halwa telinga

Wednesday, June 30, 2010

bahagia?







sometimes..we don't know that...there is someone's crying for our happiness

but, sometimes...crying for others happiness is the sweetest thing in life.

so, cry more?0_o

Tuesday, June 29, 2010

iron chef

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah 3 paper sudah~..7 lagi.

budak kat bawah ni anak saudara saya yang pertama. bakal jadi abang tak lama saja lagi. dah besar rupanya budak ni. bila bandingkan gambar tahun lepas dengan gambar tahun ni, jauh benar berbeza. mak ngah pun tak kenal. dan padan lah naufal pun tak kenal mak ngah dia ni. balik tahun ni, mesti tak sama dengan tahun lepas. bakal berjumpa dengan orang-orang baru dalam keluarga.

ok, bukan lah nak bincangkan pasal naufal ataupun orang baru , kite straight kepada kisah kita hari ni.


mesti anda semua pernah tonton cerita ni. iron chef. seronok tengok chef2 yang memang hebat, masak dalam masa 1 jam. bukan 1 dish, tapi banyak2. and decide tuk masak apa tu pun on the spot je. siap hiasan lagi. macam mana mereka handle semua tu dalam satu masa yang singkat?

salah satu nya, bagaimana mereka handle masa. target sudah ada dalam kepala. dalam masa satu jam ni, aku akan siapkan 5 hidangan. mereka dah susun, apa yang perlu dilakukan dahulu. potong bawang, potong ayam, nak tumis yang mana dulu, nak rebus apa....semua mesti tersusun mengikut tertibnya. barulah jimat masa. dan cepat siap!

jadi, cubalah jadi iron chef di dapur anda (tambah2 kita tengah exam ni, jangan masak lama2 sangat...bazir masa ;p). 1 jam cukup. dan jangan lah pening2 nak fikir nak masak apa. buat sakit kepala je. (sbb ade org yg tensen hnya sbb fikir nk masak apa..haisy!) dan satu pesanan lagi, masaklah dengan ikhlas, bukan setakat tunaikan tanggungjawab=)...kalau tak, asal masak sudah~

bercakap masak2 ni, macam mak2 pulak.

entry ni bukan lah nak berkisar tentang iron chef atau teknik nak jimatkan masa memasak, cuma apa yang nak disampaikan ialah pengurusan masa.


"demi masa! sesungguhnya manusia di dalam kerugian. kecuali yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran " surah al-'Asr.

Allah bersumpah atas nama masa. menunjukkan bahawa masa tu sangat tinggi nilainya. dan pepatah arab pula ada menyebut bahawa masa itu ibarat pedang, jika bukan kita yang memotongnya, masa yang akan potong kita. dan sudah pasti, masa yang sudah berlalu tak kan berputar kembali. mesin masa? doraemon ade satu dalam laci.

satu lagi masalah berkaitan dengan masa ialah tepati masa. hadis Rasulullah SAW ada menyebut tentang menepati masa.

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

kalau temujanji pukul 8, maka pukul 8 lah kita kena ada. situasi yang biasa berlaku...bila mana sesuatu majlis diadakan.

"takpe lambat pun. orang lain pun lambat jugak..."

kalau semua orang fikir macam tu, sampai bila majlis nak mula. lepas tu, tentatif berubah. kalau majlis habis lambat, mula lah bising mulut-mulut kita ni. kesian yang bekerja di belakang tabir, kena kutuk2 tak pandai nak handle program. aiseh...macam tu pulak!

jadi, cubalah untuk tepati masa. tidak perlu untuk membazirkan masa orang lain. memudahkan urusan orang lain, insyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita sendiri.

suatu MASA nanti, suatu yang dijanjikan Allah pasti akan berlaku. hari Kiamat. kalau betullah manusia ni beriman dengan hari akhirat,

tega kah mereka untuk melakukan maksiat?

melayani nikmat dunia?

enjoy?

rela lepaskan waktu sepertiga malam hanya kerana TIDUR?

rela lepaskan waktu yang ada untuk beramal, beribadah..?

rela lepaskan waktu yang Allah buka untuk bertaubat?

sanggupkah?

sama-sama kita muhasabah...'aku beriman dengan hari akhirat', benarkah ikrar kita ni?


saat ajal menjemput, masa masih teruskan perjalanannya. tapi, masa untuk kita? semuanya pergi meninggalkan kita. benarlah Allah sebut dalam Al-Quran,

" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).


Allah memang tak kan mengembalikan saat-saat yang dikurniakanNya di masa hidup hambaNya...

oleh itu, bersyukurlah wahai hamba ~

dengan berjalannya masa, kita dewasa...

dengan berjalannya masa, kita matang...

dengan berjalannya masa, kita berubah...

jalan mana yang dipilih? ASASNYA IMAN....kita yang perlu berusaha untuk menguatkannya.

~Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, jauhkan lah kami dari fitnah duni...

Wednesday, June 23, 2010

manisnya iman

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah hari ni satu paper dah lepas. babai paper physio...harap dah tak jumpa paper physio tu. semoga semua najah paper tadi...insyaAllah

--------


siapa cintakan saya? siapa cintakan anda? angkat tangan!

Hadis Anas r.a: sabda RAsulullah SAW

Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:

Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,

mencintai seorang hanya kerana Allah,

tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

di dalam surah Ali 'Imraan ayat 31 pula, Allah berfirman...

"Katakanlah wahai Muahammad, 'jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu' Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang"

jika kita mencintai Allah, Allah jua akan mencintai kita....subhanallah, alangkah indahnya cinta kita berbalas.kan?

jika dianalogikan ibarat mereka yang bercinta, kenapa walau badai melanda, ramai yang menentang, 'cintaku tetap utuh hanya buat mu'..(ceh). kenapa sampai begitu? sebab cinta berbalas. sekali diucap sayang, yang sebelah sana pun ucap sayang. sekali dikatakan rindu, yang sebelah sana juga menambah-nambah pula rindu. lain pula kalau bertepuk sebelah tangan. sebelah tunjukkan sayang, kalau yang sebelah lagi buat dono je, hambar lah kisah cinta mereka.

sama lah keadaannya dengan kita , cinta antara hamba dengan Tuhannya. cintakah kita kepada Allah? apa buktinya? betul-betulkah kita mengikut ajaran Rasulullah SAW sebagaimana ayat itu menyebut? bimbang andai hati kita keras, semakin hari semakin jauh dari cintaNya tanpa sedar.

ibarat insulin yang cintakan glucose, dia cuba mengurangkan kandungan glucose di dalam darah, supaya sentiasa di paras terkawal. sebab insulin tahu, glucose ni tak boleh sampai naik tinggi2...lama2 manusia pun benci!tapi, dek kedegilan glucose yang memanggil-manggil kawan-kawannya..."jom2..manusia, makan banyak2!nyum2..."

semakin lama...pertambahan glucose yang sangat tinggi menyebabkan insulin tawar hati sudah. tak menang tangan. sudah lah kamu glucose, aku nak tolong kamu supaya kamu tak dibenci manusia. kamu naik tinggi2 jugak. biaq pi la kamu! maka jadilah type II diabetes melitus atau kencing manis. aduuh! jangan degil! p/s > berwaspadalah bila makan. masih dlm mode physio kah?

mungkin ada yang bertanya.. macam mana kita nak tahu Allah cintakan kita atau tak? kalau tak tahu..ibarat bertepuk sebelah tangan jugak kan?

antaranya kita jadi sangat suka untuk beribadat. suka saya analogi kan disini, kalau sudah hangat bercinta..kalau boleh, setiap saat , setiap detik...ingin bersama sang kekasih. sesaat berpisah dirasakan setahun. (mana la belaja ayat jiwang2 karat neh!)....begitulah juga andai cinta kita tu dibalas dengan cinta Allah. hati menjadi rindu untuk mengadapNya. rindu untuk bertemuNya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

Allahu Akbar! Allah mewar-warkan cintaNya terhadap hambaNya kepada Malaikat. malah disuruh pula untuk mencinta hambaNya itu. di mana nak cari cinta di dunia ni, selain hanya cinta kepadaNya sahaja lah yang begitu agung.


seterusnya, jika kita berbuat maksiat, kita akan bangkit mengadapNya.
ada yang kata, "aku hidup bergelumang dosa...layakkah untuk menerima keampunan daripada Allah? apatah lagi kasih sayang!"
sabda Rasulullah SAW:~

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)



rupanya, Allah ingin melihat kita merintih...merayu memohon keampunanNya.


“Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

di sini lah perlu kita ingat betapa manisnya ujian Allah, bila mana Allah datangkan ujian...hambaNya akan kembali kepadaNya. Allah ingin melihat kita begitu. merintih. merayu. menagis. mengadu. astaghfirullah ~ betapa mahal air mata ni untuk menangis di hadapanMu.

tanda yang ke-3 bila mana dada kita dilapangkan untuk menuntut ilmu yang Allah redhai.

“Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

jadi, hargailah masa yang Allah kurniakan kepada kita terutama sepanjang bergelar penuntut ilmu di Bumi Kinanah Mesir ini. Ardhul Barakah ini sarat dengan ilmu yang hanya menunggu kita sahaja untuk mengeksplorasi nya. istilah taubat setelah tua, must be deleted!


point seterunya dalam hadis tu, mencintai seseorang kerana Allah.
macam mana cinta kerana Allah? mencintai diri itu tatkala dengan mencintainya membawa kita semakin hampir dengan Allah. persahabatan yang dipateri atas dasar iman, dan islam...kerana hanya itu yang membawa kita ke arah keredhaan Allah.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?Jawab Nabi:

Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah,

tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan.

Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya.
Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita

suka untuk dikongsikan di sini, kata-kata ustaz Pahrol Juoi, berkenaan cinta. untuk memahami apa itu cinta, manusia perlu faham apa itu Islam. kenapa Allah ciptakan kita? hanya 3 perkara pokok dalam membicarakan tujuan penciptaan manusia iaitu :~

sebagai khalifah

sebagai hamba

sebagai pemakmur muka bumi


dan untuk melaksanakan tiga benda ni, Allah anugerahkan kita beberapa nikmat; zahir dan batin. secara zahirnya Allah kurniakan nikmat pancaindera. batinnya pula diberi akal, nafsu dan salah satunya juga adalah cinta.

untuk menjalankan 3 tujuan itu manusia perlu bersama. tak mampu untuk membinanya secara bersendirian. lantas, di situ lah cinta itu diguna pakai. untuk bersama mencapai 3 tujuan tersebut. jadi di sini lah kita katakan cinta kerana Allah. (saya sangat suka dengar penjelasan beliau=))


~sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam~
ayuh buktikan!

setakat ini perkongsian untuk kali ni. mana yang salah harap diperbetulkan.

wallahu a'alam.

ganbatte for the next paper!

Sunday, June 20, 2010

keluar petang

assalamualaikum WBT...

keluar petang? macam la tak pernah keluar petang. hari ni selepas asar, tinggalkan buku physio sekejap ( tak bermakna setiap masa dengannya )...untuk selesaikan sedikit urusan. keluar je pintu rumah, masuk kedai fotostat kat depan pintu imarah. May ada. May ni penjaga kedai fotostat tu. salam saya dijawab. senyum lebar saja dia. sambil-sambil tunggu, saya sembang sikit2. walaupun tak pandai pun nak cakap sebenarnya.

"bila kamu exam?"
"rabu ni"
"habis bila?"
"insyaAllah bulan Julai"

"lambatnya.."....saya cuma mengangguk.

"sekarang tengah muzakarah? (ulangkaji)"
"aiwah"
"kamu study betul2 tak?"
erk!..."insyaAllah..." hai loh...tak berapa nak betul2 la ni...

selesai fotostat, dalam 5 helai...

"bi kam?"
"kholli ki" (xpelah)
ish..."betul ke ni?"
"kamu kan kawan saya, xpe, hari ni free,"
wah...May yang baik. ok, kamu kawan saya. syukran alayki!

rasa tak lekang senyum sepanjang berjalan ke stesen tram. hari ni, kawan baru.

---

selesai urusan , peminat tram tegar ni...berjalan ke stesen tram lagi.
kelihatan seorang kanak-kanak lelaki mencebik muka dengan ibunya. marah barangkali.

"berdiri kat sini...tak payah la pegi tempat lain!" arah si ibu. anak mencebik dan memberontak sikit2. lepas tu, ada tempat kosong. cepat2 dia pegi duduk. nak duduk rupanya...detik hati saya.
si ibu menurut saja langkah si anak.

kalau la saya boleh bercakap dengannya..."kamu jangan keras macam ni, nanti besar kamu tahu lah akibatnya derhaka macam ni. jangan degil2. bagi mak kamu duduk. dia dah penat."

tapi, language barrier mungkin salah satunya. tapi yang pasti..."nasib baik anak orang...." itu yang saya fikir.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`,

dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” (Al-Isra’ : 23 – 24)

budak kecik mana tak pernah memberontak? semua pernah merasainya. sekarang dah besar...sama2 boleh fikir baik buruk tingkah laku kita.

susahnya nak membentuk seorang manusia menjadi manusia!...terima kasih ma ayah...T_T

~ hargai lah ibubapa sementara masih ada masa ~

----

ok, perjalanan diteruskan lagi. tiba2 tram berhenti. di antara stesen tram gamaah dan cap caesar..."kenapa pulak pak cik ni? dah la panas nih.."

pak cik tram berhenti siram pokok bunga!...sweet...rupanya pokok2 tu ada yang jaga. baru ku tahu....sense of human? sayang benda2 yang cantik?...tak tahu lah~

---

perjalanan keluar petang...kenapa saya post pasal benda2 biasa ni? sebab saya gembira keluar petang ni...mgkin sbb permulaan yang baik...May...kawan baru. dan juga, banyak benda yang saya belajar walaupun dah ambik masa saya untuk physio petang ni.

ok, berusaha semua. robbuna yusahhil!

Thursday, June 17, 2010

tumpang lalu

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, tadi presentation multisystem dah habis. tahniah tuk hasmah; ketua section, pujian besar dari doktor-doktor. nice lah! yang pasti, tak sia2 bersengkang mata depan laptop baca slide dan study satu2. kami presenter ni penat nak baca. tapi ketua section kami, baca semua sekali...huh! tak boleh nak bayangkan penat nya nak baca satu2. thanx3 ^_^

so, dah tak de alasan tak sempat study sekarang. no more presentation. hepi2.

"wahai orang-orang yang beriman! jangan lah kamu memasuki rumah yang bukan rumah mu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagi mu, agar kamu selalu ingat. (27)

dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu " kembalilah!" maka hendaklah kamu kembali. itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (28)

tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak dihuni, yang ada didalamnya kepentingan kamu; Allah menegtahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan" (29)

SURAH AN-NUUR AYAT 27-29.

----

indahnya ajaran Islam. nak masuk rumah orang pun ada adab-adabnya. kenapa tiba2 sentuh pasal adab-adab masuk ke rumah orang? kalau anda cakna pasal apa yang berlaku di Malaysia, fahamlah kamu~

ok, till next time...

buka minda, buka hati, kenali diri....(lupa ni quote sape)

Tuesday, June 15, 2010

sigh~..huh!



assalamualaikum WBT...

"sungguh, manusia diciptakan suka mengeluh. apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. apabila mendapat kebaikan harta dia menjadi kikir.kecuali orang yg melaksanakan solat. mereka yang tetap setia melakukan solatnya" al- Ma'arij ayat 19-23


entah kenapa, diri ni setiap kali ditimpa masalah, rasa down....pasti akan teringatkan ayat ni. kenapa? sebab diri ni terasa nak mengeluh sepuas-puasnya. keluh kesah....jangan berkeluh kesah lah!

Allah tak kan membebani hambanya melainkan apa yang dia mampu. kalau ditimpa ujian, maknanya kita mampu untuk hadapi ujian tu. Ya Allah berilah kekuatan...~

hmm...kenapa? syimah rasa down ke?....the answer is, biase la time2 nak exam final ni...sedikit masalah dirasakan sebesar gunung (",)...


mata terasa penat menatap PPT yang akan dipresent lusa. from 60 slides, now it's 52...puas edit sana sini..letak gambar sana sini...at last, tak banyak yang berkurang. bersedialah anda2 semua untuk rasa boring. saya yang tengok slide tu pun rasa pening2 lalat. Musca domestica, sarcophaga...(mula mengarut dah)..mata penat. otak penat. fikir situasi present kat depan nanti...
( now i'm going to sigh again).

esok, section 2 n 3 akan membentangkan hasil kerja mereka. kita tengok dulu apa komen prof2 sekalian. then, boleh atur langkah untuk presentation sendiri nanti.

takpe2...semua benda ada kali pertama...~

doakan kami nak exam final=)

..tubnaa ilallah~

...Allahu Musta'an......

Monday, June 14, 2010

~ untuk puteri2 ~

Nak kahwin, tapi mak belum izinkan. Mak kata tunggulah habis belajar dulu. Tapi kepala ni rasa gatal pulak sebab, hati dah terpaut, selalu rindu-rindu, selalu terbayang wajah kesayangan. Nak study pun dah tak fokus. Jadi nak buat macamana ni?

Nak ikut cakap mak atau nak buat keputusan sendiri? Nak tanya abah la pulak...

\\\"Abah, kalau saya nak kahwin tengah belajar ni boleh tak bah?\\\"

\\\"Mak kata apa?\\\"

\\\"Mak tak izinkan lagi.\\\"

\\\"Apa alasan mak tak izinkan tu?\\\"

\\\"Mak takut saya tak boleh kejar dua perkara dalam satu masa.\\\"

\\\"Itu saja alasan mak?\\\"

\\\"ya, bah.\\\"

\\\"Mariam rasa kalau Mariam kahwin, Mariam ada masalah tak? Boleh kejar dua-dua?\\\"

\\\"Ini yang mahu bincang dengan abah, Mariam mana ada pengalaman lagi tentang rumah tangga.\\\"

\\\"Nak kahwin memang mudah, nak pikul tanggung jawap tu yang payah, tambah kalau Mariam sedang belajar.\\\"

\\\"Siapa calon yang terlekat di hati Mariam tu?\\\"

\\\"Calon tu pun sama macam Mariam juga, sama-sama belajar dalam kursus yang sama, kelas pun sama.\\\"

\\\"Itu sebab Mariam nak bernikah cepat, nak jaga hati mariam ni, bila selalu terpandang di dalam kelas, tak semena-mena akan bertandang rasa rindu , itu tak boleh kan, bah?\\\"

\\\"Selama Mariam satu kelas dengan dia, mariam tak pernah pun berjumpa secara individu, bah.\\\"

\\\"Cuma dia pernah SMS saja dengan Mariam, menyatakan hasratnya.\\\"

\\\"Kalau abah dan mak izinkan mariam bernikah awal, dia nak datang jumpa mak dengan abah.\\\"

\\\"Dah jumpa mak abah, nanti baru dia bawa mak ayah dia datang meminang\\\"

\\\"Bah, boleh tak kita buat walimah paling simple.\\\"

\\\"Isk...Isk..Isk..budak ni, soalan abah belum pun habis di jawap, macamana nak belajar bila dah kahwin nanti.\\\"

\\\"Bah, Mariam ada jumpa satu kakak tu, sekarang dah bekerja, dia pun bernikah awal, menurut apa yang dia buat, kalau nak nikah awal, kena bijak uruskan masa, kena ada persafahaman, kena ada sikap bekerjasama, dan paling utama mendapat sokongan dari keluarga.\\\"

\\\"Mariam ada lah juga bincang dalam email, semua yang mariam sebut tu , insyaAllah boleh kami uruskan kecuali sokongan keluarga dari belah mariam saja lagi diharapkan. Mariam pun cuma akan bersetuju bernikah , kalau mak abah izin dan restu.\\\"

\\\"Dia dah tanya mak abah dia, mereka beri izin dan restu.\\\"

\\\"Hmmm...kalau macam tu, nanti abah bincang dengan mak dulu.\\\"

\\\"Sebelum tu, abah nak tahu, adakah Mariam akan tamatkan belajar kalau dah bernikah nanti? Mariam akan bekerja ke nanti?\\\"

\\\"Abah mesti nak tahu dulu hal ni, adakah suami akan benarkan Mariam tamatkan belajar.\\\"

\\\"Kalau tak bekerja tu, abah tak kisah sangat, tetapi abah mahu Mariam tamatkan belajar hingga dapat ijazah.\\\"

\\\"Sebelum bernikah, abah kena pastikan dulu perkara ini, sebab kalau dah bernikah , abah dah hilang hak abah pada anak perempuan abah.\\\"

\\\"Abah tahu , bila dah bernikah nanti, dia boleh ubah juga keputusan ni, namun abah berharap dia tidak memungkiri janji yang dibuat sebelum dia ambik anak abah ni sebagai isterinya.\\\"

\\\"Jadi abah nak jumpa dia sebelum bernikah, ikrar untuk izinkan Mariam tamatkan belajar walaupun dah bernikah atau seterus dah ada anak.\\\"

\\\"Betul kata, kawan mariam tu, jika bernikah dalam restu dan izin kelurga, pasti keluarga akan beri sokongan dan pertolongan dalam urusan rumah tangga nanti.\\\"

\\\"Ingat, berkahwin bukan dengan seorang lelaki atau seorang perempuan tu saja, tetapi dengan seluruh keluarga.\\\" Kalau dapat sokongan, izin dan restu, mudah untuk menguruskan rumahtangga, sebab dalam berumah tangga ni, bukan selalunya indah dipagari pelangi.\\\"

\\\"Ada juga masa, hati kita tersentuh, terguris, sedangkan lidah dengan gigi semulut pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi suami isteri yang punya dua hati dari dua jasad berbeza, walaupun persefahaman, ada masanya mersai pahit juga.\\\"

Panjang lebar abah bercerita menasihati dan bersoal jawap dengan Mariam dalam hal nak berumahtangga ni.Walau apa pun, hati Mariam telah rasa lega kerana telah berupaya meluahkan apa yang terbuku di hati sejak, hatinya sendiri rasa terpaut kepada Mohammad Imran. Dia sering mengikuti kuliah / tazkirah dan usrah, semua dalam pertemuan itu mengingkan dia bahawa bercopulpe tu haram. Jadi untuk mengelakkan hatinya terus terlalai , maka dinyatakan hasrat hati kepada mak abahnya.

Hati Mariam rasa lapang, tinggal menunggu masa untuk abah memujuk mak dan bila mak bersetuju, Mariam akan beritahu Muhammad Imran agar datang berjumpa abah dan mak. Mariam melakukan sujud syujur kerana berjaya emluahkan rasa hatinya dan akan terus berdoa agat dipermudahkan urusan perikahannya.


-----------------------

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah exam praktikal dah habis. nak masuk exam written lebih kurang 10 hari lagi. caiyyok!!

artikel di atas mesti la bukan kisah saya. (lambat la lagi;p)...sumber nya dari Halaqah.net. cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat. moga beroleh manfaat.

dah lama baca artikel ni sebenarnya, cuma baru sekarang hati ni tergerak untuk berkongsi tatkala diri ni mendengar bait2 lagu 'saat lafaz sakinah'...( lepas tengok kinah letak lirik kat blog la ni..hehe).

hati ni cukup sayu apabila menghayati liriknya. begitu juga dengan artikel di atas. berat rupanya hati seorang ayah untuk melepaskan puteri yang bertahun-tahun hidup di depan mata. sampai satu masa, tiba saat untuk dia melepaskan puterinya kepada seorang lelaki yang dirinya juga tidak pasti, mampukah bakal suami puterinya tu dapat menjaga, mendidik seperti mana dia lakukan bertahun-tahun sebelum ni.


amanah supaya puterinya dijadikan wanita syurga, satu tanda bahawa dia sangat menyayangi puterinya...bimbang andai didikan si suami, mencampak si puteri ke neraka.. wa naudzubillah

daku juga seorang puteri...sahabat-sahabat juga seorang puteri. suatu masa akan sampai saat itu untuk kita semua. bila? wallahu a'alam...semua tu di tangan Allah. tugas kita, didik lah diri untuk menjadi yang terbaik. teringat bila shira ungkit kisah buah epal, yang mana epal di dahan yang tinggi akan lebih mahal harganya berbanding epal-epal yang sudah jatuh ke tanah.

walau tak bertemu di dunia, Allah akan temukan di akhirat.

wallahua'lam=)



Sunday, June 6, 2010

tangis dalam tawa


alhamdulillah..semalam, abang saya, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya...kak zarith.

beberapa keping gambar dihantar kepada saya melalui emel sebagai pengubat duka rindu mungkin....

gambar akad nikah...

melihat gambar2 tu, sedikit sebanyak buat hati ini terusik...penat main tarik tali, akhirnya Allah dah takdirkan, itulah tarikh dia digelar seorang suami. ditakdirkan, saya tiada di majlis yang sememangnya hari gembira baginya, juga bagi keluarga seluruhnya.





anyway...kak ngah tumpang gembira....honestly, memang sangat happy sebenarnya...

tangis dalam tawa??? sikit2 je...kak ngah kan dah besar..

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


ok, moga bahagia hingga ke syurga ~

next....my turn...hihi (GURAU AJE)