halwa telinga

Wednesday, March 16, 2011

adik-adikku..insyaAllah boleh!


assalamualaikum WBT..



Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!

begitu lah lirik lagu tema rancangan realiti Tv 'Adik-adikku' di RTM1. mungkin tak ramai yang menontonnya, tp tidak dapat untuk saya nafikan bahawa rancangan ni sangat bermanfaat. bukan setakat untuk para peserta menonjolkan bakat masing dalam berpidato dan juga sebagai latihan untuk menjadi seorang Da'ie, bahkan untuk penontonnya juga. mesej2 yang adik-adik ni sampaikan sangat sesuai dengan situasi semasa masyarakat sekarang.

dibawah bimbingan murabbi mereka yang hebat belaka,Ustaz Zamri, Ustaz Ameer, ustaz Badrul sani dan Ustazah Asni, bakat mereka semakin menyerlah. (jeles nye mereka yang hebat menjadi murabbi..)

mereka baru saja selesai persembahan separuh akhir malam kelmarin. tema nya adalah 'kemaslahatan ummat'. kenapa kita perlu menolak kepentingan diri untuk kemaslahatan ummat.

isu yang dibawa oleh adik-adik cilik ni pelbagai. dari aspek aurat, gejala sosial malah mengenai kebersihan.

tertarik dengan seorang adik ni, saya lupa namanya siapa...bila Prof dr Sharifah Nor hayati (salah seorang juri) mengenai sekiranya adik dapati sahabat adik berdua-duaan,apa adik akan lakukan. begitulah lebih kurang soalan yang diajukan.

"berdua-duaan itu tidak boleh. tahukah kamu jika kamu berdua-duaan ada yang ketiga iaitu syaitan!" jawab adik ni. seronok ,kagum...dan kalau seorang ibu mendengar anaknya bertutur sedemikian, kita boleh kata "sejuk perut ibu yang mengandung''. Prof Hayati pula kata "dah macam da'ie dah..". seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pun tahu apa hukum berdua-duaan, kalau orang dewasa nak bagi jawapan 'tak tahu', malu sungguh. alasan semata-mata.


saya tak tahu berapa ramai rakyat Malaysia yang menonton rancangan ni. tapi saya yakin, insyaAllah sesiapa yang menontonnya, dan mendengar betul-betul isi yang mereka cuba sampaikan, pasti akan tersentuh hatinya. isi-isi yang disampaikan ringkas tapi padat.

minggu depan sudah sampai peringkat akhir. 9 orang peserta akan berentap untuk meraih gelaran juara. namun, bila ditanya apa perasaan untuk peringkat akhir...rata-ratanya mengatakan 'tak kisah,adat pertandingan. menang bukan utama, yang penting pengalaman, kita cuma perlu lakukan yg terbaik. '

baguskan diorang?

nampaknya tak sempat lah saya nak tengok final nanti. insyaAllah sabtu depan akan terbang ke bumi Iskandariah.semoga adik-adik menjadi Da'ie yang berjaya di dunia dan akhirat. walaupun masih kecil, dan kehidupan juga masih panjang, harap-harap jiwa seorang Da'ie akan dibawa sampai mati, tak kisah lah apa jawatan adik-adik bila besar nanti.

adik-adikku,insyaAllah boleh!


inilah Da'ie-da'ie cilik kita. comel!

3 comments:

al-faqirah said...

ceh,,,patut pn duk nyanyi lgu adik2 sokmo.dio minat uponyo =.='

tuan rumah said...

haha...serabut ko denga?

adik-adikku,insyaAllah boleh!

tuan rumah said...

keputusan akhir dh kluar. munir menang. glad to know that.=)