hari ni , alhamdulillah selesai sudah subjek pathology, ramai mengadu susah. muka horror sorang2. yang ni kata tak boleh jawab, yang tu kata "bapak susah!"... tp, yang tak tahan, bila keputusan keluar, gempak je result anda semua. so, level 'susah' untuk setiap org tak sama sebenarnya.
jadi, kalau dengar ramai cakap susah tu, jgn la sedap hati sangat atau fikir "bukan aku sorang yang rasa susah"... kerana kita tak sama. kalau exam zaman sekolah dulu, kalau ramai tak boleh jawab, graf turun...jd, teori 'kalau ramai susah, hati lega' ni boleh dipakai. sekarang? susah sendiri, senang sendiri. graf tak kan turun.
berbalik kepada tajuk nya..."the old me"?
teringin nak rasa balik ke zaman dulu. (memang lumrah ke? manusia ingat kenangan zaman dulu2)
zaman dulu tu tak de lah lama sangat. bukan nak alami balik apa yang dialami dulu. cuma, nak menjadi diri yang dulu. bukan semua part, tapi yang baik2 je la..hehe
dulu, masa sekolah rendah, budak ni malas belajar. harap tak turun kelas je. ayah dah risau tengok anak dia malas. nak kata suka main dengan kawan2, rumah budak ni jauh dari kawan sekelas. dan ayah x wi derat. jadi, kalau luar dari kawasan sekolah, memang tak de kawan lah. jadi, apa yang seronok sangat sampai tak nak belajar? sebab budak ni suka main dgn adik dia. main pondok2, masak2, cikgu, dan tak tertinggal, main doktor2...( pensel picit tu dijadikan picagari utk suntik 'pesakit' )
dan bila tibanya darjah 6, masih malas lagi. nak sedapkan hati mak ayah, saya pun ambik lah buku. baca depan TV. sampai satu masa abang saya tegur, "k.ngah, kita boleh concentrate pada satu benda jah dalam satu masa. baca buku depan tv tak jadi kijo," ayat ni ingat lagi sampai sekarang. tapi, ayat yang dia pesan suruh rajin tu, dah lupa macam mana bunyi nya. jadi, di situ lah saatnya, budak yang malas ni mula berubah. ( saya sangat berterima kasih dengan abang saya TT).
haa...the old me yang saya nak jadi tu, kategori ni la. RAJIN.
masa tu, tak kira letih ke, bosan ke... buku kerja mesti kena buat. latih soalan. hari2. sampai dah tak tengok tv! kalau tanya cerita apa ada kat tv, memang macam orang dalam gua, satu apa pun tak tau. (macam mana boleh buat eh?)
menginjak ke sekolah menengah, mula2 masuk...lambat sikit nak adapt dengan persekitaran. so, walaupun dah rajin, tapi silap teknik belajar. sekolah agama, hadis, tafsir, kitab tauhid, kitab feqah dsb, mana boleh main baca sekali lalu je. kena hafal. masa tu, saya menolak cara belajar menghafal ni. jadi, saya tak hafal.. saya baca je. patut la dalam kelas selalu tak boleh jawab bila ustazah tanya.nak buat ayat sendiri, bahasa arab pun merangkak lagi masa tu lama2 tu, saya pun hafal la sikit2. akibatnya, bila Ujian Kenaikan Saff Awwal (UKSA), saya gagal. markah sipi2. dah lah tahun tu, graf lebih tinggi dari tahun2 sebelumnya. (85% yang mana sebelum ni 80%). maka dengan itu, teramatlah down budak ini sebab terpaksa kekal di tingkatan peralihan selama setahun. tak boleh naik tingkatan 1. ~ kawan2 saya, ni la sebab kenapa umur saya lebih setahun dari korang. terjawab sudah.
bila dah dapat pengajaran di situ, saya mula ubah teknik belajar. saya dah berazam, saya mesti berada dalam kelas no.1 sampai saya habis belajar di maahad. jadi, memang usaha sungguh-sungguh. tapi, masa form 3 tu jatuh ke bawah sebab dapat B bahasa melayu dalam PMRU...memang teruk, sampai balik lepas ambik result tu ayah terus suruh study BM..aiyyoo.
oh, lupa. saya ni berulang alik dari sekolah ke rumah saya di bachok yang mana tempoh masa perjalanannya adalah lebih kurang sejam. sepanjang berulang alik, dah lali dengan ekspresi2 muka dan soalan kawan2, mak cik -mak cik atas bas, even pak cik driver bas sendiri
"bakpo x duk asrama? maahad xdok asrama ko?"
saya jawab lah apa yang patut. sesuai dengan keadaannya. (saya tak suka asrama..dan yuran asrama sangat mahal. )
ayah saya pula, pada fikiran dia, duk asrama la boleh concentrate belajar. tak ada gangguan. ok, form 1 form 2 kngah boleh duk rumah. form 3 masuk balik sebab nak PMR.
mana boleh..tak suka asrama! ~ tak cakap la macam ni kat ayah. saya ni jenis diam je. kalau nak tolak arahan tu, kena tolak cara baik. ye tak?
maka, saya kena berusaha buktikan kepada ayah, duk rumah pun boleh concentrate. dan boleh jadi excellent lebih dari yang duduk asrama. saya kena RAJIN! walaupun balik rumah pukul 7 malam, pukul 8 dah kena study. sebab, budak asrama prep pukul 9-11. budak rumah ni kena buat lebih. 8-11. bertemankan iron board sebagai meja dan katil sebagai kerusinya...saya bekerja keras. memang berazam lah masa tu. semoga tak diarah masuk ke asrama sekali lagi (saya dah duduk setahun masa peralihan sebenarnya). alhamdulillah, sampai habis belajar di maahad saya masih lagi berulang-alik. tak pernah terkeluar dari mulut ayah suruh masuk asrama.
dan satu lagi sebab kena RAJIN, sebab nak buktikan, walaupun saya tak ambik tuisyen, saya boleh jadi setanding kawan2 saya yang memang banyak ambik kelas tuisyen ni. kalau dalam kelas saya tu, 2-3 org je yang tak ambik kelas tuisyen. pernah jugak give up (terutama subjek kimia, selalu dapat C)..terfikir nak ambik tuisyen kimia je. tangguh punya tangguh...last2, dah nak SPM.
memandangkan saya anak ke-3, 2 orang abang saya sudah habus SPM, dan dah masuk U pun. mereka ni la jadi idola saya. apa yang abang saya suka, saya paksa diri saya suka jugak. cthnya, abang saya yang sulung suka bahasa Arab, bila masuk sekolah agama, saya teroka bahasa arab betul2, nak tahu sangat kenapa abang saya suka BA. then, abang saya yang ke-2 pulak, suka fizik. sama jugak, saya nak tahu kenapa dia suka fizik. jadi, lama-lama...saya pun suka fizik. keputusan peperiksaan diorang pulak, dari UPSR sampai SPM, saya nak jadi macam mereka. kalau bukan lebih tinggi pun, sama pun tak pe. tak nak kurang pun. jadi, saya kena RAJIN.
dan yang ni sangat penting kenapa kena RAJIN...sebab saya tahu kemampuan diri saya setakat mana. kalau dah tahu jenis lambat pick-up dan cepat lupa, i must to work harder than others do.
bila saya fikir balik sekarang ni, saya ke tu? studyholic? (betul ke istilah ni?) ah..ape2 je lah. ulat buku? x tahu nak guna istilah apa...
kenapa sekarang lain?
penat sikit...rehat lebih2. dulu, penat balik sekolah pukul 7 pun, tak layan. katil jadi kerusi, tak sesaat pun saya rebahkan belakang untuk berehat sekejap. sekarang, katil amat bahaya. memang sesuai dengan fungsinya sebagai tempat tidur.
dulu, tengok tv setakat tengok samarinda atau kalau balik awal sikit, petang tu boleh la tengok chinese drama pukul 6 tu. sekarang? balik kelas...buka laptop. lama pulak tu hadap laptop. tengok cerita? dah kurang minat sekarang tengok cerita. suka baca blog. lompat blog orang sana sini.
macam mana boleh jadi RAJIN?
motivation...kita ada aim,objektif, matlamat dan kalimah yang sama waktu dengannya....
jadi, halangan yang macam mana sekalipun datang, kalau dah determined, aku nak jadi yang tu...kita akan berusaha.
tapi, seiring menginjaknya usia, anda kena faham, apa tujuan hidup yang sebenar. bukan setakat to be the top student. the most efficient doctor ke...bukan. tapi, tugas utama, sebagai khalifatullah. membantu Allah menegakkan , memakmurkan agamaNya di muka bumi.
tapi, persoalannya,macam mana nak laksanakan tugas itu dengan title sekarang sebagai pelajar dan akan datang insyaAllah sebagai seorang doktor?
"so? jadi pendakwah? saya bukan ustazah...ok?"
ye saya tahu, tapi Allah tak kata..tugas khalifatullah ni hanya untuk ustaz ustazah. jadi, anda doktor? engineer? pahrmacist? kerani? cikgu? pembantu makmal? anda adalah khalifatullah dan automatiknya menggalas tugas menjaga agamaNya.
kumpul ilmu....dan sampaikan.
inilah sebab kenapa saya pilih doktor sebagai cita-cita saya. seorang ustaz di maahad ada menyebut tentang ni semasa kami di tingkatan 4 . katanya, kita hidup ni nak bawak Islam je. nak sampaikan dakwah. macam-macam cara. jadi doktor pun awak boleh sampai kan dakwah. jadi, disebabkan doktor profession pertama yang disebut, maka terlekat lah dalam kepala saya masa tu.
saya sendiri pun masih samar2, macam mana saya nak berdakwah dengan title saya nanti? itu benda yang akan datang. masyarakat berubah hari demi hari. method penyampaian juga bakal berubah. tugas saya sekarang, tugas anda jua...cari ilmu sebanyak mungkin. harga ulama' adalah ilmunya.
firman Allah dalam Al-quran, ayat dan surah mana saya lupa,
"jika kamu menjaga agama Allah, nescaya Dia akan membantumu"
jadi, kalau rasa banyak masa di ambil dengan mencari ilmu fardhu 'ain, beramal kebajikan, ingatlah...Allah akan membantu kita. dengan syarat, IKHLAS mesti ada.
seterusnya...
"Allah menyediakan orang beriman dan beramal soleh bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar" surah al-fath.
dan kena selalu ingat, janji Allah itu pasti.
entry ni sekadar peringatan untuk saya sendiri.
kalau tengok kisah saya di atas, semuanya RAJIN untuk sesuatu yang bernama EXAM..
sekarang kena ubah.
RAJIN! kena RAJIN untuk ISLAM!
2 papers to go...ganbatte!
~Allah MATLAMAT kami~
2 comments:
haha..pensel picit buat picagari.same!! :p
pastu pensel case buat blood pressure pny case.lol~
pemadam jdi cotton yg ade alcohol.
hahaha..childhood pny zaman sgt sweet kn?
haha...very sweet moments kot kecik2 nih..brebut skmo nga adik nk jd doktor..hik3
bdk2 skrg da x rase daah kemanisan zaman kecik.huhu
Post a Comment