halwa telinga

Tuesday, October 11, 2011

waiting

assalamualaikum wbt

puh puh...tiup debu2 di 'rumah' ni. ayat biasa bila blog tak diupdate. tak sangka boleh menyepi begitu lama.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

hari ni sudah hari ke-4 kuliah untuk sesi 2011/2012 bermula. kami memulakan sesi kuliah kali ni dengan round di wad kanak-kanak sekali lagi. paediatrics part II. sekali lagi menjejak kaki hospital ini.

semangat kurang membara sedikit sejak masuk semester baru ni. enjin tak berapa hidup. maka tak memecutlah saya. jangan pecut terpaksa di saat akhir sudah.

tajdid niat.

bunyinya senang. tapi jika dihayati, amat susah sekali ingin mengekalkan niat itu di dalam hati. niat itulah kuncinya. sekali kunci hilang, terus kereta tak bergerak.

oleh sebab itu, betul2 kena memperbaharui niat.

umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam..

jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata

umat Islam sentiasa boleh

itulah sebahagian daripada lirik lagu nasyid 'Menuju wawasan'. inilah lagu semangat. cemerlang untuk Islam.

sememangnya terlalu banyak sebab untuk kita cemerlang. untuk ibubapa, untuk mendapatkan biasiswa, untuk menduduki tempat di universiti dengan bidang yang diidam-idam kan....namun begitu, cubalah untuk letakkan di dalam hati,

AKU INGIN CEMERLANG UNTUK ISLAM.

ingin meletakkan Islam kembali ke tempatnya. Islam pernah agung. tapi dek kelalaian umat Islam sendiri, maruah Islam seolah-olah sudah jatuh. sekarang di tahun 2011. ini keadaan umat Islam sekarang. apa pula keadaannya nanti di zaman 2020 yang ditunggu-tunggu itu? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? dimanakah Islam pada ketika itu? cuba kita renungkan dan fikir2 kan.

apakah sumbangan kita?

=(

rasa bersalah bila malas.
rasa bersalah bila result tidak sehebat orang yang hebat. bukan flying colours la orang kata.
rasa sedih sangat bila diri yang mampu untuk buat lebih baik ni, tak laksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sebaiknya.

LALAI.

ini post untuk memotivasikan diri sendiri.

teringat pula semasa program AHLAN '11 (program sambutan mahasiswa baru) tempoh hari. ada satu aktiviti yang diberi nama 'Academic Discussion'. kami sebagai fasilitator perlu berkongsi tip-tip belajar dan cara untuk menjadi pelajar cemerlang. tiba-tiba terasa berat pula. sememangnya daku ini bukanlah pelajar cemerlang, namun tetap bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah swt. sememangnya itu lah yang TERBAIK. maka, saya kongsikanlah sahaja apa yang saya tahu.

minta maaf ye adik2 kalau tip-tip yang diberikan itu bunyi macam biasa sahaja. tiada tip yang luar biasa di situ.

4 hari menunggu semangat datang. TUNGGU? semangat itu dari dalam diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.

maka, berubah lah wahai Hasyimah!. sikit je lagi. 2 tahun itu sekejap,ok?


***

quote yang ingin dikongsi.

sehebat mana kamu merancang hidup, hidup sebenarnya tidak merancang sesuatu untukmu. ~stanza cinta

perancangan Allah swt itu yang terbaik. TERBAIK.

syukur, sabar dan redha dengan ketentuannya. semoga menjadi hamba yang bersyukur.

berdebar menunggu tahun 2011 berakhir. ^^


yes, be patient. =)

No comments: