alhamdulillah dipanjatkan kerana masih diberi nafas untuk saya hidup saat ini. hari ni hari kedua cuti untuk exam biochem. macam biasa...sambil studi, makan gula-gula peppermint. hmm..tercari-cari kesan2 kalau makan gula-gula mint banyak2 sbb tiba2 badan rasa tak kena sikit. salah satu, peppermint boleh menyebabkan bronchoconstriction. (mengikut sumber setelah ber'google'an lah..). jadi, tak elok makan banyak2 kalau anda ada penyakit asthma...nafas mula la tercungap-cungap. adeh laa...nasib baik Allah bagi lagi hidup sampai ke hari ni..huhu!
hari ni, 8 Julai, merupakan hari ulangtahun kelahiran ayah. asal dekat birthday ayah, mula la teringat sangat2 kat ayah. jadi, pagi2 lagi; pukul 1.00 pagi di Mesir=pukul 6.00 pg kot di malaysia...saya dah hantar mesej wishing him happy birthday. dan dekat asar tadi, di malaysia pukul 10 malam lebih kurang, baru ayah balas mesej pagi tadi.
dan yang paling best, dapat dua mesej! satu ayah cakap ayah ngn ma doakan anak-anak siang malam ,supaya berjaya. lepas tu dapat mesej khas.."ayah dan ma doa hari-hari agar kngah berjaya"... saya agak mungkin ayah tak pasti mesej tadi dah sampai ke belum. so, dia hantar lagi sekali. tapi, tak kisah lah...sebab ayah dh lama tak hantar mesej apa2 kat saya, saya jadi gembira walaupun dengan mesej yang simple saja. terima kasih ayah!
~ selamat hari jadi ke- 55...waaah, dah 55! semoga sihat selalu...pil barakah on the way insyaAllah~
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Hidup ini sementara
Hidup ini sementara
*******---------------*********
bila ayat "menghantar ke sekolah" tu, tiba2 teringat ayah pecut kereta nak kejar bas sekolah lepas subuh masa berulang alik ke maahad dulu......huh!
ayah kata "k.ngah ni membesar atas bas..">>> memang pun. dari 'kurang tinggi' ke 'tinggi normal' lebih kurang orang lain. semua orang tak percaya, kakngah ni pernah jadi orang paling kecik dalam kelas...5 tahun kot naik bas pi sekolah. pak cik driver pun dah kenal sangat2 muka ni. tak payah tekan loceng kalau nak turun. sekarang...hidup di atas tram. peminat tram tegar la katekan.
ok, studi biochem laaaaa~ ganbatte kawan2! semua naik tahun insyaAllah~
No comments:
Post a Comment