assalamualaikum WBT
kamu sdh makan???
pernahkah, smbil menyuap makanan tu kita fikir, betul cara duduk aku ni??bersila?terkangkang??oops..mgkn agak keterlaluan bunyinya terkangkang....tapi, x mustahil ada yang duduk sedemikian.
saya mula menaip mencari adab makan yang sebenar. cara Rasulullah menyantap makanan baginda.
nk mulakan semua bnda, mesti baca bismillah,kan?
ini doa yang Rasulullah amalkan :
Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
bagaimana Rasulullah duduk?? sama tak dengan kita punya?
Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri. hurm..rasa amat jauh beza cara baginda dengan kita,
Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan
Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya
Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.
teringat masa saya kecik2 dulu, dan maybe smpai tua saya akan ingat pesan ayah saya ni..
makan jangan ada bunyi pun ...cap cap cap...nyum nyum nyum.....bunyi ckit pun tak boleh,
pastu jangan nampak gelojoh, excited pun tak boleh....biasa2 dah la...kalau ada yang terexcited, dia akan kata...."jgn duk napok bersungguh sgt gak kito nih,"...terus yg ditegur tu mcm bateri low..slow terusss
pastu kalau dia pggil makan, kena terus pergi, kalau tak, "ore lain pun ado kijo jgk, bukan demo sore " zupppp! terasa saya masa kena tegur
macam2 lagi lah yang dia tegur bab2 mkn ni...jd,klau ada yang mcm bertentangan sikit dgn apa yg ayah ajar dulu tu,saya jadi sensitip...x leh tgk kalau tak sama...tapi saya cuba faham,kita dari latar belakang berbeza.bab2 lain pun banyak jugak...insyaAllah sampai bila2 saya akan ingt semua tu...
~pakaikan dihatimu dengan akhlak yang mulia~
halwa telinga
Wednesday, May 27, 2009
Monday, May 25, 2009
it's my dream
asslamualaikum..
www.palestineevergreen.blogspot.com
mesir yang seakan membahang saat ini cukup merimaskan kita
masa musin sejuk, ada yang merungut bila la nak panas, dah penat pakai baju sejuk pi kuliah.
ha, sekarang dah pun mula nak masuk musim panas, tapi ada pulak yang merungut panas, banyak berpeluh, busuk, n HITAM..
hai manusia, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Bila Allah jadikan panas, nak hujan pulak..hujan di Malaysia katanya lebih kerap berbanding di sini..memang tak nafi.
tapi, pernahkah kita terfikir, nasib saudara muslim kita di Bumi Palestin sana. setiap hari berhujan. HUJAN PELURU. hujan air, boleh berteduh, tapi hujan peluru??? tembus ke mana saja.
si kecil yang tidak berdosa, hanya mampu melihat ibu bapa mereka dibunuh tanpa mengerti apa yang berlaku.
Si kecil...mungkin ramai yang pernah terfikir, kenapa penduduk Palestin masih menghasilkan zuriat, sedangkan mereka tahu, bayi mereka mungkin tidak sempat hidup lama dan akan berakhir dengan mati juga akhirnya. tak sayangkah mereka pada anak-anak mereka yang bakal lahir ke dunia, hidup menderita di bumi sendiri???
ini kerana mereka percaya dengan janji Allah,
Firman Allah SWT:
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]
di dalam hadis Rasulullah SAW pula ada menyebut
"akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menetang musuh mereka, barang siapa yang cuba menghampakan mereka,tak kan sekali- sekali dapat melukakan mereka,mahu pun oleh kesusahan yang menimpa mereka. sehingga datang keputusan Allah dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?Sabda baginda, mereka berada di Baitulmaqdis dan di sekitar baitulmaqdis"
kemenangan Allah dah janjikan, cuma kita tak tahu bila dan generasi mana yang akan dapat memperoleh kemenangan itu...
''scent of Palestine, scent of jannah"
www.palestineevergreen.blogspot.com
Thursday, May 21, 2009
too small too big 2
assalamualaikum WBT...
blause ...jeans...ha...yg ni baru up to date sket...
too small too big lg
sblm ni selesai sudah masuk bilik air
entry kali ni nk pakai baju
Baju kurung...kalau majlis formal boleh la,ni nak g shopping tak kan pakai baju kurung kot...pernah anda terfikir begini???
pernah suatu ketika, masa tu saya form 4, kami sekeluarga, berkunjung ke Perlis, rumah ibu angkat ayah,tapi before sampai tu, ayah bawak kami pergi zoo...masa tu saya tengok mostly budak perempuan especially remaja pakai seluar, tshirt...masa tu baru saya perasan, 'aku je pakai baju kurung?' Masa tu saya rasa agak segan, ye la, pakai baju kurung pegi zoo..
satu lagi, masa di ukm,cuti2 saya dengan beberapa orang kawan, akan keluar jalan2 ke Kajang. saya iron baju. tiba2 datang kawan saya,
"syimah pakai baju kurung ke?"
dengan selambanya saya jawab, "a ah,kenapa?"
"tak de pape lah," muka sahabat tu dah pelik. pergi masuk bandar pakai baju kurung??
yang saya pulak fikir masa tu? "salah ke aku pakai baju kurung??"
jubah....macam ustazah la
blause ...jeans...ha...yg ni baru up to date sket...
kalau aku pakai tudung lilit, ok tak??
hmm...tak kisah lah nk pesen mana, tapi make sure tutup aurat la
Pakaian harus bersih dan rapi....jaga la imej kita sebagai orang islam. nanti kalau pakai comot-comot, apa impression non muslim terhadap muslim?
Untuk laki-laki, agar memakai pakaian yang panjang sampai menutupi aurat (pusat ke lutut)...so,jgn pakai seluar pendek
Sedangkan wanita, harus menggunakan pakaian yang menutupi anggota tubuhnya keculai wajah dan kedua telapak tangan.....yg jarang n ketat x boleh...HARAM
Para lelaki muslim, haram hukumnya menggunakan sutra dan emas. oleh karena itu, dilarang bagi lelaki muslim untuk menggunakan barang-barang diatas.sebagaimana sabda Rasulullah ber¬sabda: Sesungguhnya dua benda ini (emas dan sutera) haram atas lelakiummatku. (H.R.Abu Daud)
Dalam islam tidak diperkenankan lelaki memakai pakaian wanita dan sebaliknya. karena hal ini dapat menyebabkan "tassabuh".....kalau kita perhatikan zaman sekarang ni, banyak berlaku masalah2 ni....ini adalah salah satu tanda kiamat,
Dalam ajaran islam, hukumnya sunat memakai pakaian dengan diawali bagian kanan....bnyk yg Islam ajar, buat apa2 pun mula dgn sebelah kanan....masa nk tgglkan pakaian,tanggal sebelah kiri dulu
Tidak diperkenankan memakai pakaian yang mewah...tgk la harga pakaian kita, harga 200 untuk dipakai, berbaloi ke????
Lebih mengutamakan pakaian yang berwarna putih....putih itu bersih...Allah suka kebersihan
Hendaklah berpakaian yang rapi dan sopan
dalam buat apa-apa sekali pun, sama ada berpakaian, sikap perangai kita, cara kita, kena jaga hak Allah terlebih dahulu...bertepatan ke tak dengan yang Allah suruh? nak bergaya????
boleh, tapi tengok dulu, betul ke tak...
teringat kata seorang sahabat,
jagalah hak Allah dalam menjaga hak manusia
malu nak buat sesuatu yang tak elok??? tengok balik yang mana sebab 1st? malu kat Allah atau manusia?
contohnya bab jaga pandangan la...kalau jumpa orang Arab,usha je dia, tak terasa benda tu salah, tapi kalau jumpa orang melayu, mula tunduk sopan...padahal, orang arab tu bukan mahram jugak...pelik2...tak faham
Wednesday, May 20, 2009
too small too big
assalamualaikum WBT...
dari bangun tidur, apa yang anda buat??? rebus air buat kopi? terus lari bilik air? ke tarik selimut?
too small too big.
apa yang too small too big?
anda wahai pembaca!
......aku?......
apahal?
entry kali ni saya hanya ingin menyampaikan sedikit tentang adab - adab kita sebagai seorang muslim
alahai...adab-adab, akhlak, boring la entry syimah ni.......mungkin ada diantara pembaca yang fikir sedemikian,betul tak???
sabar, adab kehidupan seharian bukan hal kecik tau.memandangkan kita semua dari latar belakang keluarga yang berbeza ; ada orang terlalu jaga adabnya, ada yang kureng2 sikit dan ada yang tak kisah langsung bab2 adab ni....BORING! maklumlah, masa sekolah dulu Pendidikan Islam subjek senang, senang skor markah..komfem A....so, bila dah dapat A, berjaya lah....lupa apa yang dibaca sebelum ni. sayang, A atas kertas je, tapi atas diri, ada B, B-, C and even D! Z tak tahulah ada ke tak....maaf kalau terkasar
baca doa bangun dari tidur dulu...alhamdulillah Allah bangun kan kita lagi pagi tu, kalau Allah nak tarik nyawa masa kita tido semalam, boleh je kan???
segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah mematikannya dan kepadanyalah kami akan dibangkitkan
pastu, masuk bilik air...baca doa jugak
اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْجَبَاءِثِِ
Tidak membawa barang-barang yang bertulis nama Allah atau Al Quran..al quran tu kena hormat
dilarang bercakap-cakap.....so, orang kat luar yg tgh queue tu, sabar je la...jgn duk ketuk2 pintu tandas pulak.."ada orang dalam tandas?" pandai2 la agak...hehe
dilarang memegang kemaluan dengan tangan kanan....tangan tu kan nak guna utk makan...so, faham2 je lah
dilarang kencing berdiri.....ni macam budak2 kecik, apa kata terus ke tempat yang sepatutnya????
dilarang menghadap kiblat atau membelakangi kiblat....nasihat masa nak buat rumah nanti, pastikan bilik air tu bukan di depan tempat kita solat.
mencari tanah yang lembut....ni kalau takde sistem bilik air, zaman dulu2 kot, tanah lembut utk senang timbus...kot =P
dilarang buang air di lubang-lubang atau sarang serangga dan di liang....tgk, betapa Islam menjaga kemaslahatan umatnya...ye la, mana la tahu ada ular ke, tak ke cari pasal?
Dilarang membuang air (berak atau kencing) di jalan atau tempat berteduh....kesian nnt orang yang nak berteduh nanti..."apa la yang busuk sangat ni???"
Dilarang buang air di air yang tenang....air tenang jangan disangka tiada buaya. sayang la air tu. infection pun senang dapat sebab kebanyakan telur parasit ni ada dalam 'benda tu'
Dilarang buangairdi tempat mandi dan wudhu'....nnt kalau orang ambik wudhuk terpijak tempat tu, kesian dia, tak tahu yang dia dah terbatal wudhu'
Wajib istinja' dengan batu atau dengan air
finally, baca doa selepas keluar tandas....SELEPAS....bukan nak keluar.hemm...mungkin cukup masuk tandas dulu, next kita sambung!
ma'asslamah
Subscribe to:
Posts (Atom)