halwa telinga

Wednesday, February 3, 2010

kelebihan yang menyesatkan


assalamualaikum WBT..

"aku heran, dia tu solat pun jarang lengkap, apa yang Allah larang,yang tu lah dia buat. tapi kan, kenapa dia still boleh berjaya?". pernah seorang sahabat mengadu, kenapa perkara macam ni terjadi. ada yang jawab--> itu istidraj namanya.

Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."

Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)

* ada dikalangan kita berpendapat,lebih baik kita diuji terang-terangan dan ujian itu membawa kita untuk bertaubat daripada diuji tanpa sedar dan kita tanpa sedar juga kita semakin sesat. bahkan Allah akan menarik nikmat yang dikurniakan tu secara mengejut. na'udzubillah min dzalik.


-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

redha..~

antara sifat orang yang zuhud adalah redha. sejauh mana perasaan redha kita terhadap ketentuan Allah? adakah dengan mengeluh itu menandakan kita sabar? tentu sekali tidak.

adakah dengan tidak redha itu sama maksudnya dengan tidak percaya dengan qada' dan qadar Allah? wa na'udzubillah, sebab ini melibatkan akidah.

cubalah meredhai atas apa yang berlaku ke atas kita. Ada lagi antara kita yang sudah separuh jalan belajar medic, masih lagi menyesal memilih jalan ni. itu pentingnya memohon petunjuk terlebih dahulu sebelum memutuskan sesuatu keputusan.

ayat yang famous : surah al- baqarah ayat 216

Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


View Image


No comments: