alhamdulillah, 3 hari kelas revision berjalan dgn baik. wlwpun setiap soalan yang doktor tanya, doktor juga tukang jawabnya. oooh...rasa macam banyak sangat yang masih kurang dalam kepala ni.
hari ni 28 hb. insyaAllah masih berbaki 4 hari lagi untuk study leave. banyak sangat yang belum ditelaah. takpe, selagi ada masa..kita kena berusaha! meshi?
baru tadi buka group batch di fb. satu topik hangat di situ nampaknya.
'sesiapa yg rasa die ni layak menjadi suami or isteri yg baik sila reply YES'
begitulah bunyinya.
and there are 34 comments within 1 hour from my friends, the 4th year girls and boys who are actually will sit for their exam on this 2/4! dan komen mungkin akan bertambah lagi selepas ini. laju bebeno kalau bab ni.
layak, ready, dan bersedia kah kita semua untuk satu tanggungjawab yg BESAR tu boleh dinilai dari banyak sudut. yang kita nampak macam sudah bersedia tu, tak semestinya betul2 bersedia. dan sebenarnya persediaan dari segi mentaliti atau rohani itu yang sangat penting.
for the guys, don't just demand to have a wife that will love and care for you but you still can't be her imam ( bukan imam solat semata-mata).
and for the girls or should i say 'ladies' , we are not going to be a wife only for one day. ia bukannya satu kisah di satu hari sahaja but for the whole of our life! jadi, perlengkapkanlah apa yang masih kurang iaitu dari segi rohani. untuk persediaan menghadapi apa2 masalah nanti. hanya keputusan berlandaskan syariat akan menjadikan kita kuat. percaya adanya Allah di sisi.
and cinta kerana Allah. kena faham, tahu dan mahu mencarinya. macam dalam post hajar =)
banyak benda yang perlu dinilai dan difikir-fikirkan. jgn terlalu membayangkan hidup yang indah di alam itu sedangkan kita sendiri belum tahu apa duri di dalamnya. (bermadah lagiiii...)
saya tahu umur kamu semua dah 21@22, dan normal lah untuk mempunyai satu perasaan itu. tapi, muhasabah la banyak2. kalau dah rasa mampu dan sudah 'ada', eloklah dicepatkan proses kepada yang Allah suka. tapi, kalau dah 'ada' tapi belum mampu, tolong lah jaga pergaulan, ada Allah yang memerhati. ada malaikat yang tengah catat dalam buku rekod.
ok, panjang lebar pulak mengulas. cuma satu nasihat untuk kawan2 saya wlwpun saya tahu saya bukanlah selayaknya untuk berkata-kata.
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, Dia menciptakan bagi kamu pasangan dari dirimu sendiri agar kamu hidup tenang bersamanya, dan menjadikanrasa cinta kasih sesama kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kamu yang berfikir"
ok, sekadar update ringkas dari saya. kalau tersalah bahasa mohon maaf. ingatkan saya kalau saya salah.
doakan kami nak exam. robbuna yusahhil semua kawan2 saya yang nak exam tu.
tinggalkan dengan lagu Sedetik lebih.
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanMu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanMu
Ternyata ku perlukan cinta dari diri Mu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai Kamu
Kerana Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya Kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya Kamu
…
~aku ingin mencintaiMu Ya Allah~
tubna Ilallah...
actually post ni saya nak letak lagu ni je. tapi, sekarang post ni dah tak boleh post pendek. aisehhh~