Nak ikut cakap mak atau nak buat keputusan sendiri? Nak tanya abah la pulak...
\\\"Abah, kalau saya nak kahwin tengah belajar ni boleh tak bah?\\\"
\\\"Mak kata apa?\\\"
\\\"Mak tak izinkan lagi.\\\"
\\\"Apa alasan mak tak izinkan tu?\\\"
\\\"Mak takut saya tak boleh kejar dua perkara dalam satu masa.\\\"
\\\"Itu saja alasan mak?\\\"
\\\"ya, bah.\\\"
\\\"Mariam rasa kalau Mariam kahwin, Mariam ada masalah tak? Boleh kejar dua-dua?\\\"
\\\"Ini yang mahu bincang dengan abah, Mariam mana ada pengalaman lagi tentang rumah tangga.\\\"
\\\"Nak kahwin memang mudah, nak pikul tanggung jawap tu yang payah, tambah kalau Mariam sedang belajar.\\\"
\\\"Siapa calon yang terlekat di hati Mariam tu?\\\"
\\\"Calon tu pun sama macam Mariam juga, sama-sama belajar dalam kursus yang sama, kelas pun sama.\\\"
\\\"Itu sebab Mariam nak bernikah cepat, nak jaga hati mariam ni, bila selalu terpandang di dalam kelas, tak semena-mena akan bertandang rasa rindu , itu tak boleh kan, bah?\\\"
\\\"Selama Mariam satu kelas dengan dia, mariam tak pernah pun berjumpa secara individu, bah.\\\"
\\\"Cuma dia pernah SMS saja dengan Mariam, menyatakan hasratnya.\\\"
\\\"Kalau abah dan mak izinkan mariam bernikah awal, dia nak datang jumpa mak dengan abah.\\\"
\\\"Dah jumpa mak abah, nanti baru dia bawa mak ayah dia datang meminang\\\"
\\\"Bah, boleh tak kita buat walimah paling simple.\\\"
\\\"Isk...Isk..Isk..budak ni, soalan abah belum pun habis di jawap, macamana nak belajar bila dah kahwin nanti.\\\"
\\\"Bah, Mariam ada jumpa satu kakak tu, sekarang dah bekerja, dia pun bernikah awal, menurut apa yang dia buat, kalau nak nikah awal, kena bijak uruskan masa, kena ada persafahaman, kena ada sikap bekerjasama, dan paling utama mendapat sokongan dari keluarga.\\\"
\\\"Mariam ada lah juga bincang dalam email, semua yang mariam sebut tu , insyaAllah boleh kami uruskan kecuali sokongan keluarga dari belah mariam saja lagi diharapkan. Mariam pun cuma akan bersetuju bernikah , kalau mak abah izin dan restu.\\\"
\\\"Dia dah tanya mak abah dia, mereka beri izin dan restu.\\\"
\\\"Hmmm...kalau macam tu, nanti abah bincang dengan mak dulu.\\\"
\\\"Sebelum tu, abah nak tahu, adakah Mariam akan tamatkan belajar kalau dah bernikah nanti? Mariam akan bekerja ke nanti?\\\"
\\\"Abah mesti nak tahu dulu hal ni, adakah suami akan benarkan Mariam tamatkan belajar.\\\"
\\\"Kalau tak bekerja tu, abah tak kisah sangat, tetapi abah mahu Mariam tamatkan belajar hingga dapat ijazah.\\\"
\\\"Sebelum bernikah, abah kena pastikan dulu perkara ini, sebab kalau dah bernikah , abah dah hilang hak abah pada anak perempuan abah.\\\"
\\\"Abah tahu , bila dah bernikah nanti, dia boleh ubah juga keputusan ni, namun abah berharap dia tidak memungkiri janji yang dibuat sebelum dia ambik anak abah ni sebagai isterinya.\\\"
\\\"Jadi abah nak jumpa dia sebelum bernikah, ikrar untuk izinkan Mariam tamatkan belajar walaupun dah bernikah atau seterus dah ada anak.\\\"
\\\"Betul kata, kawan mariam tu, jika bernikah dalam restu dan izin kelurga, pasti keluarga akan beri sokongan dan pertolongan dalam urusan rumah tangga nanti.\\\"
\\\"Ingat, berkahwin bukan dengan seorang lelaki atau seorang perempuan tu saja, tetapi dengan seluruh keluarga.\\\" Kalau dapat sokongan, izin dan restu, mudah untuk menguruskan rumahtangga, sebab dalam berumah tangga ni, bukan selalunya indah dipagari pelangi.\\\"
\\\"Ada juga masa, hati kita tersentuh, terguris, sedangkan lidah dengan gigi semulut pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi suami isteri yang punya dua hati dari dua jasad berbeza, walaupun persefahaman, ada masanya mersai pahit juga.\\\"
Panjang lebar abah bercerita menasihati dan bersoal jawap dengan Mariam dalam hal nak berumahtangga ni.Walau apa pun, hati Mariam telah rasa lega kerana telah berupaya meluahkan apa yang terbuku di hati sejak, hatinya sendiri rasa terpaut kepada Mohammad Imran. Dia sering mengikuti kuliah / tazkirah dan usrah, semua dalam pertemuan itu mengingkan dia bahawa bercopulpe tu haram. Jadi untuk mengelakkan hatinya terus terlalai , maka dinyatakan hasrat hati kepada mak abahnya.
Hati Mariam rasa lapang, tinggal menunggu masa untuk abah memujuk mak dan bila mak bersetuju, Mariam akan beritahu Muhammad Imran agar datang berjumpa abah dan mak. Mariam melakukan sujud syujur kerana berjaya emluahkan rasa hatinya dan akan terus berdoa agat dipermudahkan urusan perikahannya.
-----------------------
assalamualaikum WBT...
alhamdulillah exam praktikal dah habis. nak masuk exam written lebih kurang 10 hari lagi. caiyyok!!
artikel di atas mesti la bukan kisah saya. (lambat la lagi;p)...sumber nya dari Halaqah.net. cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat. moga beroleh manfaat.
dah lama baca artikel ni sebenarnya, cuma baru sekarang hati ni tergerak untuk berkongsi tatkala diri ni mendengar bait2 lagu 'saat lafaz sakinah'...( lepas tengok kinah letak lirik kat blog la ni..hehe).
hati ni cukup sayu apabila menghayati liriknya. begitu juga dengan artikel di atas. berat rupanya hati seorang ayah untuk melepaskan puteri yang bertahun-tahun hidup di depan mata. sampai satu masa, tiba saat untuk dia melepaskan puterinya kepada seorang lelaki yang dirinya juga tidak pasti, mampukah bakal suami puterinya tu dapat menjaga, mendidik seperti mana dia lakukan bertahun-tahun sebelum ni.
amanah supaya puterinya dijadikan wanita syurga, satu tanda bahawa dia sangat menyayangi puterinya...bimbang andai didikan si suami, mencampak si puteri ke neraka.. wa naudzubillah
daku juga seorang puteri...sahabat-sahabat juga seorang puteri. suatu masa akan sampai saat itu untuk kita semua. bila? wallahu a'alam...semua tu di tangan Allah. tugas kita, didik lah diri untuk menjadi yang terbaik. teringat bila shira ungkit kisah buah epal, yang mana epal di dahan yang tinggi akan lebih mahal harganya berbanding epal-epal yang sudah jatuh ke tanah.
walau tak bertemu di dunia, Allah akan temukan di akhirat.
wallahua'lam=)
2 comments:
tgk dop ceramah *nikah connecting people* student czech?
haha..best gop!
wah...hanun maju loni..kih3
Post a Comment