halwa telinga

Sunday, March 28, 2010

hanya Tuhan yang tahu

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah dipanjatkan,masih lagi dikurniakan kudrat,kekuatan,dan ilham untuk menulis kali ni.

hati berkata,tangan bergerak,minda menyusun ayat...tatkala rindu pada ibunda tercinta memenuhi benak fikiran....ya, kepala saya 2-3 hari ni, asyik fikirkan keluarga nun jauh di sana. laptop sekarang bermasalah. tak boleh dengar bila call pakai voip. jadi, rasa macam dah masuk 2 minggu, telinga saya, sunyi dari kata2 semangat dari ibu saya.

tapi, alhamdulillah...mesej daripada ma (panggilan untuk ibu saya), cukup buat hati saya kuat kembali. hanya Tuhan saja yang tahu, seberapa banyak ma memahami anak dia ni. dia tahu, saya ada masalah..dia tahu apa yang buat saya jadi stress.., dia tahu di mana kelemahan anak dia ni, dia tahu apa yang buat saya jadi kuat dan gembira..

saya akui, kebelakangan ni semangat nak study sangat2 down. tak tahu kenapa. rasa macam dah tak banyak benda yang difikir. tapi, still rasa otak ni serabut....betul lah kata ustaz Naim, yang tak ada masalah itulah yang bermasalah. titik.

masih ingat lagi mesej dari adik, ayat disusun oleh ma.." kejayaan kak ngah kebanggaan ma ayah jgk. jadi,kalau rasa malas, ingat Allah, ma ayah n kak we. insyaAllah rajin dan berjaya," tiba2 sebak seorang diri dalam kelas. huhu! terus tak mengantuk. ^_^

sekali lagi, adik saya menyampaikan mesej, tanpa pengetahuan ma. ini hasil mereka bersembang.ma kata, "kalau ma mampu tarik matahari turun, ma akan tarik. ma nak kak ngah balik cepat2 bawa kejayaan untuk ma"...emel ni saya baca pagi2 lagi. sekali lagi...hati sebak, dan......~

baru saya faham, bila orang kata "berusaha, ibubapamu menunggu kepulanganmu bersama segulung ijazah"...

saya rindu mereka...rindu mereka...

tak macam orang lain yang ber'webcam' bersama keluarga, dapat lihat bagaimana rupa mereka dari sehari ke sehari. saya hanya mampu melihat wajah mereka yang dirindui setelah 10 bulan meninggalkan mereka. alhamdulillah...sebab, ada lagi yang tak mampu tengok sampai 3-4 tahun!
walaupun hanya 10 bulan, tapi cukup menunjukkan perubahan pada wajah mereka yang meniti usia tua. sayang ayah,sayang ma. sayang semua^_^

maaf, entry kali ni macam layan emosi sendiri sikit. hanya Tuhan yang tahu, macam mana perasaan saya sekarang=(

p/s : kalau mi, se,@ dah baca entry ni...pandai2 la hantar gambar ye...sian la ko kak ngah ni...

Friday, March 19, 2010

anak-anak masa depan

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah , setiap kali perlu dimulakan dengan alhamdulillah. banyak nikmat yang diberikan kepada kita setiap hari. jangan hanya mengucap alhamdulillah pada nikmat yang dilihat terang-terangan sahaja=).

entry kali ni mungkin ada yang kena dengan jiwa sahabat2 sekalian dan mungkin ada yang tak suka berfikiran seperti saya sekarang. maaf, maaf terlebih dahulu, mungkin saya terlalu berfikir ke depan. adeh laaa...tapi, saya nak mengajak anda berfikir juga. sebab, kita tak tahu apa yang akan jadi akan datang. untuk katakan yang anda belum sampai seru untuk berfikir tentang perkara ni, anda tahu ke bila malaikat maut akan mendatangi anda?


mungkin sebab jauh dari keluarga, menyebabkan saya terfikir tentang keluarga. mak ayah. adik- beradik. saya terfikir cara mak ayah didik kami. jadi, saya terfikir lagi, macam mana saya nak didik anak-anak saya nanti ye? mampu kah saya untuk didik anak-anak sebagaimana mak dan ayah didik kami 5 beradik?

saya membayangkan kesibukan hidup saya nanti. banyak urusan yang perlu dilakukan. mungkin hospital menjadi rumah kedua. bila balik rumah, anak-anak mesti dah tidur. tiap hari ter'miss' waktu bersama mereka. saya memikirkan masa untuk saya mendidik mereka. adakah waktu untuk itu? ya, cikgu boleh didik. tapi, didikan ibu bapa berbeza sama sekali dengan didikan guru2 mereka.

sebagai student skrg ni pun agak terasa kesibukannya. selain study, ada tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi. adik2 sc (usrah),sc sendiri, musyrifah adik2 medic mesir, tanggungjawab pada ahli beit, kelas2 lain lagi. jadual harian seakan penuh. ini baru student. dan saya bukanlah AJKT yang sibuk sepanjang masa dan sampai tanggungjawab pada mereka pada diri sendiri pun kadang2 terabai. sibuk menguruskan kebajikan ahli PERUBATAN (berterima kasih lah pada AJKT yg bnyk bekerja).saya terfikir,bila dah ditaklifkan jadi doktor nanti? tak tahulah sesibuk mana lagi. entah sempat atau tidak untuk menghadiri usrah seperti sekarang. entah ada masa atau tak masa untuk belajar agama. bimbang, kalau semua ni terhenti bila dah masuk alam pekerjaan.

tanggungjawab pada keluarga pun tak boleh lepas tangan. sekarang, nasib ada internet kat rumah, masih mampu untuk hubungi keluarga sekali seminggu. kalau tak, dulu mahu sebulan sekali baru saya akan dengar suara mak,ayah,adik2...tapi, 5 tahun akan datang? sempat kah saya? mungkinkah sampai 2-3 bulan baru saya akan menghubungi mereka? wa na'udzubillah min dzalik. banyak tanggungjawab sebenarnya. antara sedar atau tak, tanggungjawab sedia terpundak di bahu kita sebenarnya.


teringat kelas praktikal skill semester lepas. Dr. Tarek Koraitami membentangkan slide ppt macam biasa. tapi, dalam slide terakhir, dia letakkan gambar anak-anaknya. katanya, dia terlampau sibuk. bila dia balik malam, anak-anak dia dah tidur. pagi esoknya, dia keluar awal anak-anak masih belum bangkit. tak sempat untuk bermesra dengan anak-anaknya.jadi, dia letakkan gambar sebab dia takut dia akan lupa wajah anak-anaknya. sampai macam tu!


doktor-doktor yang datang bagi motivasi sebelum ni ( dr.latiff,prof. hatta, dr. aimi, dr.nasaruddin dan dr. rahmah--parents hajar--) pun cakap, tak dinafikan kehidupan sebagai seorang doktor ni memang sangat sibuk. stress nya lagi. harap tak lepaskan stress pada anak2 ye=). faham kah suami dengan kerja kita nanti?(kalau suami juga seorang doktor,tak de mslh rasanya).

10 tahun akan datang, cabaran dunia makin hebat. gejala sosial sekarang pun makin tak terkawal. apatah lagi 10 tahun akan datang? takut untuk membayangkan anak-anak akan membesar di zaman tu. kita yang hidup sekarang ni pun, hanya mengharapkan iman untuk menyelamatkan diri. mampukah kita untuk mengukuhkan iman mereka andai iman sendiri senang goyah?

"Wahai orang2 beriman, masuk lah ke dalam Islam secara menyeluruh. dan jangan ikut langkah2 syaitan. sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu." surah al-baqarah ayat 208. andai Islam diamalkan sepenuhnya.....

tapi, siapalah kita, siapalah saya untuk katakan saya sibuk.untuk katakan mungkin tak cukup masa untuk keluarga. tak sempat untuk mendidik anak-anak. ini bukan alasan untuk gagal mendidik dan mengasuh mereka. contoh terbaik, Rasulullah SAW..tak dapat dibandingkan kesibukan baginda dengan kesibukan kita. sampai Islam mampu tersebar luas. bukan usaha yang sedikit untuk mencapai kejayaan seperti itu. dan bukan sedikit masa yang digunakan. soalnya kita, mampukan untuk melahirkan anak sesolehah Fatimah RA? yang cantik akhlaknya...membentuk sebuah keluarga bahagia seperti keluarga baginda?

anak-anak ibarat kain putih. kitalah yang mencorakkan mereka. didiklah dengan cara Islam. adakah kita nak anak-anak hanya sekadar berjaya di dunia? kejayaan mereka di akhirat? indahnya andai dapat melihat mereka menyumbang untuk Islam.




sekali lagi ingin memohon maaf jika ada yang salah. mungkin ada yang cakap,"awal nya syimah fikir. belajar pun 3 tahun lg." ya, mungkin terlalu awal, dan juga memang dah sampai masanya untuk saya dan kita fikir. tahukah kita bila maut akan datang? apa akan jadi selepas ni, tak siapa yang tahu. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang lepas, semasa dan akan datang.

Wallahu a'alam...

Tuesday, March 16, 2010

nur di hati



assalamualaikum WBT...

alhamdulillah tangan ni masih diberi qudrat untuk menaip beberapa ayat untuk entry kali ni sebagai tanda peringatan (tazkirah) untuk hati-hati kita semua,InsyaAllah.

Allah SWT berfirman:


ٱ
للهُ نُورُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكاةٍ فيها مِصْباحٌ الْمِصْباحُ في‏ زُجاجَةٍ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ
وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكادُ زَيْتُها يُضي‏ءُ وَلَوْلَمْ تَمْسَسْهُ نارٌ نُورٌ عَلى‏ نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشاءُ وَ يَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثالَ لِلنَّاسِ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْ‏ءٍ عَليمٌ


Maksudnya:
“ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau).
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An Nur: 35)


"Ilmu itu adalah cahaya. dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada yang berbuat maksiat"

rasanya ramai yang pernah dengar kisah imam syafie yang pada suatu ketika,ilmu yang dipelajarinya susah untuk dihafal. sebabnya cuma terlihat aurat seorang wanita.

kalau nak dibandingkan anak-anak zaman ini, dan kalau saya lihat diri saya sendiri pun, Ya Allah, lagi banyak kot maksiat yang dah dibuat.

siapa kita?

seorang pelajar. tolibul ilmi. seperti yang saya tulis di atas, cahaya Allah tidak akan diberikan kepada yang berbuat maksiat. cahaya Allah hanya untuk yang Dia kehendaki.

layakkah kita untuk mendapatkan cahaya Allah? kalau suruhanNya sering ditinggalkan? apa yang dilarang,itulah yang nak dibuat? kalau seorang anak bersikap sedemikian kepada ibubapa mereka, sah orang akan kata "degil punya anak!" . tak kan kita nak dipandang Allah sebagai hamba yang sombong? ah, kalau buku cerita tajuk 'hamba yang sombong' pun dah rasa pelik. hamba kan digambarkan sebagai yang naif, menurut perintah tuannya. tak kan berani untuk melawan. kita ni bukan hamba manusia. kita hamba Pemilik dunia ni. Dia mampu hancurkan kita sekelip mata saja.. tapi,apa yang kita buat? seolah tiada perasaan takut kepada Allah sedikit pun. Astaghfirullah....T_T

apa kesan tak dapat cahaya Allah? tak dapat ilmu....
tak hairanlah, mengadap buku berjam-jam, tapi tak masuk satu apa pun.

bila result keluar, kalau yang kurang memuaskan tu, mesti frust la, sedih gile2 lah.
lepas tu cakap "padahal aku dah study," seolah tak redha=(.

tapi, kalau difikirkan balik, mungkin kita tidak mendapat cahaya daripada Allah. Allah tu Maha Kuasa. yang dah tulis betul atas kertas pun, Allah mampu tukar jadi salah. tak mustahil!

dan ada pula yang kata "dia tu banyak buat masalah jugak, tapi still dapat tinggi,tu apa kes? maksiat tak menutup pun,"
itu yang dinamakan istidraj. boleh lihat disini

"Wahai orang- orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah- langkah setan. sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." - Al-Baqarah ayat 208.

benarlah, jika semua makhluk di dunia ni mengamalkan Islam secara keseluruhan, insyaAllah, tiada yang melakukan maksiat. tak de yang buka tudung. tak de yang ber'couple'. tak de kes buang bayi. sebab mereka tahu, Islam melarang semua tu.

jadi, cuba dapatkan cahaya Allah. moga terang hati kita. bukan terang sekadar untuk masuk ilmu dan berjaya di dunia, malah untuk hidup di akhirat kelak. moga Allah membuka hati. dan hidayah daripada Allah tu, bukan untuk di tunggu, tapi mesti di cari. jangan tunggu orang tegur.

"sesungguhnya Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri."




wallahu A'alam=)


Saturday, March 13, 2010

ketika cinta memanggil

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilMu
Karna setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah kepadaMu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu rindu rindu qalbu
Memanggil-manggil namaMu
Seperti terbang di langitMu
Tenggelam di lautan cintaMu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah wa syukru lillah atas nikmat kurniaNya, masih mampu menghirup udara kurniaan Allah ini. maka, nyawa yang diberi ini, gunakanlah sebaiknya untuk sentiasa dekat denganNya. amiin...


"katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. nescaya Allah akan mencintaimu" surah Ali 'Imran ayat 31.


dari Abu Hurairah RA : sabda Rasulullah SAW "sesiapa yang mendambakan bertemu dengan Allah, Allah juga mendambakan bertemu dengannya. sesiapa yang tidak ingin bertemu denganNya, Allah juga tidak ingin bertemu denganNya"- hadis Riwayat Bukhari.

sabda Rasulullah SAW lagi, " seseorang akan berkumpul dengan yang dicintainya" hadis Riwayat Bukhari.

cinta dan rindu kepada Allah merupakan wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya. lalu, cerminlah diri kita, adakah amalan kita membuatkan kita merasa dekat denganNya Rabbul 'Aalamiin?

hakikat dekat dengan Allah hanya dapat dirasai dan dilihat dengan mata hati. mata hati tidak melihat kehidupan secara luaran sahaja,tetapi akan cuba melihat setiap apa yang berlaku dalam kehidupannya. setiap hikmah kehidupan. lalu,akan merasa Allah itu dekat dengannya. tidak akan merasa kecewa atau bersedih dengan ketentuan Allah. merasakan kehadiran Allah dalam setiap masa dan ketika.

seorang penyair sufi melantunkan syairnya :

kucapai hakikatMu dalam rahsia hati,
lalu lisanku berbisik memanggilmu,
kita kumpul kerana pelbagai makna,
kita pun berpisah kerana pelbagai makna,
jika keghaibanMu dari kedipan mataku
hanyalah kerana keagunganMu,
namun wajd cintaku telah menjadikanMu]begitu dekat dengan diriku...oh Allah


"dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat leher" Qaf ayat 16.

teringat ayat ni,masa jaulah hari tu. teka teki apa yang lebih dekat dari urat leher? ada yang jawab internal carotid la, aorta, nerve...betul2, tapi ini jawapan yang dikehendaki,iaitu Allah. sesungguhnya Allah itu dekat dengan hamba-hambaNya.

jadilah yang sentiasa berfikir.

-moga diberi kekuatan-


Saturday, March 6, 2010

di sebalik safar itu....



alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan pemilik sekalian alam. alhamdulillah, cuti semester bakal berakhir esok...hai laa,esok dah mula kelas. Ayuh kembali ke sekolah!!!

alhamdulillah,cuti sepanjang hampir 2 minggu ni terisi sepenuhnya. Jaulah ke bumi Syam, cukup memberi seribu pengalaman. alhamdulillah~

bila ditanya,"macam mana pergi Jordan? best tak?"
secara jujur, saya suka untuk jawab,tanpa ragu-ragu, SANGAT BEST. yang pasti, bukan sekadar safar melihat bumi Tuhan, tapi pengisian yang kami dapat sepanjang permusafiran kami. terima kasih ustaz-ustaz sekalian.

walaupun hajat untuk mengunjungi Wadi Rum ; tempat yang dikatakan wajib dikunjungi itu tak kesampaian, tapi sangat bersyukur sebab apa yang kami dapat adalah satu pengalaman yang sangat berharga. ukhwah terutamanya. juga hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa kaum terdahulu. jangan lah sekadar mendengar kisah yang berlaku, tapi ambil lah iktibar di sebaliknya.

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu
berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang
yang mendustakan (rasul-rasul). (QS. 3:137)


Katakanlah:"Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana
akibat orang-orang yang berdosa." (QS. 27:69)


Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan
bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka
Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah
bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka
makmurkan.Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa
bukti-bukti yang nyata.Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada
mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS.
30:9)



nak selit jugak, hikmah Allah mensyariatkan seorang perempuan bermusafir bersama mahramnya. dan juga, safar kali ni menemukan banyak jawapan yang bermain di dalam kepala selama ini. Alhamdulillah~

petra. tersenarai dalam salah satu keajaiban dunia. dikatakan ajaib kerana bangunan2 di sini di ukir daripada bukit. kisahnya,kaum Aad dan Thamud serta kaum Arab kuno; nabatian yang mengukirnya.

uyun Musa AS. dikatakan uyun Musa ada di beberapa tempat. salah satunya di Mesir. dalam perjalanan ke Sinai.

kalau masih ingat kisah perang Mu'tah, di mana dalam perang tersebut Rasulullah SAW melantik 3 orang pemegang panji-panji Islam iaitu, Saidina Jaafar At-thoyyar, Saidina Zaid bin Harithah dan Saidina Abdullah bin Rowahah. di dalam perang tersebut, Saidina Jaafar telah terputus kedua belah tangannya. dan gambar di atas adalah makan tangannya SAHAJA. jasadnya di tempat lain.

ini merupakan makam Jaafar At-Thoyyar.

ini pula makam Abdullah bin Rowahah.
pandangan daripada luar masjid yang menempatkan makam ketiga-tiga pemegang panji-panji Islam dalam perang Mu'tah.

kesan tinggalan pemerintahan Hiraqli ( hercules )

laut mati. antara tempat yang dilaknat Allah suatu ketika dahulu akibat tindakan hambanya yang ingkar. inilah kesan Allah bala daripada Allah.kaum yang terlibat ialah kaum nabi Lut yang melakukan hubungan sejenis. airnya sangat masin dan macam ramai dah tahu, badan akan terapung di permukaannya.
kemudian kami meneruskan perjalanan ke Makam Nabi Syuib AS.

tempat pembasuhan kepala para syuhada' perang Karbalaa'. hanya kepala sebab para pejuang Islam dipenggal kepalanya.
masjid Umawi

pemandangan bandar Damsyiq dari jabal Arba'in. jabal Arba'in merupakan tempat pembunuhan pertama berlaku di atas muka bumi; pembunuhan Habil. juga merupakan tempat 40 orang Wali ber tawassul dengan Allag Taala.
tapi, kena panjat tangga dulu!=)
walaupun penat nak panjat, tapi sangat berharga.

Faraya di Lubnan. tempat di mana salji turun sepanjang tahun.
subhanallah!
inilah suasana perkampungan nabi Ayub AS.

betul lah kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan ..dan bertambah pengalaman.

sekarang, walau diri sudah di bumi Alex, kerinduan pada Bumi Syam tetap di hati. moga bertemu lagi..~