halwa telinga

Friday, December 31, 2010

janji Allah itu pasti, tetapi bersyarat

assalamualaikum WBT..

insyaAllah, beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru. ikut waktu mesir la, bukan waktu malaysia. kalau Malaysia, sudah melangkah ke tahun 2011.

melangkah ke tahun baru, unofficially sudah melangkah ke umur baru. bertambah dan bertambah. kadang2 terfikir, "dah lama aku hidup, dosa pun makin banyak...dan makin dekat dengan mati"

sekali ingat mati...gugup terasa. tapi, adakah tindakan sebaik terasa kegugupan itu?

tepuk dada , tanya iman di hati kamu.

kalau Allah berikan peluang utk kita melihat buku catatan dosa kita, adakah reaksinya sama dengan kita melihat keputusan peperiksaan? terfikir-fikir juga. kalau lah setiap kali buat perkara yang Allah larang itu akan keluar satu tanda di muka atau mana anggota badan, sudah tentu manusia itu serik. MALU. manusia kan selalu mendahulukan malu kepada manusia berbanding malu kepada Allah?

tapi, apa pula reaksi kita kalau setiap amalan kebaikan yg dilakukan tu Allah tunjuk dalam bentuk ganjaran yang jelas? bukan dalam bentuk pahala yang tidak kita nampak itu? adakah RIYA' lebih menguasai diri kita nanti? atau adakah kita akan jadikannya bukti bahawa Allah itu menepati janji?

wallahu A'alam ~

yang pasti setiap perkara ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di langit dan di bumi. perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

dan kita kena yakin bahawa janji Allah itu pasti, tetapi bersyarat.

apa maksudnya?

cthnya...

bila Allah katakan perempuan yang baik adalah utk lelaki yang baik, manakala lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik,,

maka seseorang itu kena jadi lelaki/perempuan yang baik itu utk mendapat perempuan/lelaki yang baik.

bila mana Allah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 29, bahawa Allah akan mengurniakan ampunan dan ganjaran pahala kepada mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan. oleh sebab itu, untuk mendapat apa yang Allah sebutkan itu, manusia perlulah beriman denganNya dengan aqidah yang benar dan juga melakukan kebajikan.

janji Allah itu pasti, tetapi bersyarat.

teringat pula mengenai doa. ingin saya kongsikan sedikit.

6 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

* MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
* MALAM HARI RAYA AIDIL FIT
RI
* MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

* MALAM 10 MUHAMRRAM

* MALAM NISFU SYA’ABAN

* MALAM ‘LAILATUL QADAR’

* MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

* KETIKA HENDAK BERBUKA

* ANTARA AZAN DAN IQAMAH

* PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

* SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

* ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

* SELEPAS KHATAM AL-QURAN

* KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

* SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

* SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN


16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

* KETIKA MELIHAT KAA’BAH
* DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF

* DISISI MULTAZAM
* DIBAWAH PANCURAN EMAS
* DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI

* DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
* DIATAS BUKIT SOLAT

* DIATAS BUKIT MARWAH

* DITEMPAT SA’I

* DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK

* DI MUZDALIFAH

*
DI MINA
* DISISI JAMRAH AL-ULA
* DISISI JAMRAH AL-WUSTO

* DISISI JAMRAH AL-’AQABAH

* DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)


di petik dari sini

rindunya tanah haram. masih teringat lagi doa2 yg kawan2 saya kirimkan utk di baca di depan kaabah. alhamdulillah, satu persatu saya melihat apa yang mereka hajatkan itu termakbul. Allah itu tak memungkiri janji. dan Maha Penyayang. kalau doa kita belum termakbul tu, ada lah yang Allah telah tetapkan yang terbaik dimasa hadapan. jadi, tak perlulah sedih atau mempersoalkan kenapa doa itu tak dimakbulkan.

wa akhiiran...ini entry terakhir tahun ini. 2010 melabuhkan tirai. 2011 membuka lembaran. azam semasa masuk ke tahun hijrah yang baru hari tu, setakat ini masih cuba di kekalkan semangat dan usaha. semoga istiqamah.

ok, apa azam tahun baru ini pula???

~ semoga kita semua tak terlepas pandang mengenai amar maaruf nahi mungkar.

semoga sentiasa dalam rahmat Allah

wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

tomar el tiempo~

assalamualaikum WBT..

tomar el tiempo~ frasa ni saya dapat masa pegi motivational talk yg disampaikan oleh Prof. Dr Ayman. profesor kat department head and neck.

tomar el tiempo = take the time. ambil masa.

bagi saya 'ambil masa' ni merangkumi banyak aspek.

take your time to study. =D

take your time to learn by your heart.

take your time to learn about life

take your time to understand your friends




tapi ramai terlupa....to take a time to know Allah.

to read Quran....

to zikr...



saya tak kata orang lain, saya sendiri pun...banyak kelemahan. kadang2, terlupa jugak nak baca quran dalam sehari tu. beralasankan sibuk, buat saya geram dengan diri sendiri. sibuk ke? ke banyak terlalai? T.T

"owh..tak sempat nak baca quran la. meeting dah nak stat,"

"banyak lagi tak study, lepas study la".

kalau asyik layan je alasan ni, bila tak ada kekangan nanti pun kita akan rasa malas nak baca. orang kata, dah jadi tabiat.



so, selalu cek balik. mutaba'ah amal seharian. complete atau hampir complete atau jauh sangat lagi ke arah complete itu.

sebenarnya dah lama tiada pengisian rohani dengan adik beradik sc saya. kalau nak, pegi la kelas tafakuh yang sekali seminggu tu.

adik beradik sc ( hajar, oggy, sarahsu,aindah, ika, lina, nadzirah, alliah,fatin, ainul,hanun )...walaupun ada antara kita duduk dalam kumpulan sc yang lain, ...ukhuwwah kita tetap sama macam dulu kan? rindu la nak wat sc macam dulu. malam isnin mesti occupied. kan?

sebelum penutup, satu pesanan...take your time to change. berusaha untuk berubah. mujahadah. jangan menunggu hidayah datang bergolek atau jatuh atas riba, tapi usaha dr kita juga diperlukan. bak kata peribahasa, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

bukan mudah melukis pelangi di langit tertinggi.
tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yg mengiringi...
bukan mudah memiliki mutiara ksih,
tnpa diselami lubuk hati nurani
ke dasar rsa yg plg dlm...~
ini adalah serangkap lirik lagu eksplorasi dari kumpulan fareast feat in-team.

berubah la. kita dah besar. bukan di zaman yang boleh main2 lagi.

Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.

wallahu a'alam=)

sama2 muhasabah..

semoga sentiasa dalam rahmat Allah

Thursday, December 23, 2010

cakap banyak

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, sudah 2 minggu sy di surgery department. alhamdulillah, ok lagi setakat ni. yang penting kena selalu baca buku. tp, hari sabtu lepas...doktor ada ingatkan kami ttg satu quote dlm buku Bailey and Love's short parctice of surgery.

"to study the phenomenon of disease without books is to sail an uncharted sea, while to study books without patients is not to go to sea at all"

termenung sekejap. hemm...itu lah pentingnya clinical round. to meet a patient, at least.
kepakaran seorang doktor tu akan semakin hebat kalau dia praktis banyak2 kali. especially, for a surgeon. kan2?

dan doktor Yahya juga ada pesan, "try to get something from the round. don't just sit and hear"

brain storm tuk diagnose patient tu sakit apa memang best. tapi, akan jadi tak best kalau kita tak study dulu sebelum tu. so, sile lah study utk menjadikan clinical round tu best. untuk kite jugak.

kalau dulu masa pre-clinical kami ada belajar pasal communication skill dalam subjek community medicine, sekarang pula adalah masanya untuk kita apply semua tu.

bercakap banyak tak bermaksud dia hebat dlm communication skill. communication skill bukan setakat bercakap, tapi...ia lebih kepada bagaimana kita memenangi hati seorang pesakit. senyum, nada bercakap, ekspresi muka dan tindak tanduk.

tapi kita ada masalah language barrier di sini, kan? nak cakap ammiyah pun masih merangkak. macam mana nak dapatkan history yang paling bagus?

language barrier tu sebenarnya tak menjadi masalah kalau kita jatuhkan ego kita saat berbicara dengan pesakit. apa maksud jatuhkan ego tu?

kalau tak faham apa yang patient tu cakap, cakap je tak faham. and senyum. mintak dia terangkan slow2. kalau tak boleh jugak, cuba lah cari solution lain, cthnya tukar kpd soalan lain. yang tadi tu simpan tuk mintak doktor yang tanyakan. yang penting kena selalu senyum. jangan pulak bila tak faham, terus berkerut-kerut and bercakap-cakap dalam bahasa kita. kalau kita dengar orang arab cakap dlm bahasa dia dan kita tahu dia tengah cakap pasal kita (cuma tak faham isi percakapan), kita pun rasa nak marah. so, begitu juga deme. mereka juga manusia, punya hati dan perasaan.

kerja kita bukan setakat nak ambik history, tapi lepas ni nak buat examination juga. so, kita sangat memerlukan kerjasama pesakit2 tu. cubalah menangi hati mereka. supaya mereka rasa selesa dengan kita dan akan willing tuk bagi kita buat further examination lepas ni. kita sedang belajar dari mereka sekarang.



saya perasan pelajar2 Malaysia ni selalu sangat kutuk arab2 kat sini. tanpa sedar, saya melihat di kalangan kita seolah menganggap mereka tu takde perasaan. robot ke?

tentu sekali tidak, kan?

mereka juga manusia. manusia. seperti kita. memang tak nafikan, mereka ni banyak kerenahnya. menyakitkan hati. tapi, tentu sekali kita tak berhak tuk kutuk sesuka hati.

kalau pesakit tu refuse, kita kena hormat. siapa yang nak tunjuk her breast? siapa yg nak tunjuk scrotum and penis? of course ada perasaan malu dia. or even nak tengok abdomen je, tak mustahil tuk dia rasa malu. mungkin kita kata, "alah, abdomen je pun. bukan nak tengok breast ke ape.."

biar la dia. kalau dia segan. itu hak dia. kalau kita, agak2 macam mana?

so, macam mana nak asah kemahiran berkomunikasi ni? banyakkan bergaul dengan orang lain. kalau kita asyik dengan kumpulan kita saja, kita akn sentiasa rasa selesa. cuba keluar dari zon selesa. untuk latihan masa depan jugak. posting nanti , insyaAllah kita tak lagi dalam geng kita. akan jumpa orang baru. dan pesakit berganti-ganti setiap hari. so, biasakanlah diri jumpa orang baru.

saya cuma mengutarakan pendapat. kalau orang lain, mungkin fikir lain.



ok, dah panjang. wassalam~

tukar lagi

assalamualaikum WBT..

aktiviti malam jumaat. tukar background lagi. tukar mood mungkin?

nanti kite tulis benda lain lagi ye.

ada sesuatu dalam kepala saat ni. tp, sile study!

robbuna yusahhil semua!

esok malam kembara ukhwah batch tahun 4. semoga Allah permudahkan urusan kalian yg kendalikan program ni. robbuna ma'akum.^^

Thursday, December 16, 2010

kenali diri


assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, masih berpeluang untuk update blog di malam jumaat ni. insyaAllah esok merupakan hari penutup program unit akademik PCI; BOOM II (Blooming Out Of Mediocrity).

pada BOOM I yang lepas, saya merupakan salah seorang peserta tetapi untuk BOOM II ni, saya ditaklifkan untuk menjadi fasilitator. saat ditawarkan taklifan ini, rasa berat hati sangat nak terima. sebab, sejak buka sem baru hari tu, saya diberi jawatan sebagai AJK pelaksana pelancaran SC, dan program seminar Perubatan dan ibadah pesakit. cadangnya ingin berehat seketika dari mana2 program. nak tumpukan study yang masih banyak belum sempat di 'cover'. kalau terlibat pun, sekadar yang memenuhkan majlis.

tapi, Allah sebaik-baik perancang. panggilan dari sahabat saya untuk menawarkan taklifan Fasi membuat saya berfikir sejenak. memang sejenak. nak jawapan on the spot! hai laa~

"seorang da'ie kena kreatif. perlu cuba benda baru. Da'ie takkan menolak taklifan"

saya pun dah tak ingat exact ayat dia. tapi itulah serba sedikit yang disampaikan. Da'ie?
"ok, terima kalau kau mengaku kau tu da'ie". maka, taklifan itu diterima. terima kasih sebab bagi kepercayaan pada saya. thanx kak teh ^^.

alhamdulillah, pengalaman ni sangat bermakna rupanya. seronok bila kita dapat menyampaikan sesuatu kat orang lain. dari ldk 1 ke ldk 3, banyak perubahan yang saya nampak pada diri ahli kumpulan yang saya pegang. ada yang cuba untuk menyerlahkan potensi diri dia. mencuba itu yang penting. lebih baik dari tak buat langsung. kan?

paling menarik, ldk ke 3. ada 3 aktiviti.

1- lukis satu objek yang melambangkan keperibadian diri anda.

macam2 adik2 ni lukis. awan, bulan, bintang, burung, jam tangan, pokok, cermin mata, orang lidi, pokok kelapa, garisan lurus, conteng2 serabut, garisan bengkang bengkok, starfish dan yang satu ni, tak tahu lah apa objek tu pada realitinya, tapi saya sangat tertarik bila lukisan dia sebenarnya bermaksud, hidup ni satu jalan lurus tapi ada banyak garisan di sepanjang garisan tu iaitu ujian. di hujung garisan ada huruf H iaitu heaven. dan tafsirannya, itu adalah matlamat hidup kita. iaitu syurga. nice!

2- lukis peta dunia di atas sehelai kertas mahjong. tandakan negara-negara orang Islam yang bergolak. kemudian lukis di belakang nya seorang yang perfect.

apa yang nak disampaikan? siapakah orang yang perfect di sebalik negara yang bergolak tu? siapa yang perfect?
...........kami menunggu jawapan dari peserta.
"nabi Muhammad,"
"tapi kita tak boleh jadi perfect macam nabi Muhammad"
"khalifah" that's it!
"siapa khalifah"
"imam mahdi?"
"ok, siapa khalifah?"
.........diam.
"kita semua" alhamdulillah..~ lega, ada yang berfikir. tak lah kami cakap kosong!

kita semua adalah khalifah. siapakah khalifah? merekalah yang akan menjaga agama Allah kat muka bumi ni.

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman,"sungguh, Aku tahu apa yang tidak kamu ketahui" surah al-Baqarah ayat 30.

seterusnya...

"Kamu adalah umat terbaik, dibangkitkan demi kebaikan umat manusia; kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah….." ali- Imran ayat 111.

kalau diingatkan proses persenyawaan, dalam berjuta-juta sperma tu,hanya satu yang berjaya sampai kepada ovum. yang lain, terus terkorban. mati. jadi, sperma yang berjaya tu sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi yang terbaik! berbaloi untuk yang lain mati.

jadi, tak dapat tidak, tanggungjawab tu sedia terpundak di bahu setiap umat islam. melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. seiring sejalan keduanya. titik permulaan utk melaksanakan tugas khalifah ini adalah dengan memperbaiki diri sendiri. membentuk sifat seorang muslim (fardu muslim)





3- pass kan sehelai kertas tulis nama. lepas tu peserta lain akan tulis pujian pada pemilik kertas tu. dan bagi peluang pada peserta utk 'terbang'. melalui aktiviti ni, peserta dapat tahu apa kelebihan yang dia ada. dan gunakan kelebihan atau potensi utk menjadi seorang yang perfect di atas. menjadi khalifah. potensi2 yang ada itulah yang perlu digunakan.

kesimpulannya, kita kena kenal diri kita. siapakah kita. apakah tugas kita. kenapa kita diciptakan.

think and think.

sekadar berkongsi.

~semoga semua dalam rahmat Allah.




Tuesday, December 14, 2010

lagu kehidupan

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 di colorectal unit. cerita dlm entry yang lepas macam mana? alhamdulillah, doktor2 dah berjaga-jaga. dah kurang keluaq bahasa arabnya. jadi, selesai masalah! colorectal unit memang BEST..^^...tp, sebelum ni orang kata masuk surgery relax. tak macam internal medicine. setelah 4 hari, saya tak rasa ada perubahan pun. sama je dengan internalmed dulu. sama penuh. dan sama banyak yang nak kena cover. malahan lagi banyak kott~ kan2?

*

negara timur tengah mengalami cuaca yang teruk sehari dua ni. Alex dilanda ribut katanya halajunya adalah 60 km/j. patut la rasa nak terbang je bila jalan ke arah pantai. terumbang-ambing dibuatnya. hujan ais pun ada. sakit rupanya bila kena muka. jadi, jangan excited. T.T
ada bangunan yang runtuh, tiang elektrik tumbang, pokok tumbang, bumbung nafak (terowong) tercabut. menakutkan je rasanya. family di Malaysia pun sibuk tanya khabar. insyaAllah kami selamat. jangan risau.

alhamdulillah, cuaca dah kembali tenang. winter yang sejuk! dah nama pun winter;p


*

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu... Seharum setanggi syurga

>> lirik nasyid setanggi syurga. walaupun lagu ni dah lama jiddan, saya tetap suka. dan sekarang baru faham apa yang cuba disampaikan.

dunia itu tidak kekal, dan janji Allah itu pasti. semoga keharuman bau syurga itu yang menyambut kita di akhirat kelak, bukan belati yang kuat pukulannya.

lagu kehidupan, ada naik turunnya. semalam berduka, tapi, cahaya gembira terbit di hari ini. kenapa Allah datangkan hujan? rupanya Allah nak hadiahkan pelangi...bersyukurlah dgn ujian Allah dlm kehidupan ni.

~ semoga sentiasa dalam rahmat Allah.


kenapa perlunya rahmat Allah? fikir2 kan~

Saturday, December 11, 2010

redha?

assalamualaikum wbt..

hari ni, hari pertama masuk ke department surgery, di unit colorectal. unit yang best, kata kawan2 yg pernah berada di unit tu la. jadi, sayang sangat utk minta tukar ke unit lain. kenapa nak tukar?

benda yang saya tak sangka akan berlaku. kali ni ditakdirkan sekelas dengan pelajar2 arab ( egyptian n saudi arabian)...mereka 9 org,kami pelajar malaysia 8 org.

kenapa tak suka?

bukan tak suka kawan2 arab ni. masalah timbul bila diorang ni berinteraksi dengan doktor dalam bahasa Arab yang kami tak faham. doktor pulak terus respon dalam bahasa arab. berapa kali nak mintak doktor translate into english? lepas tu jadi lagi. dan lagi. penat!

kawan2 dari unit lain cakap

"kena insist la. suruh doktor cakap dalam bahasa inggeris."... sekali mintak, sekali doktor translate. bila ada interruption from those egyptians, he talked in egyptian language ..AGAIN.

"takpe2...ak dulu pun rasa nak nangis jugak masa masuk surgery" ... tp,tekanan kami lain.

"takpe la. ada kelebihannya jugak sekelas ngn diorang" . i'm waiting for that kelebihan. ada 2 bulan untuk kami merasainya.

"ada hikmah la tu"...i hope so. ya Allah, berilah kekuatan untukku terus berada di jalan ni.

emo???!!

sikit2. kalau tak, tak tertulis kat blog ni. kan2??

betul kata ustaz Aqli, manusia akan sentiasa kata ujian yang dia hadapi adalah lebih berat daripada ujian yang orang lain hadapi. apa2 pun, utk hadapi ujian ni, hanya perlu SABAR. sila bersabar ye syimah..

saya akan cuba kutip seberapa banyak mutiara ilmu dalam surgery kali ni. biar berbaloi dengan apa yg bakal terjadi utk 2 bulan ni. caiyyok2!
~bagi semangat kat diri sendiri~

being a GOOD doctor isn't easy. ok?



ma,ayah...doakan kak ngah!

Tuesday, December 7, 2010

banggakah bercinta?

"oit..makwe eh?"

si dia sengih segaris. si cantik manis pula senyum malu2 kucing.

seiring majunya dunia sekarang, bercinta pun ada majunya. di facebook, in relationship with....
wah, bangga sekali dia mengiklankan statusnya yang sedang in relationship! walhal, kalau sudah bertunang sekali pun, kita tak boleh hebah-hebah kan. inikan pula masih dalam perhubungan yang masih belum tentu akan di bawa ke jinjang pelamin atau tidak. ye lah, kalau umur baru form 2, form 3...mustahil sekali nak kahwin dalam masa terdekat itu. jadi di mana titik pengakhiran perhubungan itu?

masa terus berputar. cinta kampus mengetuk hati. teringat iklan sunsilk kat tv.

"lama tak nampak kat perpustakaan,"
"tak dapat tumpu studi la kat situ,"

sekali tengok, sweetnye! dua kali fikir..." sekelip mata je seseorang itu boleh terjebak dalam panahan syaitan!"

kenapa saya bangkitkan pasal bercinta ni? tajuk common. dah berapa banyak artikel membincangkan soal bercinta sebelum akad ni. so, saya nak tambah satu lagi artikel ke?

betul. dah terlalu banyak artikel berkenaan kapel ni. artikel ni kata haram. artikel ni menolak dengan cara cerpen, sajak, puisi,...dan macam-macam lagi. sampaikan artikel2 itu semua sudah dipandang sebelah mata saja oleh remaja2 kita di luar sana. sampaikan mereka yang menolak sekeras-kerasnya kapel suatu masa dahulu turut terlibat dalam 'serkap syaitan' ini.

kenapa ya?

kenapa dulu, kamu yang selalu mengatakan bahawa,

'epal yang dah jatuh ke bawah sudah tak dipandang berbanding epal yang masih di tangkai'

"kuih yang ditutup akan lebih dipilih berbanding kuih yang didedahkan"

"wanita solehah utk lelaki soleh"

"kena jadi baik utk dapat yang baik,"

tapi sekarang....hanya dengan satu kata-kata manis dari si dia kamu sudah masuk perangkap syaitan?

seronok rasa disayangi? seronok ada orang yang take care? bangga sangat ke?

"at least ade pengalaman,"

oh, bangga sungguh kata-kata itu. bangga ada pengalaman bercinta! bangga?

orang yang tahu hukum...orang yang tahu bercinta sebelum akad itu haram, patut kah kalian berkata demikian?


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

percaya dengan kata-kata Allah. janji-janji Allah. semoga kita tidak terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya tak akan berhenti menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat nanti.

bercinta lah untuk ke syurga. kebahagiaan yang abadi. jangan dikejar kebahagiaan yang sementara ini.

sesungguhnya saya menegur kerana sayang. serahkan hatimu hanya untuk Allah, pasti Dia akan temukan dengan pemilik terbaik!

Ya Allah, iringilah kami dengan rahmat Mu.

selamat berusaha untuk syurgaNya~

hijrah

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, semalam tamat sudah perjalanan kami di department internal medicine. banyak betul kenangan kat sana. kumpulan kami selalu je kena komen ngan doktor, kumpulan tak aktif la, kedatangan tak penuh, malu2 nak tanya doktor. dan pengalaman dgn patient yang bijak2, tp annoying pun ade sampai buat kami doa2 taknak jumpa patient tu lagi lepas ni. kalau nak cerita satu2 kisah kat sana..panjang la entry ni nanti.

seperti biasa entry ni sbg tanda. saya dah habis posting di internalmed dan akan berpindah ke surgery. cuak jugak rasanya. kawan2 yang masuk ke surgery terlebih dahulu kata, surgery relax je tp bila time exam...banyak dan berganda2 susah dari internal med. huh! apa pun, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua nanti insyaAllah.

salam maal hijrah.

ye, dah masuk 1432H. dah jauh rupanya kita ni dari zaman Rasulullah. dan semakin jauh juga antara kita yang telah melupakan perjuangan baginda.

hijrah lah! hijrah kembali kpd Allah dan RasulNya.

semoga sempena tahun baru ni, azam baru tertanam dan disuburkan dengan usaha2 supaya membuahkan hasil di suatu masa.

semoga hijrah saya ke surgery lepas ni buat saya jadi lebih baik^^. semoga lebih rajin.

Thursday, December 2, 2010

demam pilihanraya?

assalamualaikum WBT..

hari ni, insyaAllah tahun 4 dan 5 akan keluar untuk mengundi utk pemilihan AJKT PCI yg baru. jom2, keluar mengundi semua!

parti tepung.

hehe...unik betul nama parti ni. apa pun, semoga usaha kempen itu berbuah hasilnya ye parti tepung.=).

ok, peralihan musim barangkali, setiap tahun akan demam jugak sikit. semoga ini sebagai kafarah dosa sebelum ni. insyaAllah. bukan demam pilihanraya ye. dan pilihanraya Alex sangat hambar tahun ni. mungkin ada titik kelemahan yang perlu dibaiki lagi selepas ni. supaya ahli tahu dan faham kepentingan berada di bawah PERUBATAN. bukan sekadar persatuan.

jangan lupa keluar mengundi!