halwa telinga

Sunday, April 4, 2010

malu padanya

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah , alhamdulillah alhamdulillah...masih diberi peluang meng'update' blog kesekian kalinya. semakin rajin meng'update' tanda semakin tensen kah?

"wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu." surah al-Fajr ayat 27-30.

lupakan apa yang berlaku. ada hikmah disebaliknya. itu tanda Allah sedang melatih kamu menjadi da'ie yang lebih kuat. sekarang ini medan mu, tapi di masa akan datang, medan yang bakal kamu tempuhi..lagi hebat. cabaran semakin kuat.

malu lah pada Rasulullah SAW.

ujian yang baginda hadapi, bukan sebarang ujian. kisah di Toif. kamu tahu kan? kata-kata herdik dari mereka yang enggan mengikutinya. bukan itu saja, saat Rasulullah SAW ingin meninggalkan tanah itu, baginda tidak dibiarkan pergi dengan aman. dilempar batu-batu, sampai berdarah! caci maki tidak henti-henti.

malu lah kita pada baginda.

walau ditimpa sebegitu rupa, dan telah dipelawa oleh malaikat untuk menghancurkan penduduk-penduduk Toif, baginda membalas pelawaan Malaikat dengan berkata,

"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

kalau kita? hanya sedikit ujian, sudah mula lumpuh. lemah. terus naik angin! menangis! apa guna menangis?

saat orang mempermainkan syariat Islam, apa kamu buat? diam. penakut! sampai bila baru boleh mengubah keadaan kalau hanya diam. membiarkan orang tanpa ilmu berkata-kata? malu lah.

pandai bercakap mengenai kisah Rasulullah. tapi, betapa diri ini malu padamu Ya Rasulallah. kenapa rindu pada mu tidak begitu utuh? mahal sungguh air mata ini untuk tumpah saat nama mu, kisahmu disebut. padahal sering diulang-ulang di telinga ku. tapi, setitis pun tak pernah tertumpah. aku melihat insan-insan di sekelilingku. esak tangis mereka saat kisah juangmu diungkap. tapi aku, seolah tidak berperasaan. mahal sungguh air mataku! aku malu padamu Ya Rasulallah. adakah kerana aku tidak mencintaimu? adakah kerana hatiku tidak merinduimu?

ku harap Islam makin utuh. ku harap Islam hidup. kami umatmu. ya, umat yang hanya mengaku umat. sunnah mu, semakin ditinggalkan. segala tunjuk ajarmu, ke mana sudah dilaksanakan? turun..dan semakin turun.

andai diberi peringatan, di katakan berlagak wara', dikatakan "alah, die lagi teruk. aku kire okey ape..", dikatakan sibuk jaga tepi kain orang, dikatakan "dosa masing-masing,kubur masing-masing,"..

bila diadakan program agama, "oh, aku tak terlibat," "malaslah..orang macam kami tak sesuai ada kat majlis macam tu,"..."sibuk la..exam dah dekat. kena fokus!"..."baca buku agama? oh, sebab kamu kakak sc..:D"..."kamu tak pe la, sebab kamu sekolah agama. aku ni sapa.."...alasan semata-mata. ini lah umat mu. suka beralasan. malu kepada manusia lebih diutamakan berbanding malu kepada Rabbmu. Allahu Robbina. ampunilah dosa kami!

malulah pada Allah. malulah pada baginda Rasulullah. andai baginda datang melihat umatnya, malu! sungguh malu! keadaan kita seolah sia-sia apa yang telah baginda laksanakan.

"katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. nescaya Allah akan mencintaimu" surah ali-Imraan ayat 31.

ya Allah, rahmatilah kami. berilah kekuatan kepada kami. amiin.

nak sampaikan sesuatu tentang agama, bukan kena tunggu ustaz,ustazah, ajk upi, kakak2 n abang2 sc..budak sekolah agama...tapi, semua boleh buat. asalkan ada ilmu yang sahih.

"sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau satu ayat." hadis Rasulullah SAW.





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: