halwa telinga

Thursday, April 29, 2010

menghitung hari

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah hari makin menginjak ke bulan 5. dan sekarang jam menunjukkan 10.54 mlm, malam ni tiada pukul 12.00 pg. terus ke pukul 1 pagi. day-light saving bermula! makin kurang masa nampaknya.

rata-rata sudah ada yang mula menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. saya juga=). hari sentiasa dihitung. umur juga bertambah setiap hari. setiap hari yang dilalui, pasti ada dosa yang kita lakukan. bagai petik jari, senang saja dosa dilakukan. dan semakin hari, kita semakin menghampiri mati.

dan Allah ada menyebut bahawa, maut ,sekiranya datang kepada kita tidak akan terlambat atau cepat walau sedetik. semoga mati kita dalam husnul khotimah hendaknya.

Abdullah bin Mas’ud berkata, Nabi SAW melukis empat segi untuk kami. Di tengahnya Baginda membuat garisan dan dekat garisan itu Baginda melukis beberapa garisan lain. Baginda juga membuat garisan di luar kemudian bersabda yang bermaksud: “Apakah kamu tahu apa ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.

Baginda bersabda: “Ini adalah insan (garisan yang di tengah), ini adalah ajal dan ia mengepungnya. Ini adalah beberapa hal baru (garisan yang di sekitarnya), ia menggigitnya. Jika luput terhadapnya ajal ini, maka manusia digigit oleh beberapa hal baru ini. Dan yang ini adalah angan-angan (beberapa garisan di luar).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya manusia sudah terkepung oleh ajalnya, tetapi mereka mengejar angan-angan yang tidak sudah. Betapa kita ditertawakan oleh takdir, ke mana saja kita pergi dan apa saja keinginan, semuanya kembali kepada qada dan qadar-Nya.



setiap jiwa akan adanya mati~

>>saya juga menghitung hari. hari exam final yang semakin menghampiri, hari untuk pulang (mungkin)..dan keluarga di rumah pun, mungkin sedang menghitung hari, menanti-nanti kedatangan orang-orang baru . anak di sini hanya tumpang gembira.

Monday, April 26, 2010

ratu hati



assalamualaikum WBT..

alhamdulillah hari ni dah habis exam midterm dengan......emm,tak tau lah nak cakap apa.let's strive for the final! dan disebabkan kalut nak ber'exam', sampai terlupa ulang tahun kelahiran ma yang ke 51. 23 hb 4 1959. lepas masuk 25 hb baru teringat. adui laaa. ini la yang saya bimbang. sekarang baru sibuk sebab exam, 3 thn akan datang insyaAllah kalau tak ada sebarang halangan, bekerjalah saya. lagi sibuk kot. bimbang andai terlupa akan tanggungjawab pada keluarga.

buat ma, walaupun kak ngah tahu ma tak baca blog ni buat masa sekarang, tapi, kak ngah tahu,bila laptop se (abang ke-2) balik, ada orang akan tunjukkan blog kak ngah ni untuk ma ngan ayah.

buat ma,
terima kasih sebab dah jaga kak ngah selama ni. sabar dengan sikap kak ngah yang semestinya tak sama dengan adik beradik lain. kak ngah minta maaf kalau ada sebarang kata, tingkah laku yang mengguris hati ma. dan sememangnya, terlalu banyak kesalahan kak ngah kalau nak dihitung dari kecil sampai sekarang; hampir 22 tahun. terlalu banyak. apa2 pun, kak sayang ma!




--------#---------------

/



Friday, April 23, 2010

fear of....~

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah di panjatkan kepada Allah atas segala nikmat terutama nikmat Islam dan Iman itu sendiri.

entry ini sekadar ingin mengucapkan selamat berusaha kepada rakan2 3rd year yang nak exam 26 hb ni. Robbuna Yusahhil! semoga semua najah fil imtihan..insyaAllah.

di sini ingin memohon maaf andai ada buat silap, insyaAllah akan cuba perbaiki diri ini dari semasa ke semasa. 0-0 okeh?



semoga ditetapkan niat kita segala urusan hanyalah kerana Allah...

bermujahadahlah untuk meraih cinta Allah~

wallahu a'alam=)

Monday, April 19, 2010

permata


ya akhawati...
ingin ku titipkan sedikit kalimah buatmu,
sekadar ingatan tanda sayangku padamu.

wahai akhawat,
andai kamu adikku,
dengarlah kata kakakmu ini,
andai kamu kakakku,
kakakku,adik ingin berkata di sini,
andai kamu ibuku,
oh ibu, ingatan ini tanda sayang anak ini kepada ibu.

walau siapa pun kamu,
kamu akhawat ku,
saudaraku,

بسم الله الرحمن الرحيم

وذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين

Maksudnya : Dan peringatkanlah, maka sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin

wahai akhawat,
sedarkah kamu,
ingatkah kamu,
siapakah kamu?

Muslimah,
Mujahidah Islam,

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".(At-Taubah:71)

kakak, adik,
Islam sedang tenat,
jangan asyik bermain,
jangan asyik beralasan,
jangan asyik menolak tanggungjawab,
jangan asyik menunggu sesuainya waktu,
kalau bukan sekarang,
bila???
kalau bukan akhawatku?
siapa???

ya akhawati,
kamu jua da'iah,
moga kamu menjadi qudwah hasanah,
moga lisan mu penuh tazkirah,
moga pakaianmu jauhkan mu minal fitnah,

ingatlah,
kamu bukan lemah,
kamu mampu menjadi hebat sehebat Khadijah,
teguh seteguh Sumayyah,
tabah setabah Asiyah,
kamu bukan lemah,
tangan yang menghayun buaian,
tak mustahil untuk menggoncang dunia.

wahai permata Islam,
dirimu sangat berharga,
jagalah harga itu...


"katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan menyayangimu" surah Ali 'Imraan ayat 31

assalamualaikum WBT..

peringatan utk sy juga dikala merasakan diri ini semakin lemah, dan berputus asa. semoga ilmu yang kita semua ada dapat diamalkan. renung2kan=)

wallahu a'alam

Monday, April 12, 2010

indahnya peraturan Allah

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah wa syukrun lillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan sahabat baginda seluruhnya.

"sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" At-Tin,ayat 4.

hampir 3 tahun bergelar pelajar perubatan, sudah banyak tanda kekuasaan Allah yang dapat kami lihat sendiri. memanglah tanda kekuasaan Allah memang sudah dilihat sejak dari kecil,cuma, extra nya di sini, kami dapat belajar, n tengok sendiri apa yang orang biasa tak dapat tengok. subhanallah. memang betul, diri manusia ni dicipta dalam keadaan yang sebaik-baiknya.

block endocrine dah berlalu, tapi sekarang disambung dengan genital system. genital system ni melibatkan hormon yg banyak,jadi kira masuk la jugak dalam endocrine system ni. apa yang nak cakap di sini, betapa teraturnya sistem dalam badan kita ni. segala hormon berfungsi dengan teratur sekali. kalau terlebih, atau terkurang, ada regulatornya. macam mana boleh tahu 'terlebih atau terkurang' tu pula, di kesan oleh receptors yang ada. dan lagi, hormon tu tak pergi sesuka hati, hanya pergi ke target organs. semua berfungsi dengan baik untuk elak berlaku sebarang penyakit. dan andai kata ada penyakit yang berlaku disebabkan kegagalan hormon ni berfungsi dengan baik, ada lah sebab yang menyebabkan hormon2 tu tak berfungsi dengan baik.
dan even congenital sekalipun, ada lah sebabnya, kenapa berlaku congenital defect tu.

nak bercakap panjang2 pun, rasa tak layak juga. almaklumlah, nak dicop pelajar cemerlang jauh sekali, diri ni biasa2 saja. cuma di sini sekadar ingin berkongsi apa yang ditafsir di sebalik belajar medic ni. harap kita janganlah sekadar baca,hafal n jawab exam. tapi, cari hikmah di sebaliknya.

peraturan yang Allah dah buat, semuanya membawa kepada kebaikan. di sini saya hanya membawa contoh peraturan di dalam badan manusia. tapi, perlu ingat, kita hidup di dunia ni, semuanya mesti,wajib, ikut peraturan Allah. dalam badan manusia pun ada peraturannya, apatah lagi dalam urusan pentadbiran. tak kisahlah peringkat mana; rumah, keluarga,persatuan,atau NEGARA.

andai tidak mengikut peraturan, jadilah ibarat hormon yang tidak mengikut peraturan tu. akibatnya>> penyakit.

"Aku telah tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."


"sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itu yang menzalimi dirinya" surah Yunus ayat 44



moga sentiasa bermuhasabah^_^..

banyak lagi tak stdy nih...=(

Sunday, April 4, 2010

malu padanya

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah , alhamdulillah alhamdulillah...masih diberi peluang meng'update' blog kesekian kalinya. semakin rajin meng'update' tanda semakin tensen kah?

"wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu." surah al-Fajr ayat 27-30.

lupakan apa yang berlaku. ada hikmah disebaliknya. itu tanda Allah sedang melatih kamu menjadi da'ie yang lebih kuat. sekarang ini medan mu, tapi di masa akan datang, medan yang bakal kamu tempuhi..lagi hebat. cabaran semakin kuat.

malu lah pada Rasulullah SAW.

ujian yang baginda hadapi, bukan sebarang ujian. kisah di Toif. kamu tahu kan? kata-kata herdik dari mereka yang enggan mengikutinya. bukan itu saja, saat Rasulullah SAW ingin meninggalkan tanah itu, baginda tidak dibiarkan pergi dengan aman. dilempar batu-batu, sampai berdarah! caci maki tidak henti-henti.

malu lah kita pada baginda.

walau ditimpa sebegitu rupa, dan telah dipelawa oleh malaikat untuk menghancurkan penduduk-penduduk Toif, baginda membalas pelawaan Malaikat dengan berkata,

"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

kalau kita? hanya sedikit ujian, sudah mula lumpuh. lemah. terus naik angin! menangis! apa guna menangis?

saat orang mempermainkan syariat Islam, apa kamu buat? diam. penakut! sampai bila baru boleh mengubah keadaan kalau hanya diam. membiarkan orang tanpa ilmu berkata-kata? malu lah.

pandai bercakap mengenai kisah Rasulullah. tapi, betapa diri ini malu padamu Ya Rasulallah. kenapa rindu pada mu tidak begitu utuh? mahal sungguh air mata ini untuk tumpah saat nama mu, kisahmu disebut. padahal sering diulang-ulang di telinga ku. tapi, setitis pun tak pernah tertumpah. aku melihat insan-insan di sekelilingku. esak tangis mereka saat kisah juangmu diungkap. tapi aku, seolah tidak berperasaan. mahal sungguh air mataku! aku malu padamu Ya Rasulallah. adakah kerana aku tidak mencintaimu? adakah kerana hatiku tidak merinduimu?

ku harap Islam makin utuh. ku harap Islam hidup. kami umatmu. ya, umat yang hanya mengaku umat. sunnah mu, semakin ditinggalkan. segala tunjuk ajarmu, ke mana sudah dilaksanakan? turun..dan semakin turun.

andai diberi peringatan, di katakan berlagak wara', dikatakan "alah, die lagi teruk. aku kire okey ape..", dikatakan sibuk jaga tepi kain orang, dikatakan "dosa masing-masing,kubur masing-masing,"..

bila diadakan program agama, "oh, aku tak terlibat," "malaslah..orang macam kami tak sesuai ada kat majlis macam tu,"..."sibuk la..exam dah dekat. kena fokus!"..."baca buku agama? oh, sebab kamu kakak sc..:D"..."kamu tak pe la, sebab kamu sekolah agama. aku ni sapa.."...alasan semata-mata. ini lah umat mu. suka beralasan. malu kepada manusia lebih diutamakan berbanding malu kepada Rabbmu. Allahu Robbina. ampunilah dosa kami!

malulah pada Allah. malulah pada baginda Rasulullah. andai baginda datang melihat umatnya, malu! sungguh malu! keadaan kita seolah sia-sia apa yang telah baginda laksanakan.

"katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. nescaya Allah akan mencintaimu" surah ali-Imraan ayat 31.

ya Allah, rahmatilah kami. berilah kekuatan kepada kami. amiin.

nak sampaikan sesuatu tentang agama, bukan kena tunggu ustaz,ustazah, ajk upi, kakak2 n abang2 sc..budak sekolah agama...tapi, semua boleh buat. asalkan ada ilmu yang sahih.

"sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau satu ayat." hadis Rasulullah SAW.





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini