halwa telinga

Sunday, February 21, 2010

warna bahagia~


assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, hari ni tamat sudah exam final sem 5 tuk kami tahun 3. rasa macam mood menurun bila sampai last paper nih. tapi,alhamdulillah...sebelum paper commed ni,ade motivational talk dari prof Hatta dan isterinya dr.noor aimi. so, semangat naik la sikit~

bila habis saje exam td, muka setiap orang bukan main seronok sangat. akhawat ada warna tema sempena hari terakhir ni. pink/merah/maroon.

thanx to fatin sbb upload gmba ni kt fb...sori ggu tgk citer...huhuMySpace

apa-apa pun, sayonara tuk sem 5,dah tak nak jumpe dah. amiin ya rabb.(",)

banyak rancangan masa cuti ni. ada yang travel, ada yang ambik masa untuk pegi kelas talaqi, ada jugak yang memilih untuk duduk di rumah saja. hopefully, gunakanlah masa cuti dengan sebaiknya.

ada hadis yang dah biasa anda semua dengar :

sabda Rasulullah SAW :“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”




so, qadha' balik la ape yang tak sempat nak buat time kita sibuk dengan kelas, assignment, exam nye...hak sahabat2 yang tak tertunai, hak keluarga nun jauh di sana...pandai-pandai lah gunakan masa.

Berkata sebahagian golongan saleh:
“Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah; dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”

ni lah akibatnya kalau kita tak gunakan sebaiknya nikmat masa lapang ni. kita senang hanyut. mudah terleka. Banyak berkhayal...syaitan pun masuk senyap-senyap ke dalam hati kita. hasut kita buat perkara lagha. facebook terutamanya. tapi, kalau facebook ni digunakan dengan betul..tak salah. suka berkongsi artikel dari laman web saifulislam.com ni. mungkin dah ramai yang membacanya. tapi,sekadar ingin berkongsi takut2 ada yang terlepas pandang . ia berkenaan, soalnya siapa kamu. harap boleh membuka minda.

Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari, dalam kitabnya (Al-Hikam) mengatakan:

“Satu kerugian dan kehinaan yang besar iaitu anda selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan anda, lalu anda tidak menghadap Allah; dan bebananmu telah berkurang, tapi engkau tidak bergerak menuju (keredaan)Nya. Yakni Kekasih dan Pelindung hamba Jalla Jalaluhu.”

ini yang paling kita bimbang. bimbang kalau masa lapang yang kita ada tu, menjauhkan kita dari Allah..Tuhan Yang Mengurniakan nikmat tersebut. jagalah hak Allah dalam menjaga hak manusia. jangan disebabkan sibuk sangat memuaskan hati orang lain sampai terlupa tanggungjawab pada Yang Satu.

ada orang, bila masa susah,masa sibuk,masa penuh masalah, sangat berusaha untuk dekat dengan Allah, tapi, bila dah senang,LAPANG, hidup dah tenang..semakin lama semakin jauh daripadaNya...jadi,janganlah kita masa tengah tensen exam hari tu selalu baca quran, rajin solat hajat, solat sunat berganda-ganda..bila dah lepas exam ni, semua slow down. cuba ISTIQAMAH. yang penting berusaha.

sabda Rasulullah SAW :

barangsiapa yang gembira jika doanya dikabulkan Allah ketika ia dalam kesusahan,
maka hendaklah ia memperbanyakkan doa di waktu lapang.


sabda baginda lagi :

tiada apa yang paling mulia disisi Allah daripada doa ketika lapang.

so,use your time wisely=)

selamat bercuti semua...ma'at taufiq wan najah (",)V


No comments: