halwa telinga

Thursday, February 18, 2010

bidadari syurga


alhamdulillah wa syukru lillah sebab masih hidup lagi sampai saat ini. semoga hati masih thabat dalam mentaati Allah ye semua. alhamdulillah, hari ni dah habis exam paper PBL dengan Human Right. walaupun rasa macam ape je jawab tadi, tapi, alhamdulillah la sebab ada jugak ilham Allah bagi untuk jawab tadi.

teringat lepas jawab paper histo 4-5 hari lepas. balik tu terus buka novel RADHA (relevankah aku dihatimu). dah letak kat status tengah melayan RADHA, mula la ramai yang tegur. ada tu sampai cakap "syimah,buku para kaler ijau size A4"..huhu..terima kasih banyak la pesan tu. tak nak cakap macam mana cerita RADHA, tapi nak cerita benda di sebaliknya. si hero watak utama tu selalu cakap dia mencari Ainul Mardhiah. sampai-sampai bila dia jumpa pilihan hati dia tu,dipanggilnya perempuan tu Ainul Mardhiah.

rasanya ramai je tahu Ainul Mardhiah tu siapa. bidadari syurga. untuk tahu kisah ainul mardhiah ni, saya pun google la kejap. ini kisahnya ...

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .
 Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
 sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya 

siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang 
bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. 

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana 
cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada 
sahabat-sahabat  yang lain.
 Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan  keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi 
akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi..
. tidur bersama-sama....  

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, 
dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang berseri2 
lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat
 untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... 

di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... 
tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu 
menjawab ehh  tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.  Lalu dia 
berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang 
kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan 
di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu
 menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas 
mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh
 mengkagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
 berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... 
dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku 
diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... 
nantiii kamu belum syahid  lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia 
menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan 
menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapisekiranya dia  shahid barulah ceritakan kepada nabi.  

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar 
berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. 

Petang tersebut ketika semua jemaah telah  pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka 
mereka telah menunggu makanan untuk 
berbuka  (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah 
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam 
menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya 
nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu
 untuk berbuka puasa di syurga.... 

maknanya, Ainul Mardhiah ni bidadari yang disediakan untuk para shuhada'. beruntung bagi yang shahid di jalanNya=)

seorang lelaki yang masuk ke dalam syurga, akan ditemani oleh bidadari nan cantik. dan wanita yang solehah, akan menjadi bidadari kepada suaminya dan juga merupakan ketua kepada bidadari-bidadari tersebut. alangkah indahnya jika kita juga bidadari syurga.

dalam meng'google' tadi, ada jumpa satu blog ni. dia buat tajuk entry 'si cantik ainul mardhiah dambaan gua'. rasa nak tergelak jugak sebenarnya. lepas tu fikir balik,'oo,otai macam mana pun, nak yang bagai bidadari syurga jugak'. lepas tu tengok komen2 yang diberi, ade la yang cakap :

"ok,insaf"

"bersiap sedialah melayakkan diri masing2 utk masuk ke pintu syurga…. :) jika kita berusaha untuk lulus exam, kenapa tidak berusaha untuk lulus masuk syurga? p.s: layakkah kita?"

ade jugak yang nak letak nama anak ainul mardhiah la.


apa-apa pun, ramai yang mengidamkan bidadari seperti Ainul Mardhiah. untuk mendapatkannya, usaha lah.

siapa yang akan dapat?

orang yang soleh dan taat kepada Allah. berusaha lah untuk menjadi soleh.

dan yang perempuan pula, berusaha lah untuk menjadi bidadari juga. ketua bidadari.

~Ainul Mardhiah,alangkah indahnya jika aku dapat bersamamu kelak~


suka gambar ni. dah lama jadi koleksi. cantikkan.?

tapi,yang pasti Ainul Mardhiah lagi cantik. kalau tengok kat dunia ni walau secantik mana pun perempuan tu,tak kan tertanding dengan bidadari di syurga. kan segala apa yang ada di dalam syurga,adalah sesuatu yang kita tak pernah nampak. kalau nampak yang cantik kat dunia tu, maknanya bukanlah. SUBAHANALLAH!



No comments: