halwa telinga

Monday, May 25, 2009

it's my dream

asslamualaikum..

mesir yang seakan membahang saat ini cukup merimaskan kita

masa musin sejuk, ada yang merungut bila la nak panas, dah penat pakai baju sejuk pi kuliah.

ha, sekarang dah pun mula nak masuk musim panas, tapi ada pulak yang merungut panas, banyak berpeluh, busuk, n HITAM..

hai manusia, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Bila Allah jadikan panas, nak hujan pulak..hujan di Malaysia katanya lebih kerap berbanding di sini..memang tak nafi.

tapi, pernahkah kita terfikir, nasib saudara muslim kita di Bumi Palestin sana. setiap hari berhujan. HUJAN PELURU. hujan air, boleh berteduh, tapi hujan peluru??? tembus ke mana saja.

si kecil yang tidak berdosa, hanya mampu melihat ibu bapa mereka dibunuh tanpa mengerti apa yang berlaku.


Si kecil...mungkin ramai yang pernah terfikir, kenapa penduduk Palestin masih menghasilkan zuriat, sedangkan mereka tahu, bayi mereka mungkin tidak sempat hidup lama dan akan berakhir dengan mati juga akhirnya. tak sayangkah mereka pada anak-anak mereka yang bakal lahir ke dunia, hidup menderita di bumi sendiri???

ini kerana mereka percaya dengan janji Allah,

Firman Allah SWT:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]


di dalam hadis Rasulullah SAW pula ada menyebut

"akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menetang musuh mereka, barang siapa yang cuba menghampakan mereka,tak kan sekali- sekali dapat melukakan mereka,mahu pun oleh kesusahan yang menimpa mereka. sehingga datang keputusan Allah dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?Sabda baginda, mereka berada di Baitulmaqdis dan di sekitar baitulmaqdis"



kemenangan Allah dah janjikan, cuma kita tak tahu bila dan generasi mana yang akan dapat memperoleh kemenangan itu...

''scent of Palestine, scent of jannah"



www.palestineevergreen.blogspot.com


No comments: