halwa telinga

Sunday, June 6, 2010

tangis dalam tawa


alhamdulillah..semalam, abang saya, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya...kak zarith.

beberapa keping gambar dihantar kepada saya melalui emel sebagai pengubat duka rindu mungkin....

gambar akad nikah...

melihat gambar2 tu, sedikit sebanyak buat hati ini terusik...penat main tarik tali, akhirnya Allah dah takdirkan, itulah tarikh dia digelar seorang suami. ditakdirkan, saya tiada di majlis yang sememangnya hari gembira baginya, juga bagi keluarga seluruhnya.





anyway...kak ngah tumpang gembira....honestly, memang sangat happy sebenarnya...

tangis dalam tawa??? sikit2 je...kak ngah kan dah besar..

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


ok, moga bahagia hingga ke syurga ~

next....my turn...hihi (GURAU AJE)

3 comments:

.::: norhasmahsalleh:::. said...

mabruk alaik buat syimah sbb dapat sis baru =)

Hasmah doakan mg mahligai yang telah terbina kukuh ke akhirnya.
amiin ya Rabb

p/s: all da best coming exams =)

nhanunmr said...

"next my turn"...?
pergh!hahahaha..
ok,cop!

iAllah,sy doakan yg terbaek utk syimah ;)

tuan rumah said...

hasmah >> jazakillah n gud luck gak wt hasmah=)...robbuna yusahhil!

hanun >> haha...ade krungan disitu (GURAU AJE)...sy x leh lesen lg..kih3