halwa telinga

Monday, March 7, 2011

memberi itu nikmat

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, masih diberi peluang utk hidup hari ni. sibuk meng-usha fb sebentar td, banyak sangat status tension pasal tarikh tiket.

kalau orang jauh dr KLIA tension, rasanya logik sbb KLIA itu bukan lah sebelah rumah. banyak hal yg perlu diselesaikan.tiketnye lg. kalau flight yg dilambatkan dr tarikh jadual penerbangan sebelum ni, lagi laa...tiket domestik dah di'book', alih2 kena tukar or even terpaksa burnt macam tu je! DUIT semua tu...sabar2~

saya dah penat fikir pasal urusan balik ke Mesir ni. sekejap pasal bila tarikh kami kena pulang ke sana, lepas tu pasal visa. kejap kena buat, kejap kata ok je tak buat. dah selesai part visa, keluar pula isu banyak tarikh penerbangan yang berubah.

kisah tarikh exam, tak payah cakap. kemungkinan 26 hb. buku takde. macam mana nak study? jawabnya,hari-hari pening kepala.

kalau boleh nak juga merasai satu hari yang tenang sepanjang cuti ni. serius!

tapi, bila fikir balik...pihak yang menguruskan kita tu lagi haru kot. takpe lah. bersangka baik

bila perkara2 yg serabut ni berlaku, ramai jadi kelam kabut. ada juga yg bertindak utk menyelamatkan diri sendiri. ooh..ini baru dunia. orang sudah meletakkan diri sendiri paling penting. apatah lagi di akhirat.

Rasulullah SAW ada menyebut,

"tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

kalau naqib/naqibah, fasilitator, mentor dan seumpama dengannya ingin bercakap mengenai ukhwah Islamiah..hadis ini sering disebut.

seorang saudara itu suka melihat perkara yg baik berlaku ke atas saudaranya yang lain. ingat, saudara sesama muslim...iaitu sama ada kita kenal atau tidak.

hadamkan hadis ni. tengok balik huraian2 yg ada. sayangkan saudara.

"pastu, kita ni macam mana? asyik kita je nak berkorban"

berkorban> ekspresi kasih sayang sangat2 memerlukan pengorbanan. dan bila namanya pengorbanan, mustahil utk tidak menyakitkan.

sebagaimana RAsulullah SAW, pengorbanan baginda sangat tidak ternilai. ambil saja satu kisah di Taif (kisah femes kn?). walaupun baginda tahu penduduk Taif sangat membenci baginda, sehinggakan baginda SAW tercedera, Rasulullah SAW tetap meneruskan usahanya utk menyebarkan Islam. kalau lah Rasulullah SAW mementingkan dirinya masa tu disebabkan cedera,hati pun sakit...agak2 kita ni Islam tak?

kalau setakat masalah hati tu, itu masalah yang sangat kecil. cabaran yg sgt kecil.

"tapi ada masa kita kena fikirkan diri kita juga"...

"sudah lah, orang tak fikirkan kita. fikir pasal diri sendiri sudah la.."

kadang2, ayat di atas membuat hati saya berbunga. "a'ah...kalau fikir pasal diri sendiri kan senang,"

tp. bila fikir balik. apa nilai ukhwah Islamiah yg pernah aku belajar kalau aku meletakkan kepentingan diri aku yg teratas. dan bila fikir kesan2 seterusnya, alamatnya hidup ni takde seri. sebab memberi itu satu nikmat.

sahabat pun kurang, pengalaman hidup pun kurang, boleh kata banyak benda lah.

tak percaya? try la dulu^^.

"saya tak pernah belajar pun pasal ukhwah ISlamiah"

andai kata ada kes sprt ni, paling senang...cuba kita letakkan diri kita di tempat orang lain. dalam setiap situasi. ini tips dari buku "7habits of Highly effective people" ~ understand to be understood.

ingin berkongsi sedikit kata2 seorang ulama' Tasawuf al-RAzi (Yahya bin MUadh):

"hendaklah engkau pelihara 3 perkara yg menjadi habuan orang mukmin,iaitu :

1- jika engkau tidak dapat memberi manfaat kpdnya,maka jgnlah engkau MENYUSAHKAN dia.

2-jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau MENDUKAKAN dia.

3-jika engkau tidak mahu memuji dia, maka janganlah engkau MENCELA dia."


wallau a'alam.

harap xde yg terasa. cuma ingin melontarkan pandangan. =)

2 comments:

FarizaKhairil said...

salam..

masih di kg lagi ke?

tuan rumah said...

ja..duk kg lg. tiket kemungkinan 17 hb ni. doa2kn la semua beres.