Andai diri mampu terbang melayang
Saat ini telah lama ku pulang
Hanya jasad masih ada di kota
Sedang hati telah tiba di desa
assalamualaikum WBT..
alhamdulillah masih lagi menjalani hidup seperti biasa...err, biasa ke? saya dah boring tahap apa dah ni sebenarnya. kota alex semakin sunyi dari pelajar malaysia. beransur-ansur berangkat pulang ke tanah air. wah! saya pun dah tak sabar rasanya ingin terbang pulang. ibarat lirik lagu di atas, dari nasyid 'inang anak perantau' dendangan kumpulan saujana, kalau lah boleh terbang, dah lama saya terbang! tapi, sebulan lagi baru boleh balik. bakal mendarat di klia pada 26 hb 8 insyaAllah.
sekarang tengah baca novel 'denyut kasih medik'. berkisarkan perjuangan seorang doktor muslim memperjuangkan agama di hospital. cuba melaksanakan tugasnya sebagai seorang khalifah, da'ie kepada pesakit2 nya, rakan sekerja dan juga waris pesakit. berkira-kira juga saya, aku juga bakal doktor muslim, mampukah nak laksanakan sebagaimana Dr.Muslih lakukan? oh, cabarannya pasti hebat. tapi, itulah realiti.
teringat artikel terbaru ustaz hasrizal dalam blog beliau Saifulislam.com, berkenaan seorang doktor mencabul kehormatan seorang pesakit. saat membaca artikel tu, apa yang saya rasa adalah 'malu'. Ya Allah, malu...marah..geram pun ada. sebelum ni sudah ada beberapa di mana doktor lelaki mengambil kesempatan ke atas pesakit wanita. 'beberapa' di situ maksudnya bukan 'semua'. golongan yang mengambil kesempatan itu sikit saja berbanding dengan bilangan doktor yang ada. tapi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. inilah akibatnya bila nafsu merajai diri. fikiran yang waras kalah macam tu saja.
yang menyedihkannya apabila pesakit tu tak sedar yang dirinya dicabul. persoalan yang cuma bermain difikirannya adalah, 'adakah perbuatan doktor tu tak berlawanan dengan etika kedoktoran?'. anda boleh baca sendiri kot dalam blog ustaz alkisah selanjutnya.
ada satu link ni. mungkin anda boleh buka sendiri.
salah satunya ada menyebut bila sesuatu masalah tu penyelesaian tu adalah berbalik kepada Islam, ramai yang menolak. itulah hakikat sekarang.
banyak masalah yang berlaku seperti rogol, rasuah, zina, buang bayi, menagih dadah, bah kan penyakit seperti yang berkaitan dengan jantung, penyakit berjangkit atau pun berkaitan dengan teknik pencegahan kehamilan, Islam ada penyelesaiannya.
ingin dikongsikan di sini, semasa saya baca 'denyut kasih medik' ni...ada lah penulis bercerita berkenaan teknik mencegah kehamilan. dengan teknologi yang ada sekarang, sememangnya terlalu banyak teknik yang ada. IUCD (intauterine contraceptive devices), oral contraceptive sendiri dan banyak lagi sebenarnya. mungkin dah ramai yang tahu. tapi, nak tulis jugak, moga2 saya ingat fakta ni.
si ibu boleh mencegah dengan cara menyusukan bayi nya yang baru lahir selama 2 tahun. biar sampai kenyang setiap kali menyusu. teknik di panggil Lactational amenorrhea method (LAM). dan didapati sangat efektif. 90-95% kes berjaya. ibu2 dapat mencegah kehamilan dengan teknik itu. pencegahan kehamilan ni pendekatan bagi untuk merancang keluarga. bimbang kalau2 anak kerap sangat contohnya tiap2 tahun ada je lahir anak baru... dan keluarga pun didapati tak mampu dari segi ekonomi untuk sara hidup anak2. tapi, sekiranya keluarga mampu untuk mengatasi masalah2 berikut, seelok-eloknya, tak perlulah dicegah kehamilan tu. itukan rezeki dari Allah.
dan rupanya Allah ada menyebut di dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 233.
"Al- Baqarah Surah 2, ayat 233 Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu ....."
mungkin anda boleh baca maksud ayat seterusnya. ternyata, apa yang Allah ajar, bukan sesuatu yang sia-sia.
saya pun terfikir-fikir macam mana menyusu boleh mencegah kehamilan?
memandangkan hari tu belajar pasal hormon, faham lah sikit2.
hormon yang hasilkan susu adalah prolactin. paras prolactin akan tinggi apabil berlakunya suckling reflex.( bayi menyusu ). ini cuma salah satu sebab kenapa prolactin meningkat,ada lagi faktor lain sebenarnya. apabila prolactin meningkat, ia akan mencegah ovulasi daripada berlaku. so, tak de lah ovum (telur) baru akan terhasil. jadi, memberi stimulus supaya prolactin meningkat dengan cara suckling reflex oleh baby tu...secara tak langsung, atau kita kata naturally, kehamilan tu dapat dicegah. tak perlulah guna alat atau ubat pencegah kehamilan yang banyak kesan buruknya tu. melainkan, sudah terlalu memudaratkan si ibu.
err...mungkin boleh rujuk dengan yang lebih pakar kot. ni fikiran budak tahun 3 je. huhu!
Islam dah ajar, jangan minum arak. bukan saja2 Allah haramkan. tapi, untuk maslahah hambaNya jugak. banyak penyakit2 contohnya liver diseases, berlaku disebabkan alkohol yang berlebihan.
itulah manusia. disuruh kembali kepada Tuhan, diputar belit pula faktanya. semuanya kerana syaitan menguasai diri. saya juga manusia, jadi...bila2 masa saya mungkin tersungkur. na'udzubillah! Ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara itu.
insyaAllah kalau result exam ok, semua lulus...naik lah tahun 4 bila buka semester baru nanti. dengar cerita senior2, tahun 4 ni mencabar. uh! sangat menakutkan. tapi, tak kan lah tak nak naik kan? ini baru belajar, bukan lagi kerja betol2...cabarannya nanti, kita sedia maklum. sebagai doktor muslim, lagi lah. banyak yang perlu diperbetulkan. dari pesakit yang tak solat, doktor yang qada' solat , masalah haid dsb. dengan menghidupakan suasan agama di hospital2, pusat kesihatan dan klinik, moga2, tak de lah kes cabul seperti di atas andai doktor2 ada kesedaran dia berTuhan iaitu Allah.
jalan ini yang dipilih. jadi, untuk berundur, sama sekali tidak. asal niat yang betul, Allah akan tolong kita. itu yang saya pegang.
oleh itu, perlu persiapkan diri sebaiknya. ilmu duniawi dan ukhrawi. seimbangkan.
panjang la pulak. ingat nak tulis sikit2. sebab takde idea pun sebenarnya. saja2 nak tulis, rindukan blog. penangan novel lah ni. ok, selamat bercuti warga Alex!
salah silap dalam sebarang fakta harap diperbetulkan. tegur2 la eh.
No comments:
Post a Comment