halwa telinga

Tuesday, June 29, 2010

iron chef

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah 3 paper sudah~..7 lagi.

budak kat bawah ni anak saudara saya yang pertama. bakal jadi abang tak lama saja lagi. dah besar rupanya budak ni. bila bandingkan gambar tahun lepas dengan gambar tahun ni, jauh benar berbeza. mak ngah pun tak kenal. dan padan lah naufal pun tak kenal mak ngah dia ni. balik tahun ni, mesti tak sama dengan tahun lepas. bakal berjumpa dengan orang-orang baru dalam keluarga.

ok, bukan lah nak bincangkan pasal naufal ataupun orang baru , kite straight kepada kisah kita hari ni.


mesti anda semua pernah tonton cerita ni. iron chef. seronok tengok chef2 yang memang hebat, masak dalam masa 1 jam. bukan 1 dish, tapi banyak2. and decide tuk masak apa tu pun on the spot je. siap hiasan lagi. macam mana mereka handle semua tu dalam satu masa yang singkat?

salah satu nya, bagaimana mereka handle masa. target sudah ada dalam kepala. dalam masa satu jam ni, aku akan siapkan 5 hidangan. mereka dah susun, apa yang perlu dilakukan dahulu. potong bawang, potong ayam, nak tumis yang mana dulu, nak rebus apa....semua mesti tersusun mengikut tertibnya. barulah jimat masa. dan cepat siap!

jadi, cubalah jadi iron chef di dapur anda (tambah2 kita tengah exam ni, jangan masak lama2 sangat...bazir masa ;p). 1 jam cukup. dan jangan lah pening2 nak fikir nak masak apa. buat sakit kepala je. (sbb ade org yg tensen hnya sbb fikir nk masak apa..haisy!) dan satu pesanan lagi, masaklah dengan ikhlas, bukan setakat tunaikan tanggungjawab=)...kalau tak, asal masak sudah~

bercakap masak2 ni, macam mak2 pulak.

entry ni bukan lah nak berkisar tentang iron chef atau teknik nak jimatkan masa memasak, cuma apa yang nak disampaikan ialah pengurusan masa.


"demi masa! sesungguhnya manusia di dalam kerugian. kecuali yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran " surah al-'Asr.

Allah bersumpah atas nama masa. menunjukkan bahawa masa tu sangat tinggi nilainya. dan pepatah arab pula ada menyebut bahawa masa itu ibarat pedang, jika bukan kita yang memotongnya, masa yang akan potong kita. dan sudah pasti, masa yang sudah berlalu tak kan berputar kembali. mesin masa? doraemon ade satu dalam laci.

satu lagi masalah berkaitan dengan masa ialah tepati masa. hadis Rasulullah SAW ada menyebut tentang menepati masa.

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

kalau temujanji pukul 8, maka pukul 8 lah kita kena ada. situasi yang biasa berlaku...bila mana sesuatu majlis diadakan.

"takpe lambat pun. orang lain pun lambat jugak..."

kalau semua orang fikir macam tu, sampai bila majlis nak mula. lepas tu, tentatif berubah. kalau majlis habis lambat, mula lah bising mulut-mulut kita ni. kesian yang bekerja di belakang tabir, kena kutuk2 tak pandai nak handle program. aiseh...macam tu pulak!

jadi, cubalah untuk tepati masa. tidak perlu untuk membazirkan masa orang lain. memudahkan urusan orang lain, insyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita sendiri.

suatu MASA nanti, suatu yang dijanjikan Allah pasti akan berlaku. hari Kiamat. kalau betullah manusia ni beriman dengan hari akhirat,

tega kah mereka untuk melakukan maksiat?

melayani nikmat dunia?

enjoy?

rela lepaskan waktu sepertiga malam hanya kerana TIDUR?

rela lepaskan waktu yang ada untuk beramal, beribadah..?

rela lepaskan waktu yang Allah buka untuk bertaubat?

sanggupkah?

sama-sama kita muhasabah...'aku beriman dengan hari akhirat', benarkah ikrar kita ni?


saat ajal menjemput, masa masih teruskan perjalanannya. tapi, masa untuk kita? semuanya pergi meninggalkan kita. benarlah Allah sebut dalam Al-Quran,

" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).


Allah memang tak kan mengembalikan saat-saat yang dikurniakanNya di masa hidup hambaNya...

oleh itu, bersyukurlah wahai hamba ~

dengan berjalannya masa, kita dewasa...

dengan berjalannya masa, kita matang...

dengan berjalannya masa, kita berubah...

jalan mana yang dipilih? ASASNYA IMAN....kita yang perlu berusaha untuk menguatkannya.

~Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, jauhkan lah kami dari fitnah duni...

No comments: