halwa telinga

Monday, October 31, 2011

jalan menuju Jannah

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. hari ni sudah 31 oktober 2011. dengan ini, umur saya bertambah lagi. 23 tahun 3 hari...

wah2!...23? tak sangka masih bernafas sehingga saya mampu mengatakan saya sudah berumur 23 tahun. pernah suatu ketika, beberapa kali mungkin...saya terfikir, sempat ke saya mencecah umur 20-an? sempat kah saya untuk mengenali alam universiti? tapi kini, saya sudah memasuki fasa 20-an, malah sudah 23. dan kini di tahun ke-5 menuntut di universiti. siapa sangka,kan? terus, apa yang patut kita katakan?

ALHAMDULILLAH.

ya, sangat bersyukur masih diberi peluang hingga ke saat ini.

sekarang...persoalan baru,

sempatkah saya menamatkan pengajian saya?

sempatkah saya bertugas sebagai seorang doktor?

itu 2 soalan berkenaan karier. seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, saya masih rasa kelayakan sekarang amat jauh sekali. banyak lagi yang perlu saya belajar. doakan ya=)

tidak dapat tidak....persoalan keluarga turut hadir.

sempatkah saya bertemu keluarga saya lagi?
sempatkah saya sendiri membina keluarga?
sempatkah saya berbakti kepada keluarga?

Allah jua sebaik-baik perancang. secantik manapun saya atau kita semua merancang...tak kan mampu menandingi perancangan Allah swt.

***

haa...saya dah berjaya dapatkan novel Quartet. bukan novel biasa, tapi sungguh luar biasa.

penceritaan mengenai hati seorang perempuan. seorang gadis. Misa. cara penceritaan membuat saya sendiri menghayati watak Misa. mungkin juga pada realiti saya pernah rasainya perkara yang sama? wallahu a'alam=)

atau sahabat2 disekeliling saya juga pernah merasainya juga? atau mungkin kah cinta dalam diam? naaah...siapa tahu, kan? hati perempuan=). mudah terusik. jadi, jangan berani sentuh!

dah lama saya tak menulis mengenai perempuan. atau apa2 mengenai jalan menuju solehah. di bawah ni saya copied dari laman ukhti Insyirah

"Akhlaq awak harini adalah proses tarbiyyah yang akan awak berikan kepada anak-anak awak. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. MENCARI yang soleh sebenarnya lebih susah dari MENJADI yang solehah. Apabila MENCARI, awak tercari-cari tetapi apabila MENJADI awak tahu apa yang perlu awak jadi... Solehah pada kalam dan perbuatan."

mungkin sahabat2 boleh baca artikel penuhnya sendiri di link tu. tapi, itu ayat yang sangat menyentuh hati. 'keperitan' bermujahadah menjadi solehah. ya, siapa yang bermujahadah untuk menjadi solehah...pasti akan faham bagaimana peritnya mujahadah itu. kehidupan seharian yang memaksa diri untuk bersama ikhwah2 yang kadang sikap mereka membantu mujahadah kita, kadang - kadang ada juga yang seolah menguji iman di hati ni.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, disahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).

menjadi solehah itu adalah satu proses yang berterusan. setiap hari membawa imej 'aku seorang muslimah' ke mana2 sahaja kaki melangkah. belajar dengan imej muslimah. bergaul sebagai seorang muslimah. berkahwin juga sebagai seorang muslimah. perhubungan yang ingin dibentuk biarlah ianya bermula dengan langkah yang diredhai Allah swt. bukan lah bermula dari pergaulan yang dimurkai-Nya. indahkan permulaan, semoga sepanjang jalan menuju akhirat itu juga indah. dan akhirnya, berdua bertemu di syurga.

***

kita sering mencari-cari titik untuk berubah ke arah lebih baik. mencari sebab yang membuat kita ingin berubah. atau senang saya katakan...kita menunggu hidayah. sebenarnya, hidayah bukannya perlu ditunggu...tapi perlu dicari, diminta daripada Allah swt. Kita sebagai hamba-Nya ini lah yang perlu mendekati-Nya. usaha itu perlu. bukan tunggu kosong. nak tunggu datang bergolek? atau melayang? mencari, dan terus mencari kasih sayang-Nya.

ya, saya juga ingin berubah ke arah lebih baik. dan sedang berusaha mengubah diri ke arah lebih baik. setapak melangkah ke hadapan, kita akan rasa tak cukup. maka selangkah lagi kita tambah. dan begitu lah seterusnya...biarlah kita rasa diri kita sentiasa tidak sempurna, asal kan perasaan tu membawa kita untuk melangkah dan terus melangkah menuju Jannah-Nya. insyaAllah. amiin.

dia dan dia. saya rasa mereka sangat istimewa.

benar lah bahawa,

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


***

Irfan aka van elektronik asked Misa :

"will you walk together with me?"....."to Jannah"

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ?”

***

wallahu a'alam =)

Thursday, October 27, 2011

adik

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah masih beri saya peluang untuk melihat perkembangan adik2 saya. Alhamdulillah, Din dah tamat PMR baru2 ni. dia yang nak exam, cik tengah kat sini yang risau lebih.

insyaAllah, 21 november ni Dah pula yang akan menduduki peperiksaan. ini entry terakhir cek dah sebelum exam ~entry terakhir~ saya selaku kakaknya, tergamam, terkedu bila tahu adik have to face all the problems by herself. tak boleh bayangkan orang lempar ais ke muka saya T.T. memang hati terbakar lah.

apa2 pun, ujian2 yang cek dah rasa tu mematangkan cek dah. ada hikmahnya Allah bagi ujian untuk cek dah saya ni. walaupun umur kami berbeza 4 tahun, tapi kami boleh bincang atau share masalah kami sama2. *dia terlebih matang atau saya yang tak matang?* ahaai...~

apa2 pun, ini entry khas untuk Dah, kalau Dah sempat membacanya. selamat berimtihan. kak ngah tahu Dah boleh buat. semoga segala cita2 mu tercapai. semoga Allah swt memberikan yang terbaik. semoga kali ni, Dah mampu membuat Ma Ayah mengukir senyuman bahagia =).

kak ngah tahu Dah dah usaha. Allah swt lebih tahu sejauh mana usaha yang Dah sudah lakukan dan apa yang Dah rasa sepanjang 2 tahun di form 6 ni. insyaAllah...walaupun bukan di maahad yang kita sayang tu, bumi Naim tu sedang mentarbiyah Dah untuk menjadi hamba Allah, sebenar-benar hamba. kalau namanya hamba, takkan ada saat senang. tapi, setiap kesusahan ada kesenangan yang menanti.

jaga hubungan dengan Allah swt. jaga juga hubungan dengan manusia especially Ma Ayah dan adik-beradik. banyak2 la doa. semoga kejayaan kali ni milikmu.

All the best!

Tuesday, October 25, 2011

cahaya

assalamualaikum wbt..

Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar.Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu laksana bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak berkatnya, iaitu pokok zaitun yang mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun di waktu matahari terbenam, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi kerana jernihnya walaupun ia tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) ~ An-Nuur ayat 35.



subhanallah...~ hari tu tertengok cahaya matahari seperti gambar di atas. cantik sangat! lebih cantik daripada yang ni.

Allah Maha Kuasa.

4 hari lagi hari itu. ~dengan tanpa segan silunya countdown birthday sendiri di sini. hehe. i'm praying for the BEST present. the BEST and the MOST special one! wahaa~

sesungguhnya di dalam kesulitan ada kesenangan. di setiap lorong yang gelap, ada cahaya sedang menunggu di hujungnya.

semoga usaha hari ini memberi cahaya yang tak kan malap suatu hari nanti.

Allahu Musta'an. semoga usaha diberkatiNya. amiin.

Sunday, October 23, 2011

life is about making decision

assalamualaikum wbt..

tajuk entry kali ni adalah sama dengan title blog ni =D. yup, life is about making decision. sedar atau tak, setiap hari dan setiap masa kita akan dihadapkan dengan pilihan. perlu sentiasa memilih.


pilihan yang bakal dilakukan walau sekecil-kecil perkara sekali pun tetap akan ditanya oleh Allah swt. maka, cuba lah membuat keputusan yang betul.

tapi, macam mana ya? mana lah kita tahu keputusan tu betul atau tak...

Rasulullah saw telah mengajarkan kepada kita satu cara untuk membuat keputusan.

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.



cara solat istikharah

Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.

setelah beristikharah, cuba pula untuk beristisyarah. iaitu bermesyuarat, berbincang dengan mereka yang lebih arif. setelah keputusan telah diambil, maka bertawakkal lah kepada Allah swt. meyakini segalanya adalah kehendakNya. apa sahaja yang berlaku setelah keputusan diambil, doakan saja semoga hati kita redha. al maklum lah....kita tak kan tahu apa yang bakal terjadi. hanya Allah swt tempat untuk kita memohon kekuatan.

oh ya, istikharah bukan untuk mohon petunjuk ketika ingin memilih jodoh sahaja. meshi? segala urusan kita dalam kehidupan seharian, dianjurkan untuk berisitkharah terlebih dahulu sebelum bertindak. jadi, saya post entry ni bukan lah disebabkan saya sedang fikir untuk pilih jodoh ke apa....tapi, kerana risau sekiranya saya tersilap langkah. sekecil-kecil perkara sekalipun, tetap bagi kesan dalam hidup. hanya Allah swt yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...maka, mohon lah kepadaNya supaya Dia tunjukkan jalan yang betul. =)

Wallahu a'alam.

rujukan :





Sunday, October 16, 2011

salah siapa?

assalamualaikum wbt.

pointer untuk semester lepas baru saja keluar. Alhamdulillah. walaupun masih dikira 'rendah' bagi orang yang 'tinggi', kena sentiasa ingat bahawa ada orang yang 'lebih rendah' masih memandang itu sebagai 'tinggi'.

Allah...

hamba ini,

cuba menjadi hamba yang bersyukur. cuba menjadi hamba yang bersabar.

saya pun dah bosan bila setiap kali result diumumkan, kecewa yang datang. terasa bagai usaha tidak ada kesan. sesiapa yang berada di dalam 'kasut' yang sama dengan saya mungkin faham apa maksud saya di sini. kadang2 datang rasa putus asa.

melihat mereka yang selalu ponteng, meniru, dan sebagainya masih berjaya mendapat pointer hebat, rasa cemburu menyusup ke dalam hati ni. itu lah perasaan setiap kali mendapat natijah imtihan.


~~~...tak boleh fokus langsung study malam ni. T.T

di manakah silapnya? pernah juga terasa yang admin tersilap key-in markah. sebab saya tahu si dia tak dapat jawab. banyak yang ditinggalkan kosong. tapi, bila result diumumkan, masih dapat lebih tinggi. malah jauh lebih tinggi daripada yang jawab penuh. ye, mungkin...jawab penuh tak semestinya betul. mungkin jawab tak penuh tapi precisely answered, so dia dapat markah yang sepatutnya.

mungkin hal tersilap key-in data ni tak berlaku pun ke atas saya. memang itu markah saya. tak tertukar dengan orang lain pun...tapi, ia nya terjadi kepada sahabat kami. dia tidak menduduki exam disebabkan masalah kesihatan, tapi markah yang keluar sangat power. dari mana datangnya markah tu?

then? is there any possibility that they might do another mistake too?

salah siapa?

dah nak grad dah pun. tapi masalah sama masih berlaku di pihak admin. senarai nama kami tak pernah tetap. selalu bertukar-tukar. boleh kata masih belum kemas.

mungkin markah yang tertera pada nama saya tu memang markah saya, then i should work harder. membebel di sini bukannya boleh mengubah apa yang telah berlaku.

setiap kali jawab exam, dengan gembiranya memaklumkan kepada ma ayah ,

"Alhamdulillah, ok. keluar soalan spot"

"Alhamdulillah, doktor baik2 belaka"

"Alhamdulillah, insyaAllah ok."

saya yakin, seorang ibu bila mendengar suara anak memaklumkan hal sebegitu pasti berbunga hatinya. saya jenis yang tak pandai nak selindung perasaan saya daripada Ma. kalau betul tak dapat jawab exam, saya akan cakap terus terang. walaupun satu soalan. saya minta Ma doakan kejayaan saya. doa ibu tiada hijab. insyaAllah.

tapi, bila keluar resultnya....saya dapat lihat ada sedikit perasaan terkilan pada wajah ma dan ayah. suara saya sebaik menjawab exam berbeza sekali dengan suara selepas result dikeluarkan. sungguh...rasa bersalah sangat. minta maaf Ma Ayah. kak ngah masih tak dapat berikan yang terbaik untuk ma ayah.




sekarang bukan masa untuk menyalahkan orang lain. semuanya Allah swt dah tetapkan. ini lah yang terbaik. bukan kah setiap kali berdoa, di penghujungnya kita memohon kepada Allah supaya berikan kebaikan di dunia dan di akhirat? maka, itu lah yang terbaik.

diri sendiri perlu kembali kepada basic. untuk menguatkan hati, pegangan mesti kuat. kekadang kita terlupa berkenaan beriman kepada qada' dan qadar Allah swt. rukun iman itu perkara basic, tapi sikap ambil ringan kita itulah membuat hati goyah setiap kali ditimpa musibah atau ujian.

sejauh mana keyakinan kita kepada ketentuan Allah swt? yakin lah dengan Allah, pasti kita tak kan bersedih hati.

~jangan takut, dan jangan lah bersedih hati. sesungguhnya Allah swt bersama kita~

mungkin ada silap di mana2. mungkin hubungan dengan Allah swt? mungkin ada dosa2 yang menjadi hijab? mungkin usaha masih belum cukup? wallahu a'alam.

semoga Allah swt kuatkan hati ini. sama2 istiqamah dalam usaha. jangan putus asa kak ngah!

abang saya pernah pesan, saya ni selalu diberi kemudahan dalam semua urusan selama ni. sekali Allah bagi susah, ingat lah kepada kesenangan yang Allah beri sebelum ni. Allah nak test sikit je tu. ya, semasa di sekolah apa yang saya nak capai semua saya dapat. tapi segalanya berbeza sekarang...target selalu tersasar.

setiap kali ditimpa ujian,kita bukan lah yang paling malang. ada lagi yang lebih malang daripada kita. maka, bersyukurlah wahai hamba!

*Allah kan suka, sayang, dan cintakan orang yang bersyukur dan bersabar. kata nak Allah sayang...jadi, bersabar dan bersyukur lah.

=). mesti senyum.

*buat Hasmah, saya dah baca blog Hasmah. as always...we're thinking of the same thing. chaiyyok2! insyaAllah ada lah tu hikmahnya kat mana2, kan?

doakan kejayaan kami!



Saturday, October 15, 2011

wakenabeb!

assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke-2 round paediatrics. hari ni, Dr. Shahirah tanya...

"you're from the fifth grade,right?"

"yes"

"so, you'll be graduated soon"

MasyaAllah...graduate? yup, 2 tahun sahaja lagi. dalam tak sabar nak grad, takut pun ada sekali. banyak lagi yang tak ada dalam kepala ni. risau. doktor macam manakah saya nanti?


‎"Dan tidak ada seorg pun yg dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal" Surah Luqman ayat 34.

sungguh, saya merasakan diri saya masih jauh untuk menjadi seorang doktor. apatah lagi seperti doktor-doktor yang saya kagumi itu.

Allahu Musta'an. semoga Allah mempermudahkan segalanya.

***

semalam, program untuk pelajar baru disambung dengan aktiviti Explorace. seronok pusing2 taman montazah yang terkenal dengan istana Raja Farouk tu. pada sebelah malamnya, disambung dengan barbeku. walaupun tak ramai hadir, tetap meriah. Alhamdulillah.



sebenarnya, beberapa orang yang hari lahirnya pada bulan 10 diraikan semalam. termasuklah dari kalangan fasilitator.

dari sesi muhasabah, torture semua orang...lama kelamaan keluar pasal kes polis. haih...~musim2 rusuhan ni, buat saya rasa cuak la juga. beberapa nama dipanggil dan disuruh berdiri. suasana agak tegang. tapi, ada juga yang gelak2. adik2, jangan gelak time orang tengah serius. meshi?

"dari Montazah tadi balik terus ke ada pegi mana2?" tanya yang bercakap. tegas!

semua cakap balik terus. seterusnya, adik dari kumpulan saya dipanggil.

dalam hati "apa la yang jadi....dah la tak hantar adik2 balik tadi. habis lah aku!"

seterusnya nama lain dipanggil. dan akhirnya fasi pun dikatakan terlibat sama. dan nama yang dipanggil adalah saya!

dalam hati.."apahal ni? kenapa aku pun kena sekali? relek2"

kawan2 sebelah cuba tenangkan. ok. saya tak takut. depa tengah plan something. tapi apa? ..~


rupanya....birthday boys and birthday girls ni sedang dikenakan.

WAKENABEB!

lebih kurang la...macam cerita wakenabeb. kami terkena.

seterusnya, sama2 potong kek dan sama2 makan. majlis bersurai.



saya ingin coretkan di 'rumah' saya ini sebab rasa kejutan tu menjadi. ye la...hari lahir saya lambat lagi. 2 minggu lagi. jadi, saya tak expect akan ada selitan keraian di situ. tambah lagi, dah lama tak dapat kejutan =).

apa2 pun, terima kasih semua. semoga Allah memberkati kalian.

***

ini adik2 kumpulan saya. gambar ni tak cukup ahli. partner saya pun tak de di sini. Ika jaga checkpoint lain. syukran jazilan Ika dan adik2 sekalian=)

ukhwah fillah abadan insyaAllah.

Tuesday, October 11, 2011

waiting

assalamualaikum wbt

puh puh...tiup debu2 di 'rumah' ni. ayat biasa bila blog tak diupdate. tak sangka boleh menyepi begitu lama.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

hari ni sudah hari ke-4 kuliah untuk sesi 2011/2012 bermula. kami memulakan sesi kuliah kali ni dengan round di wad kanak-kanak sekali lagi. paediatrics part II. sekali lagi menjejak kaki hospital ini.

semangat kurang membara sedikit sejak masuk semester baru ni. enjin tak berapa hidup. maka tak memecutlah saya. jangan pecut terpaksa di saat akhir sudah.

tajdid niat.

bunyinya senang. tapi jika dihayati, amat susah sekali ingin mengekalkan niat itu di dalam hati. niat itulah kuncinya. sekali kunci hilang, terus kereta tak bergerak.

oleh sebab itu, betul2 kena memperbaharui niat.

umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam..

jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata

umat Islam sentiasa boleh

itulah sebahagian daripada lirik lagu nasyid 'Menuju wawasan'. inilah lagu semangat. cemerlang untuk Islam.

sememangnya terlalu banyak sebab untuk kita cemerlang. untuk ibubapa, untuk mendapatkan biasiswa, untuk menduduki tempat di universiti dengan bidang yang diidam-idam kan....namun begitu, cubalah untuk letakkan di dalam hati,

AKU INGIN CEMERLANG UNTUK ISLAM.

ingin meletakkan Islam kembali ke tempatnya. Islam pernah agung. tapi dek kelalaian umat Islam sendiri, maruah Islam seolah-olah sudah jatuh. sekarang di tahun 2011. ini keadaan umat Islam sekarang. apa pula keadaannya nanti di zaman 2020 yang ditunggu-tunggu itu? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? dimanakah Islam pada ketika itu? cuba kita renungkan dan fikir2 kan.

apakah sumbangan kita?

=(

rasa bersalah bila malas.
rasa bersalah bila result tidak sehebat orang yang hebat. bukan flying colours la orang kata.
rasa sedih sangat bila diri yang mampu untuk buat lebih baik ni, tak laksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sebaiknya.

LALAI.

ini post untuk memotivasikan diri sendiri.

teringat pula semasa program AHLAN '11 (program sambutan mahasiswa baru) tempoh hari. ada satu aktiviti yang diberi nama 'Academic Discussion'. kami sebagai fasilitator perlu berkongsi tip-tip belajar dan cara untuk menjadi pelajar cemerlang. tiba-tiba terasa berat pula. sememangnya daku ini bukanlah pelajar cemerlang, namun tetap bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah swt. sememangnya itu lah yang TERBAIK. maka, saya kongsikanlah sahaja apa yang saya tahu.

minta maaf ye adik2 kalau tip-tip yang diberikan itu bunyi macam biasa sahaja. tiada tip yang luar biasa di situ.

4 hari menunggu semangat datang. TUNGGU? semangat itu dari dalam diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.

maka, berubah lah wahai Hasyimah!. sikit je lagi. 2 tahun itu sekejap,ok?


***

quote yang ingin dikongsi.

sehebat mana kamu merancang hidup, hidup sebenarnya tidak merancang sesuatu untukmu. ~stanza cinta

perancangan Allah swt itu yang terbaik. TERBAIK.

syukur, sabar dan redha dengan ketentuannya. semoga menjadi hamba yang bersyukur.

berdebar menunggu tahun 2011 berakhir. ^^


yes, be patient. =)