halwa telinga

Sunday, July 11, 2010

Adam dan Hawa

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah hari ni, selesai sudah paper biochemistry. masih berbaki 4 subjek. wah! tak sabar menanti saat tamatnya peperangan ini. di musim berperang ni, mental pun agak berperang. masa ni la rasa nak selalu update blog, nak tengok cerita, nak main facebook!

good side said : studi la wey...nak exam. nak naik tahun!
bad side said : aduh...penat laaa.. main facebook jap;p

good side said : sambil2 studi tu, ingat la Allah selalu. seimbangkan dunia dan akhirat. tengok lah halaqah sentuhan qalbu. menyentuh qalbu tau.
bad side said : weh...nak exam baru nak tengok rancangan agama! buang masa. baik ko studi.

begitu lah peperangan jiwa dan mental di musim peperiksaan ni. yang penting, akal yang waras lah yang akan menentukan yang mana satu lebih penting.

ok, intro itu sekadar intro. tak berkaitan dengan tajuk. kita terus kepada tajuk.

*

Adam dan Hawa? oh, bukan lah saya nak bercakap mengenai kisah cinta yang biasa diwar-warkan manusia. iaitu kisah cinta lelaki (yang digelar Adam) dan wanita (yang digelar Hawa).yang mana banyak melahirkan artikel umpama " buatmu Adam", "istimewa buat yang digelar Hawa" dan sebagaimya....tetapi di sini saya betul2 nak cerita pasal manusia pertama iaitu Adam AS dan pasangannya Hawa.

Adam As diciptakan daripada tanah. Allah memaklumkan penciptaan manusia ini kepada malaikat. tapi, terus dibangkang oleh malaikat kerana telah sedia maklum manusia ni akan buat kerosakan di dunia. namun, Allah menjawab kata-kata malaikat dengan mengatakan bahawa Dia lebih tahu tentang segalanya. maka malaikat akur.

setelah Adam AS diciptakan, Allah mengarahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam AS.

>eh? Adam tu kan manusia? mana boleh sujud selain daripada Allah...
@ oleh kerana itu adalah arahan Allah, maka wajib dituruti. tak kira lah apa jua arahan pun. sama juga semasa kisah penyembelihan nabi Ismail oleh bapanya Nabi Ibrahim. membunuh itu berdosa. tapi, oleh kerana itu adalah arahan Allah, maka, wajib dituruti.

ok, berbalik kepada kisah tadi. malaikat yang sangat taat, terus sujud kepada Adam AS. namun, Iblis enggan menurut perintah Allah. katanya, " apakah aku harus bersujud kepada orang yang Engkau ciptakan daripada tanah? (17:61). "terangkanlah kepadaku inikah yang Engkau lebih muliakan daripada aku? ( 17 : 62)

kemudian dalam ayat yang sama, iblis mengatakan bahawa, kalau lah manusia ni dikatakan lebih mulia, dia bersumpah akan menyesatkan anak-anak Adam. lalu, Allah pun berfirman :

" pergilah, tetapi barangsiapa diantara mereka yang mengikuti kamu, maka sungguh neraka jahannam lah balasanmu semua, sebagai pembalasan yang baik" (17:63)

jadi, iblis sudah dijanjikan hukumannya adalah neraka.

> syaitan kan dicipta daripada api, kalau dimasukkan ke dalam api, lagi besar lah dia.
@ cuba tampar badan anda dengan tangan. sakitkan? kulit bertemu kulit. begitu juga apabila api bertemu api.

setelah itu, iblis disingkirkan dari syurga. maka tinggallah Adam seorang diri. Adam AS mula berasa bosan lalu tidur. sebaik Adam AS tersedar dari tidurnya, didapati ada seorang wanita dekat dengan kepalanya. wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk Adam AS. lalu Adam bertanya wanita itu.

"siapa kamu?"
"aku wanita,"

"apa tujuan kamu diciptakan?" Adama AS bertanya lagi.
"supaya kamu berasa senang,"

kemudian datang malaikat kepada Adam AS.

"wahai Adam, siapakah namanya?" tanya malaikat.
"Hawa," jawab Adam AS
"kenapa Hawa?"
"kerana dia diciptakan daripada benda hidup (tulang rusuk)"

begitulah Hawa mendapat namanya. ^^

kenapa Allah ciptakan perempuan? kalau Adam sunyi sekalipun, kenapa tidak diciptakan seorang lelaki? sebab Allah nak kembang biakkan keturunan Adam. (pendapat saya saja, kalau ada yang tahu sebabnya, kongsi2 kan yep?)

daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW :

didiklah wanita dengan baik, kerana mereka diciptakan dari satu tulang rusuk. dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. jadi, jika kamu cuba untuk luruskannya, kamu hanya akan mematahkannya. tapi, sekiranya kamu membiarkan nya, ia akan kekal bengkok. jadi didiklah dengan baik.

-riwayat bukhari dan muslim.

kemudian, hiduplah Adam dan Hawa di syurga. banyak pendapat mengenai 'syurga' yang didiami ini. ada pendapat mengatakan syurga itu terletak di bumi. bukanlah syurga yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya yang soleh disyurga kelak. benar atau tidak, Wallahu a'alam.

Adam dan Hawa dibenarkan untuk menikmati kehidupan di syurga. tapi, dilarang sama sekali untuk mendekati sebuah pohon. namun, bisikan syaitan telah mengheret mereka untuk melakukan perkara terlarang tersebut.

> tadi kata syaitan dah dihalau?
@ ada pendapat mengatakan, tak mustahil untuk syaitan melalui kawasan syurga. dan mungkin juga syaitan berbisik dari pintu syurga. benar atau tak, Wallahu a'alam.

bila mereka berdua ingkar, maka Allah sangat murka.

"lalu keduanya memakannya, lalu tampaklah keduanya aurat mereka dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun yang ada disyurga. dan telah derhakalah Adam pada Tuhannya dan sesatlah dia" (20:121)

kalau nak dibandingkan dosa kita manusia biasa dengan dosa Adam AS (yang hanya memakan buah terlarang)...amat jauh sekali. walaupun kecilnya dosa Adam, Allah telah murka. apatah lagi dosa-dosa kita yang sedar atau tidak tertambah-tambah di dalam buku laporan. sebab tu Adam dijadikan manusia teladan. supaya manusia (kita) sentiasa berjaga-jaga dalam tindakan. bimbang andai terbuat dosa.

seterusnya, Adam dan Hawa terus bertaubat kepada Allah. Allah menerima taubat mereka tapi, Allah mengarahkan mereka agar meninggalkan syurga, dan tinggallah di bumi.

daripada Abu Musa Al-Ash'ari ,sebelum mereka turun ke bumi, Allah telah mengajar Adam AS cara-cara untuk buat apa saja (nak hidup). dan juga Allah menyediakannya buah daripada syurga. jadi, buah2 yang ada sekarang adalah buah daripada syurga. kecuali, buah yang kita ada akan rosak tetapi buah-buahan di syurga tidak akan rosak.

mengenai anak-anak Adam pula, Hawa setiap kali melahirkan anak, pasti sepasang kembar. yang paling masyhur adalah Habil dan Qabil dan pasangan masing2. untuk bercerita mengenai mereka, mungkin dilain waktu...sama2 kita kongsikan nanti insyaAllah.

ada beberapa hadis mengenai penciptaan Adam AS. salah satunya daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik Allah meniupkan roh ke dalam badannya, anggota pertama yang berfungsi adalah mata. masa tu, Adam AS bersin. lalu dia ucapkan 'alhamdulillah'.
lepas tu, Allah suruh nabi Adam untuk menyapa para malaikat. maka Nabi Adam pun pegilah menyapa para Malaikat, "assalamu alaykum," kemudian malaikat menjawab "wa alaykum as-salam wa rahmatullahi wa barakatuhu"...Allah bagitau, inilah ucapan jika Adam atau anak-anaknya saling bertemu nanti.

lepas tu, Adam tanya, siapa anak-anak nya. Allah tunjukkan rupa anak-anak Adam. Adam melihat kepada salah satu wajah. dia tanya Allah, siapakah itu? Allah pun jawab, "itulah Daud,"
"berapa lama Engkau bagi dia hidup?"
"Aku memberinya 60 tahun,"
"Ya Allah, panjangkanlah umurnya ke 100 tahun dengan mengambil umurku (supaya capai 100 tahun)"
maka Allah makbulkan. setelah sampai masanya nyawa Adam akan ditamatkan, malaikat maut datang kepadanya. tetapi Adam AS tanya, "bukan kah aku masih ada 40 tahun?"
malaikat jawab," bukankah kamu sudah memberikan 40 tahun itu kepada anak mu Daud?"
sebenarnya Adam telah lupa. jadi, sebab tu lah kita (anak-anak Adam) ni pelupa.

saat kematian Adam, Adam meminta anaknya mencari buah dari syurga. lalu anak-anaknya pergi mencari buah dari syurga untuk bapa tercinta. dipertengahan jalan, mereka bertemu malaikat.

"kamu nak ke mana?"
"bapa kami nak makan buah dari syurga,"
"lebih baik kamu pulang sekarang. bapamu sudah sampai saat kematiannya."

kemudian malaikat maut datang untuk mencabut nyawa Adam. Hawa mengenali malaikat itu. lalu dia cuba melindungi Adam daripada dicabut nyawa.
"jauhi lah diriku. aku dicipta sebelum mu. tinggalkanlah aku dengan malaikat yang didatangkan daripada Tuhanku,"

kemudian nyawa Adam dicabut. setelah itu, mereka memandikan jasad Adam, kafankan, dan mewangikannya (embalmed > sy x psti apa maksudnya),dan disolatkan (dikatakan dipimpin oleh malaikat Jibril), lalu digali lubang dan jasadnya disemadikan di situ dan ditimbus dengan tanah. kemudian, malaikat berpesan kepada anak-anak Adam "wahai anak Adam, begini lah cara kamu akan menguruskan sesuatu pengkebumian."

kisah ni, saya ambil dari buku 'stories of the prophets" karangan ibnu Katheer. saja nak kongsikan sebab saya sangat tertarik. banyak berkaitan asal usul kita. oleh kerana buku tu dalam bahasa inggeris, maka ayat sedikit keling (mungkin) sebab nak terjemah bukanlah senang. nak cari perkataan bahasa melayu yang sesuai cukup buat saya menggaru kepala..huh!

wallahu a'alam ^_^v

No comments: