alhamdulillah selamat mendarat di bumi Iskandariah 20 mac lepas. apa khabar Mesir pasca revolusi? ada lah perubahannya. saya tak tahu apa perubahan di Iskandariah sebab tak keluar rumah pun setakat ni. tapi, sepanjang jalan dari Kaherah ke sini, banyak construction yg dilakukan. pembinaan semula la tu kot. ada siap bina fly
over lagi kat highway.
apa-apa pun, semoga kamu semua dapat apa yang kamu inginkan ya Masriyyin!
biasa lah bila dah berjauhan dari keluarga, kalimah rindu tu terus di hati. hari pertama masih ok, masuk hari ni...sambil baca buku fikiran teringat juga dekat kampung sana. (awat rasa ayat bunga2?)
rasa cepat masa berlalu. balik hari tu bila sedara2 tanya tahun berapa, jawab la tahun 4.
"meta jah dih. rasa baru jah kak ngah gi,"
"nak jadi doktor dah ni?"
ye, saya pun rasa baru saja saya ambil keputusan SPM di sekolah. masih ingat lagi baju mana yang saya pakai. apa yang saya buat sementara tunggu cikgu bagi result, air mata gembira sahabat2 saya sebaik terima keputusan , dan sebelum pulang ke rumah, abang belanja makan dulu. padahal semua tu berlaku pada tahun 2007. dah berapa batc
h junior saya sudah melalui suasana tu. dan esok, generasi yang ke-4 selepas saya akan merasainya pula. esok result keluar...mesti berdebar kan?
saya tak tahu la memori manusia ni boleh rewind dr umur berapa, tp yang saya ingat pasal saya hanya lah dr umur 6 tahun. sebelum tu memang tak ingat satu ape pun.
kalau dulu kami adik beradik selalu bayangkan apa kami akan buat bila besar nanti.
dulu kan femes pasal wawasan 2020. jadi, yg saya nampak masa kecik2 dulu, masa tahun 2020 mesti Malaysia sangat2 maju. saya bayangkan ada kereta terbang. mac
am cerita doraemon yg pernah merentas mesin masa ke masa depan. haha. imaginasi yg melampau. tengok sekarang, dah masuk 2011. kereta terbang belum ada, adakah bakal wujud pada 2020? kita tunggu naa...
bagi saya, lambat sangat nak sampai tahun 2020. jauh sangat. entah hidup entah tidak.
"kak ngah 32 masa tu, dah ada anak, kereta....." kata adik saya.
"32? sampai ke umur kak ngah ke 32? masa tu abe mi umur 38.
woo...peliknya kalau kak ngah umur 19,20..." betapa masa tu saya rasa saya tak kan sampai umur puluhan. 32 apatah lagi. sekarang dah mencecah 23.
tak pernah saya bayangkan saya akan hidup sampai umur ni. pernah dulu terfikir tak sempat ambil result SPM. sekarang, entah sempat atau tak nak dapat ijazah, jadi doktor dsb. terasa umur semakin pendek.
kalau kita cakap macam ni, orang akan kata "tak baik cakap pasal mati,"
kenapa ye? kan lebih baik kita selalu ingat akan kematian?
apa sekali pun, saya bersyukur sangat Allah berikan saya kudrat tenaga, akal dan fikiran untuk hidup di bumi ni. malah terlalu banyak nikmat yang Allah dah bagi. tak terkira!
sekarang dah 2011. saya di sini dalam tahun ke-4. cepat sangat masa
berlalu.
keluarga kami pun dah semakin membesar. dulu main2 je cakap nak ada kakak (sebab saya takde kakak.maklumlah anak perempuan pertama). "takpo, nanti abe Mi ngn se nikoh, kak ngah ada 2 kakak,"....masa tu terfikir 'bila la tu?'. tp sekarang, saya dah ada 2 kakak. ye, abang2 saya dah kahwin. dah ada anak dah pun.
adik perempuan saya Syidah dah masuk umur 19. Din pula 15. dah besar rupanya. bila kumpul ramai2... ayah selalu usik,
"anak Ma ko ni belako? besar2 doh eh..."
ye, anak2 ma ayah dah besar. topik perbincangan kita semua pun dah berbeza sekarang.
cakap2 pasal kerja, politik, anak2, nak buat rumah....cerita orang2 dewasa lah.
ma pula banyak pesanannya. bakal menantu, mertua, ipar duai, an
ak2...
perkahwinan bukan saja setakat pasangan, tp dengan keluarga sekali.-katanya.
memang dah lain. tak pernah terbayang Ma akan cakap benda2 tu dgn saya.
rupanya anak2 Ma Ayah dah besar.
jadi, apa yang kita fikir mustahil, itu sebenarnya tidak mustahil
di pihak Allah. Allah Maha Kuasa. Boleh ubah segalanya. jika Allah kata 'jadi', maka jadilah ia.
Subhanallah..alhamdulillah...
saat untuk kami pula berbakti untuk Ma Ayah sudah tiba. walau jasa mereka memang takkan terbalas sampai bila-bila...
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.” (QS. Al Isra’: 23)
rindu keluarga rasanya nih. =)
No comments:
Post a Comment