halwa telinga

Friday, July 16, 2010

famakologi ~ blogger emo ~ berbagi

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah semalam dah habis paper pharmacology. macam subjek lain, prof memang pandai buat soalan. CUKUP-CUKUP dengan masa yang dia bagi. tiada masa untuk berfikir ( berangan lagi lah)...ore klate kato, "x dey nok kkemah jwpn". main aci tulis apa terlintas dikepala. harap2 semua lulus. dapat A lagi bagus. amiiin.

yang seronok exam pharma semalam, doktor siap baca hadis sebelum kami mula menjawab soalan.

"siapa yang menipu, maka bukan dari kalangan kami"- hadis Rasulullah SAW. (ni ikut yang saya faham dari apa yang doktor sebutkan semalam lah)

lepas tu dia cakap " don't because of pharmacology, you'll go to hell" (sebab dalam hadis cakap 'bukanlah dari kalangan kami' iaitu umat nabi Muhammad SAW.)

jadi, siapa yang ada jugak meniru semalam even doktor dah bagi peringatan...tengok lah diri balik. tak takutkan neraka ke? kata-kata Rasulullah SAW tu langsung tak terkesan di hati? jadi, di mana level iman kita sebenarnya? currency pahala yang terkumpul dah cukup menjamin syurga ke?

istaghfirillah!

....Astagfirullah....

* * * * *

kenapa anda suka blogging?

sebab saya suka baca blog orang lain. jadi, saya teringin untuk blogging sekali. banyak faedah jadi blogger ni. >>> skema punya jawapan.

banyak blog yang menceritakan kehidupan harian, menyampaikan dakwah, membebel ( nak lepaskan tekanan mungkin )...untuk akademik dsb.

bila saya amati betul2...kalau yang cerita kehidupan harian tu, mesti blognya akan updated kalau ada something yang menyedihkan, hari istimewa..peristiwa tidak dapat dilupakan. kenapa perlu tulis semua tu? sebab...mereka ingin meluahkan perasaan yang terbuku dimindanya. mereka nak ekspresikan perasaan mereka melalui tulisan.

oh, kenapa tak diceritakan saja pada teman baik atau keluarga?

bagi saya...kadang2, menulis lebih memuaskan hati berbanding bercerita secara lisan (bagi yang suka menulis, mungkin anda faham)

bagi yang suka membebel...memang obvious sedang meluahkan perasaan.

bagi yang blogging untuk menyampaikan dakwah pula...isi yang disampaikan kebanyakannya ada kaitan dengan dirinya. pasal ujian Allah, cinta remaja, sabar, marah...kebanyakan tajuk berkisar tentang benda yang sama saja. sebab apa? sebab benda2 tu semua selalu menjengah pentas kehidupan kita. benda2 itu membuatkan blogger berfikir, mencari dan jari mula menekan kekunci menaip apa yang dijumpai atau yang terbuku di hati (atau dikepala?)

sebab itu lah, bila saya menbaca blog orang lain, kalau diamati betul2, kita dapat tahu..blogger ni jenis yang macam mana. mungkin saja dalam blog hanya letak sekeping gambar. tapi, kalau kita fikir secara mendalam...this one simple picture actually is a very meaningful picture for that entry. mungkin saja menggambarkan perasaan blogger ketika itu.

jadi, kenapa saya blogging?
jawapannya................

.............

saya ada misi saya, tujuan saya, dan yang pasti..keputusan untuk blogging ni, bukan main aci taram. tiada istilah 'saja2...untuk isi masa lapang,'.

saya beristikharah terlebih dahulu. adakah langkah untuk blogging ni banyak membantu saya atau tak. dan juga, saya bimbang, andai dalam usaha untuk mencapai tujuan saya itu dengan menulis blog ni saya tersasar ke tempat lain...maklumlah, hati memang susah nak jaga. jadi, saya ambil keputusan untuk minta petunjuk dulu...moga saya tidak menyesal. alhamdulillah...usia blog ni sudah mencapai 2 tahun. Alhamdulillah!

mungkin ada yang terkejut, rasa pelik, hairan atau apa2 saja lah. "nak buat blog je pun, bukan nak kawen... sampai buat istikharah?"

>LIFE IS ABOUT MAKING DESICION<

* * * * * * * *

segment ketiga entry kali ni adalah BERBAGI...

kenapa hati ni berbelah bahagi? nak balik ke tak sebenarnya tahun ni? tiket dah settle. orangnya belum settle. hari tu dah tekad tak nak balik. lepas orang pujuk sana sini...adik2 kat rumah, mak...baru la pegi tempah tiket. tu pun, orang lain yang tempahkan. betapa saya tak de perasaan nak balik rumah.

rindu kan keluarga? sudah tentu. siapa tak rindu...~

jadi,apa yang membuat saya berbagi hati ni?

diri ini pun tak faham. hai laaa. apa pasal sebenarnya ni?????


ingat lagi tak poem ni?


* * * * * * *

tiga cerita satu entry. ya, saya sedang meluahkan apa yang sedang saya fikir..

wassalam.

kawan2...ganbatte! 3 lagi~ ^^v


No comments: