halwa telinga

Wednesday, February 24, 2010

kalau itu dapat mengubah..~

assalamualaikum WBT...

ini mungkin post terakhir sebelum saya dan beberapa orang sahabat saya berangkat untuk jaulah bumi Syam. insyaAllah, kami akan menjelajah ke Jordan, Syria dan seterusnya ke Lubnan. moga melalui kembara kali ni, kami dapat mengutip seberapa banyak mutiara ilmu.

menjadi kelaziman, sebelum kita bermusafir, kita akan memohon maaf daripada orang di sekeliling kita. semoga perjalanan kita aman. semoga selesai daripada sebarang hutang kesalahan. dan sememangnya, kalau kita melakukan kesalahan dengan manusia, kita akan minta maaf.

alangkah seronoknya, kalau dengan kata minta maaf tu, dapat melenyapkan terus kesan kesalahan kita. ramai orang yang begitu senang meminta maaf. tapi, masih mengulangi kesalahan yang sama. kalau sikap ni berterusan, pada masa akan datang, tak mustahil orang tak kan memaafkan kesalahan kita lagi.

kalau kesalahan pertama kali, senang untuk dimaafkan. tapi, kalau berulang-ulang kali? luka lama pun berdarah kembali. ya, semua manusia tak lari daripada melakukan kesalahan,kita ada khilaf masing-masing. tapi, apakah makna minta maaf, kalau kesalahan masih dilakukan? setiap kali minta maaf, hati kita mesti terdetik..kali ni je aku buat,lepas ni dah tak nak buat lagi dah...tapi,kalau berulang lagi?adakah ini bermaksud kita tidak mengambil iktibar dari kesalahan kita sebelum ni?

saya dah cukup bosan mendengar perkataan, "sori" "mintak maaf" "ma3lisy"...dari mulut-mulut yang asyik ulang kesilapan yang sama. alangkah beruntungnya, kalau dengan kata-kata itu dapat mengubah semua kesan kesalahan mereka. alangkah indahnya, kata-kata tu dapat mengubat hati kita. alangkah seronoknya, dengan kata-kata tu, kita dapat lupakan semua yang telah berlaku. saya amat impikan keadaan itu. tak mustahil untuk ia berlaku. masing-masing kena cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa. kesalahan yang kita lakukan patut dijadikan pengajaran. jangan biar ia menjadi kudis yang akan bernanah kembali di suatu masa nanti.

memang saya akui, semua manusia tak lari dari melakukan kesalahan. saya pun. yang penting, terletak pada kita. kesilalapan menjadi guru, atau sekadar angin lalu.

dan jangan tunggu orang tegur kesalahan kita tu. kita perlu sedar atau alert dengan setiap tindak tanduk kita. kadang-kadang, sahabat kita tak sanggup nak tegur, takut mengguris hati dan sebagainya. itu pentingnya muhasabah diri. sentiasa putar kembali apa yang sudah kita lakukan. bukan 'jangan pandang belakang'. bukan hanya pandang ke depan. kononnya lupakan kisah yang dah lepas. sebenarnya,pengalamanlah yang mengajar kita untuk hidup

kesejahteraan hidup dapat dicapai sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia. wallahu A'alam...

2 comments:

Anonymous said...

to err is human ;)

humaira said...

salam kak..... slmat bercuti.....n smga perjalanan slmat sntiasa....(^_^)