Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
kuat betul pengaruh si Valentine ni berkaitan dengan cinta. tapi,tak kan tertanding dengan apa yang diajar oleh Islam.
saya ada membaca sebuah buku yang tajuknya "kisah cinta dalam Al-Quran". alangkah indahnya kisah-kisah yang termaktub di dalam al-quran. kisah cinta Ratu Balqis dan nabi Sulaiman, Zulaikha dan nabi Yusuff, cinta Maryam wanita suci kepada puteranya Nabi Isa AS,kisah cinta manusia kepada jawatan dunia yang di dalam al-quran Allah membawa kisah Firaun sebagai contoh, kisah cinta hamba kepada Tuhannya..Rabiatul 'Adawiyah,Fatimah Az-Zahra' puteri Rasulullah, dan juga Asiah si ratu syahadah.
semua kisah cinta ni menarik minat saya untuk membacanya. antaranya kisah Zulaikha dan Nabi Yusuff. ramai maklum yang di dalam kisah ni, Zulaikha telah menggoda nabi Yusuff namun dia ditolak. akalnya yang licik menyebabkan Yusuf dipenjarakan oleh al-Aziz; suami Zulaikha. setelah Nabi yusuff dibebaskan, Nabi Yusuff bertemu kembali Zulaikha namun Zulaikha sudah tidak secantik dulu. dia sudah tua dan sangat miskin. waktu ni Zulaikha telah beriman.
Saat melihat Zulaikha, Nabi Yusuff menanyakan Zulaikha bagaimana cintanya sekarang. kata Zulaikha : Cintaku bertambah seiring bertambahnya masa dan waktu. kemudian, Nabi Yusuf bertanya lagi, lalu apa yang inginkan sekarang. kata Zulaikha : aku inginkan 3 benda. kecantikan,harta dan jalinan perkahwinan. Nabi Yusuf terkejut lalu cepat-cepat ingin meninggalkan Zulaikha. tapi, tiba-tiba turun Malaikat.
Malaikat Jibril menegur tindakan Nabi Yusuf itu yang tidak mengendahkan jawapan Zulaikha. dan Jibril memberitahu bahawa Allah akan menikahkan Zulaikha dengannya. Allah sendiri melamar Zulaikha untuk Nabi Yusuf. Para Malaikat menjadi saksi pertunangan,dan para dayang dan bujang syurga menjadi penggembira majlis.
Nabi Yusuff mempersoalkan yang Zulaikha sudah tidak cantik lagi. tapi dengan kekuasaan Allah, Allah telah menukar wajah Zulaikha muda,jelita kembali. dan Allah juga menerbitkan rasa cinta di hati Nabi Yusuf AS terhadap Zulaikha. Subhanallah!
Rabiatul Adawiyah pula melestarikan cintanya kepada Allah dengan menyerahkan dirinya hanya untuk Allah. dia tidak berkahwin. katanya :
Cinta dan kasihku kepada Allah telah menutup hatiku untuk menerima cinta selain Diri-Nya.
Rabiatul Adawiyah pernah mempersoalkan apa tujuan ibadah. jika ibadah hanya bertujuan untuk menjauhkan diri daripada api neraka dan untuk meraih syurga Allah,lalu apa tujuan ibadah sekiranya Allah tidak menciptakan semua tu? Rabi'ah menjadikan ibadahnya hanya untuk bertemu Allah. melihat wajah Tuhannya.
kata Rabi'ah : Tuhanku, jika ibadahku hanya untuk menjauhkan diriku dari nerakaMu,maka bakarlah aku dengan api nerakaMu. jika sembahku hanya untuk meraih syurgaMu,maka haramkanlah ke atas aku syurgaMu. tapi,jika ibadahku hany ingin memperoleh kasih sayangMu, berikanlah aku kurnia agungMu. Anugerahkan kepadaku nikmat bisa melihat wajahMu, wahai maha perkasa lagi maha Mulia.
begitulah serba sedikit mengenai Rabi'atul Adawiyah.
sekarang, apa hebatnya Valentine? takde ape melainkan salah satu agenda untuk menyesatkan kita umat Islam.
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(Surah al-Baqarah ayat 120).
“sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, mereka termasuk dalam golongan kaum itu”.(HR Abu Daud)
so,tiap hari sayang~
No comments:
Post a Comment