halwa telinga

Thursday, December 22, 2011

sehijau warna daun

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

keputusan PMR telah diumumkan hari ni. adik saya salah seorang yang menerima keputusan hari ni. Alhamdulillah, redha dan bersyukur itu respon paling baik sebenarnya. saya hubungi dia pagi tadi sekadar untuk bertanya khabar keputusannya. sedikit tersasar dari target. tapi jawapan yang diberikan bunyi macam semangat untuk dapatkan yang terbaik SPM nanti. harap bukan bunyi aje ye :p. selamat mengejar cita2!

seperti tahun2 sebelumnya, saya akan tunggu berita dari Maahad tercinta. Alhamdulillah...164 orang pelajar berjaya memperoleh 9A. tahniah untuk semua. terbayang wajah cikgu2 saya dulu. tapi katanya dah ramai yang pindah. apa2 pun, cikgu2, ustaz ustazah semua memang AWESOME.

ikhlas dari hati, saya cukup sayangkan sekolah saya . *love*love*love*.

di situlah saya mula mengenal erti tarbiyah walaupun saya ni Ajk BADATI (badan dakwah dan tarbiah Islamiah)yang hanya pada nama saja(tugas tak jalan...huhu),  apabila saya keluar dari maahad saya rasa nak pergi tamrin lagi. pernah saya coretkan tentang rindu saya kepada tamrin dulu. <boleh baca sini> .

di situ juga lah saya kenal erti persahabatan. emm...masa belajar kat situ, tak perasan pun. tapi bila sudah berada di luar, baru saya terasa manisnya bersahabat kerana Allah swt. sayang sangat dengan sahabat2 saya, sampai saya doakan kami masuk ke universiti yang sama, bidang yang sama.....Alhamdulillah, memang kami satu universiti, satu bidang, tapi berbeza sistem pengajian. sapa kawan baik saya tu? siapa yang kenal kami, tau laaa =D

sekarang rasa manis tak sebuah persahabatan tu?

mesti la!

tambah2 manis lagi. saya yakin saya akan rindu saat kehidupan saya sekarang. saya akan rindu Mesir, saya akan rindu kenangan manis, mahupun kenangan pahit yang TERLALU banyak mengajar saya untuk menjadi hamba-Nya yang sebenar-benar hamba. dan saya yakin, saya akan rindu kepada sahabat2 saya di sini. semua sweet.

bila sudah tamat pengajian nanti, haluan kami sudah berbeza. tambah lagi kami bukan dari kawasan atau negeri yang sama.

alahaiii....tak dapat nak bayangkan kehidupan akan datang.

apa2 pun, sebuah persahabatan yang disandarkan pada dasar yang betul, akan sentiasa segar. akan sentiasa harum. tak kan layu.

ya, hanya dengan aqidah yang sama. insyaAllah sebuah persahabatan itu tak kan mudah retak walau dilanda ujian yang hebat.

kalau masa di maahad dulu, radio asrama atau radio sekolah selalu pasang lagu nasyid. kumpulan Inteam dan UNIC memang sangat tersohor di kalangan kami. di situ juga saya kenal lagu2 nasyid, kumpulan nasyid dan buat saya suka nasyid sangat2. dan lagu yang selalu kami ulang atau nyanyi sesama kami adalah 'Akrab Persahabatan'..

sesegar hijau daunan,
begitulah kita diibaratkan,
tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
antara kita semua......

ini lagu lama. tapi bila saya dengar semula, nostalgik! teringat zaman sekolah la.

seerat simpulan yang tidak terbuka,
seteguh langit tinggi menongkah dunia,
kita mengharung badai,
atas nama kasih insan bersaudara....

Ya Allah...peliharalah sahabat2 ku di dalam rahmat dan kasih sayang-Mu.
uhibbukunna lillah.

entah kenapa tergerak untuk menulis sedikit mengenai persahabatan ni. sebab rindu sekolah kot. rindu sahabat2 dulu. dan sebab sayang pada mereka yang ada sekarang. Alhamdulilllah!

ada satu lagi lagu fenomena semasa saya di tingkatan peralihan, 'kasih kekasih'. semua senyum tak pasal2. heh!

Tuesday, December 20, 2011

kad jemputan dari DIA


assalamualaikum wbt.

saya terjumpa video ni tadi. kad jemputan dari DIA. 

berusaha dan berusaha untuk menjadi tetamu-Nya.

semoga Allah swt menjemputku lagi ke rumah-Nya, Baitullah al-haram. 

*dah setahun lebih dari tarikh itu. sungguh rindu saat itu. 

Thursday, December 15, 2011

bersedia hadapi kehilangan

assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. alhamdulillah. Alhamdulillah.

hari ni tamat sudah end round exam for OnG. Alhamdulillah 'ala kulli hal. doakan yang terbaik dari-Nya. amiin.

***

bersedia hadapi kehilangan.

cer teka kehilangan apa yang saya maksudkan?

seperti yang sedia maklum, setiap hari akan ada hamba Allah swt yang dicabut nyawanya. tanpa mengira usia samada tua atau muda, kecil atau dewasa.

semasa di hari terakhir round OnG baru2 ni, kami masuk ke labour room untuk tengok proses kelahiran bayi. alhamdulillah, rezeki kami dapat melihat beberapa kelahiran dan yang lebih utama rezeki ibu-ibu yang telah dikurniakan zuriat yang sihat wal 'afiat. alhamdulillah. tetapi, mungkin nasibnya tidak sama bagi seorang ibu ni. bayinya meninggal di dalam kandungan (Intrauterine fetal death). usia kandungan dan sebab kematian, tak pula saya tanya. tapi, dari raut wajah si ibu, dapat lihat hati yang pasrah dan redha dengan takdir Allah swt itu. tidak sedikit pun menangis. empunya wajah yang penat itu diam saja di atas katil bersalin.

reaksi si ibu tu buat saya terfikir, dan suarakan persoalan kepada sahabat saya.

"macam mana mak dia boleh tenang je ek?"
"mungkin sebab dia dah tau kot,"
saya angguk.
"tapi, still...."
kami senyum. ya, kami betul2 rasa hairan macam mana boleh setenang itu.

teringat kisah Ummu Sulaim. saya copy kat sini ye.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”. Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.


segala yang ada di sisi kita sekarang adalah 'pinjaman' daripada Allah swt. sampai masanya, Allah swt akan ambil balik apa yang telah dipinjamkan.

***

"Dan milik Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Cukup lah Allah sebagai Pemeliharanya" ~ An-Nisa' ayat 132


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan

main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan,

kalau mereka mengetahui." (QS Al-Ankabut ayat 64)


"padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal" Al-A'la ayat 17.

***

bersedia.

bersedia?

tak ramai yang bersedia untuk menghadapi kehilangan insan2 yang disayangi,dikasihi. *kematian sendiri pun ingat2 lupa...adeh!

saya tak kata saya bersedia. sungguh saya takut jika saya diuji begitu. takut sangat.

tapi..." Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah ayat 286. percaya. dan percaya lah akan kata-kata Nya ini. Allah tidak akan zalim kepada hamba-Nya, tetapi hamba-Nya yang menzalimi diri mereka sendiri.


mungkin juga, kita lah insan yang akan 'pergi' dulu sebelum insan2 yang kita kasihi tu.


wallahu a'alam=). selamat menambah amal!

****






Sunday, December 4, 2011

a little girl

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Allah swt masih memberi saya peluang untuk update blog ini. dah berapa kali attempt untuk update, tulis separuh...terpaksa tangguh untuk perkara yang lebih utama. Alhamdulillah, sudah menganjak ke bulan baru iaitu Disember. hari ini 9 Muharram. ramai yang puasa sunat hari ni. dan buat kali pertama SC bersama adik2 tanpa sebarang juadah makanan atau air. =).

hari yang sungguh padat. non-stop moving since 8.00 a.m..

8-10.00 a.m. : Interactive learning activity (ILA)
10.00-12.00p.m : kuliah. el-muhadharah an fibroids.
12.00-1.30 p.m : clinical round. alhamdulillah Dr.Zainab datang awal, dan saya sempat berjalan untuk ke SC (usrah) yang dirancang akan dimulakan pukul 2 ptg.
2.00-4.30 : Smart Circle bersama mereka menikmati manhaj terakhir bulan ini yang diberi nama ' sesedap koktel'. semoga kita mampu menghasilkan koktel yang sedap nanti. dan semoga PERUBATAN mantap ibarat koktel yang sedap!
4.30-7.00 p.m.. : kelas arab di MisrTurk. ....>battery low....

recharging my battery....

iftar bersama mereka di mat'am Taza. Alhamdulillah. =).

padat. sekejap lagi bakal tumbang juga agaknya ni.

****

baru2 ini, sempat chatting bersama sepupu yang dah lama sangat tak dihubungi. dia lah kawan baik saya dari kecil sampai besar. saya tinggal di kampung sebelah ibu, dia pula tinggal di kampung sebelah ayah saya. ayah saya dan arwah ayahnya adik beradik. walaupun jarang sekali bertemu, banyak yang kami akan ceritakan setiap kali bersua muka. tapi, bila dah meningkat dewasa ni, kami masing2 bawa diri masing2. saya terbang jauh ke sini dan dia Malaysia. ya, setiap tahun saya pulang ke tanah lahir saya, tapi nak jumpa dia ni susah sangat. hari raya baru ni pun tak sempat jumpa.

apa yang saya perasan, bicara kami sudah berubah. bukan lagi kisah budak sekolah. gaya bercakap orang nak grad. apa agak2 nya? ce teka :D.

"besar dh kita"
"bukan saja besar, tua dah"
................
....
..

"takpo, baru 23"
"tapi tahun depan dah 24"
"tua dah...".

betul. saya sendiri tak sedar yang umur sedang melangkah ke angka baru; 24 tahun. kalau dulu masa sekolah rendah, saya berangan macam mana hidup bila dah berada di sekolah menengah. bila masuk sekolah menengah, terfikir...umur 20 ni dah besar. dah dewasa. tak sabar nak besar cepat2. sekarang bila dah lebih 20, saya rasa umur 25 tu umur orang matang. bila saya cecah 25, apa pula fikiran saya agak2?

selalu nak rasa usia yang saya rasa sempurna tu cepat2. tapi, bila kita berada di usia itu, tak lah seseronok mana berbanding apa yang saya bayangkan.

cabarannya sangat besar. semakin dewasa kita, semakin hebat ujian yang Allah swt beri. kerana Allah swt itu tidak akan membebankan hambaNya di luar kemampuan hamba tersebut. ujian yang kita rasai semasa di bangku sekolah tak sama dengan apa yang kita rasa di alam universiti. dan semestinya cabaran di alam universiti sekarang takkan sama dengan cabaran semasa bekerja nanti. kan?

namun, cabaran2 yang kita rasai itu sebenarnya penambah perasa kehidupan. menjadikan hidup ini lebih indah. think positive!

dalam masa fikir diri semakin dewasa, saya telah bertindak persis kanak2 sekolah rendah yang mengadu kat abang dia. aiyok!

tak pernah dibuatnya pun sebelum ni. tapi mungkin rasa diri tak mampu mencari semangat sendiri, dia yang saya cari. if i could tell everything to you, i would feel better. but, his words already made my day=). menjadi yang terbaik. itu kata dia.

i'm not grown up yet. and i will always be their little girl that still need their 'hands' to walk along the way of the journey to His Jannah. ayah, abe mi, se.

cek dah jangan jeles kak ngah ngaku jadi little girl. hihi. padan lah deme rasa saya masih budak kecik. adeh laa...

semoga menjadi matang dan rasional. oh ya, matang itu dikira dari segi apa ya?

pendapat peribadi saya, dia matang selagi mana dia meletakkan Islam di tempat yang betul. maksud saya setiap rutin hariannya, asas atau dasar setiap tindakan adalah berdasarkan agama. ya, baru lah kena dengan slogan biasa kita dengar 'Islam Is the way of life'. jalan kehidupan. dan kehidupan itu bukan makan minum belajar atau bekerja sahaja. apa jua tindakan lah maksud saya.

umur itu sekadar angka. ramai lagi, walau dah 40-50, pun masih bertindak tanpa rasional.

apa2 pun, umur itu bukan tanda bahawa usia masih panjang atau pendek. bila sampai masanya, ajal itu akan datang jua. bekerjalah seolah kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah seolah kamu akan mati esok hari.

bak kata Alia "di mana ada gula, di situ ada semut. apa Allah suka, itu Alia rebut" . Alia merupakan salah seorang watak utama dalam cerpen Cinta SMS karangan Aiman Azlan. bukan kisah cinta biasa. tapi, seolah satu cerpen yang mengulas semua isu cinta para remaja. takmau cerita panjang, baca sendiri ye=)

redha Allah itu wajib direbut. wajib dicari. dan Allah juga membuka banyak pintu kebaikan. kita yang kena pandai guna akal. sesungguhnya kerana syurga itu mahal, maka pengorbanan yang besar juga perlu jadi taruhannya.

wallahu a'alam.




*Alia pun little girl abi dia tau.