alhamdulillah, sudah lebih sebulan rasanya kami bercuti di Malaysia. walaupun cuti kecemasan, banyak benda dah berlaku sepanjang cuti ni.
banyak sungguh dah belajar. susahkan ramai orang pun ye jugak. minta maaf kalau banyak susahkan orang. terutama bab nak bergerak ke mana2. terima kasih ma.
malam ni satu kumpulan akan berangkat ke bumi barakah Mesir seterusnya ke Iskandariah. rindu nak balik sana. insyaAllah malam esok giliran kami pula. semoga Allah permudahkan semuanya. insyaAllah.
kesimpulan pengajaran untuk cuti kecemasan ni adalah niat.
hadis Rasulullah SAW menyebut,
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya"
jadi,apa yang diniatkan, itu saja lah yang kita dapat. walaupun hadis ni sering diulang-ulang dan menjadi tajuk feveret kalau diminta bagi tazkirah on the spot, tapi...selalu sangat kita lupa atau mungkin sebenarnya kita tidak sedar akan niat yang ada dalam hati kita.
tajdid, dan perbetulkan niat dalam apa jua tindak tanduk kita.
ruang untuk perbaiki kesilapan sentiasa ada. asalkan kita tidak menyempitkan ruang pemikiran kita dan melepaskan peluang yang ada. peringatan untuk saya khususnya.
dan bila nak exam ni, lagi la. niat oh niat. mesti bagi betul. bukan semata-mata untuk lulus.
pesan senior tahun 5, "think as a doctor, not as a medical student,"
ok, semoga Allah permudahkan segala urusan.
doakan kami!
2 comments:
akak...... uhibbukifillah....... syukran kak syimah kerana mengingatkan diri ini... tajadidkan niat hijrah yang dilakukana....Hijrahlah kerana Allah dan RasulNya......
akak, selamat barangkat.... semoga Allah permudahkan....^^
zana, alhamdulillah akak dh slmt smpai alex.
thnx baca. akak sj timbulkan pasal niat sbb bnyk bnda akak trlepas pndg n x trbuat msa cuti ni disebabkan niat xbtol. sama2 tajdid niat blik,ok?
~slmt brangkat juga utk zana n kawan2. rabbuna yusahhil. uhibbuki fillah ^^
Post a Comment