Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih
membenarkan diri bernafas di bumiNya, malah menjejakkan kaki di ardul kinanah
yang dirindui ini. Alhamdulillah. Bermacam kisah yang terpaksa dilalui untuk
tiba di sini :’)
Alhamdulillah, sedar tak sedar…sebulan sudah berlalu dari
tarikh 9 ogos 2013. Dan sedar tak sedar sudah seminggu saya berjauhan dari
suami. :’(
Dulu, saya tak faham kenapa orang yang berjauhan dari suami
boleh menjadi tersaaaaangat homesick berbanding sebelum kahwin. Sekarang saya
dah rasa. Dari hari pertama menjejak tanah alex, saya terputus hubungan dengan
dia dan semua orang. Rumah takde line telefon, memang ‘nice’ lah. Internet tak
bayar, so…tiada wifi. Keesokan harinya saya cuba untuk connect internet melalui
phone. Juga tak dapat. Topup punya topup, juga tak dapat. Stress pada masa tu
bukan seposen lagi….dah beringgit-ringgit! . Akhirnya hari ke-4 baru internet
di handset saya berfungsi. Baru 4 hari..~~~~ :P
*Dan satu lagi benda yang saya perasan, bila dah berkahwin
ni, saya jadi lebih sensitive. Senang sangat banjir air mata. Sampaikan kawan
saya tak percaya, katanya…”bukan selalu kau macam takde perasaan ke?” *
**
Kenapa hari ni tergerak untuk menulis?
Maghrib tadi, masa ambil wudhu’ untuk solat maghrib….tiba2
teringat waktu pertama kali menjadi makmumnya. Minta maaf bagi yang membaca,
tapi perasaannya saaangat syahdu. Sampai tadi terasa panas mata. =’). Dulu,
saya ingatkan dalam novel atau drama tv je nak rasa syahdu2 ni. Rupanya jadi
betul! Jadi, bukan poyo la eh :P
Segala puji bagi Allah yang menciptakan makhluknya
berpasang-pasangan.
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya
kamu mengingat akan kebesaran Allah” Az-Zariyat 49.
“dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
Ar-Rum 21.
Saya tak mampu nak ungkapkan apa itu nikmat sebuah
perkahwinan, apa itu nikmat mempunyai pasangan yang halal. Apa yang pasti,
setiap apa yang kita (isteri) lakukan untuk menggembirakan hati suami, akan
mendapat pahala. Walaupun berjauhan, berusaha juga untuk bahagiakan pasangan
kita. Kumpul pahala, syok kan? Tapi jangan lupa…isteri juga senang dapat dosa
kalau tak kena caranya.
Seperti sedia maklum, wanita fitnah dunia. Itu yang
Rasulullah saw pesan. Saya boleh kata, dengan satu ikatan pernikahan, banyak
pintu2 fitnah yang dapat ditutup. Bila kita berjalan di luar bersama pasangan
kita, terasa secured. Tapi, ingat…Walau pun kita dah ada suami, jangan pula itu
menjadi tiket untuk terlebih mesra dengan lelaki lain. Lelaki tetap lelaki. Ok?
Hubungan kita dengan lelaki lain TETAP sama walaupun sudah ada suami di sisi. Maksudnya,
tang tundukkan pandangan, jaga mata, AURAT, SUARA , dan segala nya tu tetap
dijaga.
Kesimpulannya, perkahwinan itu boleh jadi medan mengumpulkan
pahala, dan boleh juga menjadi ‘perigi hitam’ yang penuh dosa. Terpulang kepada
kita bagaimana sebuah rumahtangga itu dipandu.
Bagi yang bujang, ye….seronok hidup bujang. Boleh buat apa
yang kita suka. Tapi, fitrah ingin berpasangan itu takkan dapat dielakkan. Salurkan
fitrah ke tempat yang betul. Berkahwin lah.
“nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku
maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku” Riwayat Ibnu Majah.
Satu lagi hadis nabi Muhammad saw menyebut :
“ wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu
(mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendak lah ia berkahwin,
kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya ( terhadap orang
yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak
mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng”
Mudahkan perkahwinan. Kalau tak mampu buat walimah (kenduri),
akad nikah la dulu. Yang penting ikatan yang halal. Tak best la duk post kat
wall, keluar dating tapi terpaksa tahan2 perasaan.
Mudahkan perkahwinan, dari saat memilih pasangan….jangan
terlalu memilih. Nak cari yang sempurna, memang mustahil.
“mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi
mereka” al-baqarah, 187. Saya pernah terbaca satu ulasan tentang ayat ini. Kenapa
Allah gunakan perkataan pakaian untuk menyatakan suami isteri itu saling
melengkapi? Pakaian yang terbaik adalah pakaian yang tidak terlalu ketat dan
tidak terlalu longgar. But they
perfectly fitted. Pakaian yang cantik elok aje di badan. Jadi, bab mencari
pasangan pun sama….nak cari yang perfect, susah. Tapi, ikut lah panduan
Rasulullah saw….pilihlah agamanya, pasti kamu akan beruntung.
Aihh…nak cakap banyak pun tak layak. Usia perkahwinan masih
sebulan jagung? :D
Tapi, kita sama2 saling mengingatkan.
Counting days to go back for good. insyaAllah 30 september
2o13, akan pulang sempena tamat belajar. insyaAllah.
3 comments:
alhamdulillah, seronok mendengar cerita kak syimah..semoga rumahtangga diberkati..doakan kami, anak-anak ibu :)
Alhamdulillah....kena banyak2 doa. and utk 'anak2 ibu', semoga semua cpt jejak lgkah. nk dpt 'menantu' nih :p
wahhhh, 'ibu' sudah jadi puan nourah..... :D
akak, mohon nanti bila akak free2 lagi, terus menulis, bagi semangat akak kepada 'anak-anak'.
ehem, dan tidak lupa doakan 'anak-anak' yang masih bujang.
*rinduuuuuuuuuuu*
:)
Post a Comment