabarlah Muhammad dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan jangan lah engkau bersedih hati terhadap kekafiran mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan – an Nahl- 127

Setiap kali diuji, lihat balik, adakah ujian kita hadapi sekarang setanding dengan ujian yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, umat-umat terdahulu? Sudah tentu amat jauh bezanya, kan? Tapi, mereka tak pernah berputus asa dari rahmat Allah. Jadi, kenapa kita perlu mengeluh dengan ujian yang sedikit ini.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya- Al Baqarah-286

Bersyukurlah dengan ujian itu

No comments: