halwa telinga

Sunday, December 23, 2012

Hapuskan air mata mu

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. thumma alhamdulillah!

hari yang sangat tenang. hari yang bahagia? mungkin =) . hari ini hari pertama melangkah ke semester terakhir di sekolah perubatan. iyup! semester terakhir ^_^. within these 7 months, (about 7 months) i will finish my medical course here.

apa perasaan? macam2 ada.

gembira?

mesti lah. nak habis belajar dah kan. =)

sedih?

pastinya! tapi, ditahan dulu perasaan sedih ini. apa yang penting, laksanakan tanggungjawab di sini. sumbangkan yang terbaik. in shaa Allah.

***

apabila timbul perasaan tidak enak, diri ini mula bermuhasabah. kira-kira...bukan kira-kira lagi! tapi dengan pastinya, segala apa yang dirasakan kesusahan pada diri kita sekarang adalah terlalu kecil dan sedikit berbanding mereka.

siapa mereka?

dalam fatrah study leave baru2 ini, bertalu-talu update tentang Syria naik di newsfeed. sangat mengujakan apabila mengetahui Mujahidin Syria sudah menghampiri istana Basyar laknatullah alaih. dan antara update terbaru, hampir 100 orang mujahidin yang telah syahid setelah bertempur dengan rejim Basyar berhampiran istana Basyar. menyayatkan hati apabila terbaca update yang menceritakan ada yang dibom semasa sedang membeli roti. terbayang-bayang suasana membeli roti arab, tak banyak bezanya dengan suasana di sini. kejam! ~~sungguh mereka tabah. sungguh aku ini lemah!

Kisah Palestin pula masih jua belum berakhir. serangan di awal muharam baru2 ini, membuka mata lebih banyak pihak. sangat mengkagumkan apabila presiden negara tempat saya belajar ini dengan lantangnya menentang serangan Israel. sempadan pintu Rafah yang dahulunya ditutup semasa pemerintahan rejim Mubarak, kini dibuka. terlalu banyak bantuan yang sampai melalui pintu tersebut. Allahu Akbar!

namun begitu, disangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari. Ada pihak cuba menjatuhkan Presiden Morsi. ada saja yang tidak puas hati. hakikatnya, serangan bertubi-tubi ke atas beliau bukan sekadar kerana dasar tidak puas hati....tapi kerana Islam sedang menjulang di bawah pemerintahannya.

Pengalaman menyaksikan proses revolusi di sini...cukup membukakan mata bagi yang berfikir. cukup lah menjadi double standard!

Islam akan kuat dengan kesatuan. yakin lah! bukti masih fresh. kerjasama Turki dan Mesir baru2 ini dalam isu Palestin  sudah menggugat jiwa pihak musuh. Itu baru dua buah negara Islam yang bersatu. kalau semua negara Islam bergabung, boleh bayangkan hasilnya? tapi yang pasti, Islam pasti menang suatu hari nanti. di mana2 sahaja. Islam pasti menang.

Syria, Palestin, Burma...cakna kah kita?

saya tak dapat nak membayangkan suasana Palestin. tapi paras rupanya mungkin lebih kurang saja dengan arab Mesir. tapi, rakyat Syria....wajah yang pernah saya lihat suatu ketika dahulu bermain-main di minda.




alhamdulillah...Allah beri peluang menjejaki bumi Syria sewaktu masih aman dulu. 3 tahun lepas kalau tak silap. ya Allah....selamatkan lah mereka. berikan lah kemenangan kepada Islam.

hapuskan air mata mu wahai anak kecil,
hapuskan air mata mu wahai ibu,
hapuskan air mata mu wahai ayah,
.....In Shaa Allah kemenangan itu pasti datang.

'Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.' (QS. al-Baqarah: 214)

doakan bersama!

*just a quick update from me. lama sangat tak bercerita*

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 

Saturday, September 22, 2012

kenapa tudung labuh?

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

kurang daripada sebulan, saya dan rakan2 se-batch akan melangkah ke tahun akhir kuliah perubatan.

'dah nak habis?'

yup, saya sendiri rasa macam dalam mimpi bila difikir-fikirkan hanya tinggal setahun sahaja lagi kami berkelana di bumi barakah yang bakal saya rindui ini. memang cepat masa berlalu, tup tap tup tap....nah, sudah tahun akhir.

***

kenapa tudung labuh?

ramai yang mengenali saya di sini mahupun di UKM sewaktu kursus bahasa Arab 5 tahun lepas melihat saya yang bertudung bidang 60. ramai yang tak pernah mengenali saya yang sebelum itu.

macam mana ya saya sebelum ni?

sungguh diri ini manusia biasa sahaja. macam mana penampilan saya? i mean, tolak pakaian sekolah la.

kisah di usia sekolah rendah tak payah cerita la ye? standard budak sekolah rendah aje pakaiannya.

apabila melangkah ke sekolah menengah iaitu maahad tercinta, saya mula bertudung bulat labuh. mungkin masa tu saya seakan-akan terikut dengan suasana. tambah lagi, pada hari jumaat kami pelajar asrama memang diwajibkan bertudung bulat. jadi, ada lah waktu tu 2 helai tudung yang Ma belikan. tapi, pakaian itu tak lama mana, masuk tahun ke-2, saya dah tak beli tudung baru. dan kalau keluar rumah, saya pakai mana tudung yang ada saja, termasuk tudung bawal.

pernah juga terfikir di benak fikiran ni untuk kembali bertudung labuh yang saya rasakan pada ketika itu lebih selesa dan lebih selamat. tapi, kewangan tidak mengizinkan saya untuk berbelanja sendiri ketika itu. kebanyakan duit lebihan belanja harian yang Ma bagi setiap hari saya gunakan untuk beli buku rujukan dan buku latih tubi. alasan? Mungkin. Mintak Ma belikan?...humm, cukup2 lah saya menyusahkan dia selama ni. dan memandangkan saya ni saaangat jarang keluar rumah, jadi saya tak rasa saya perlu beli tuudung baru pun ketika tu. (sebab duk rumah je pun.huhu)

akhirnya semasa tingkatan 4, saya tekadkan juga untuk beli sehelai tudung labuh. dan tudung berwarna kuning muda berjaya dibeli. seronok bukan main lah kan :)). kenapa kuning muda? sebab untuk sesuaikan dengan banyak baju. =D. pada mulanya agak kekok rasanya pakai tudung bidang 60 ni. rasa besar tetiba. adik saya yang tolong saya pin kan tudung tu elok2 setiap kali saya memakainya...ini lah tudung pertama yang dibeli sendiri. sampai sekarang tudung tu saya simpan <3 p="p">
alhamdulillah, Ma cepat faham apa yang saya suka pakai. tak lama lepas tu, Ma ada belikan tudung bidang 60 berwarna hitam. kitorang share =). dan selepas tu pun, kalau saya cakap nak pergi beli tudung, Ma akan tunjukkan kedai yang jual tudung bidang 60. Alhamdulillah.

apabila kaki menjejak bumi tarbiyah ini, saya cuba sempurnakan tudung tu lagi walaupun masih belum di tahap yang terbaik gaya ustazah2 =). usaha itu kan penting.

*

apa point saya tulis pasal ni? ~~ saya cuma nak sampaikan, tak semua yang bertudung labuh ni dilahirkan untuk bertudung labuh. kadang2, ada yang segan nak labuhkan tudung sebab rasa tak layak dan sebagainya. ehem2...rasa macam tak betul sangat pendapat tu. wahai muslimah yang dikasihi, semua orang boleh bertudung labuh.

iman tak kuat , tak layak?

saya tak tahu pendapat pemakai tudung labuh yang lain. tapi ini pendapat saya. apabila kita bertudung labuh, tudung tu sendiri mengingatkan kita untuk menjaga akhlak kita, ibadah kita.. bagi saya juga, tudung labuh ni lebih selamat daripada gangguan2 tangan2 'syaitan' bertopengkan wajah manusia tu. saya pun bukannya arif sangat mengenai perihal tudung labuh, sekadar melontarkan pandangan.

nasihat dari insan kerdil lagi hina ni, sempurnakan lah pakaian antunna sebagai muslimah. menutup aurat bukan hanya di dalam solat, tapi juga di luar solat. saya tak meminta antunna bertudung labuh, tapi cuba lah sedikit demi sedikit berpakaian yang sempurna yang menutup aurat samada di dalam dan di luar solat.

nak pakai tudung bawal boleh, tapi pakai lah inner kat dalam =). elakkan nampak batang tengkuk kita tu. ^^

nak pakai selendang boleh, tapi cuba lah lilit biar menutup dada.

*

ada yang lebih ke depan, mula berniqab. ramai sungguh yang sudah berniqab sekarang. itu yang terbaik. itu kan pakaian isteri2 Rasulullah saw.

*

saya memang tak pandai nak cerita panjang2 pasal tudung labuh. tapi satu ayat selalu menjengah fikiran saya setiap kali saya pakai tudung.."I have to cover more".

*
sekian kisah tudung labuh. perasaan ingin menulis perihal tudung labuh bertambah-tambah apabila melihat poster ni di facebook.



Tudung labuh itu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita. Tudung labuh itu juga bukanlah satu jaminan utk dia masuk ke syurga. Tapi dengan tudung labuh, itu membuatkan dia sentiasa berusaha untuk berubah menjadi seorang muslimah solehah yang Penciptanya mahukan. Dia mahukan sayang, cinta dan redha Allah itu tersemat dalam hatinya setiap masa. Insya-Allah ^_^

Tudung l
abuh itu juga bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati kita juga terjaga, akhlak kita terpelihara, dan akidah kita makin teguh pada-Nya. Insya-ALLAH.

Moga kita istiqamah, duhai muslimah! Moga akhlak kita seindah tudung kita! Biiznillahi Ta’ala! ^_^ ♥

semua orang boleh bertudung labuh. biar terikut-ikut, asal ianya bukan maksiat. kan? lama kelamaan sehelai tudung itu akan sebati dalam diri kita. insyaAllah. semoga kita semua istiqamah untuk terus dan terus BERUSAHA menjadi Solehah! 

***

minta maaf tulisan agak berterabur. 

Saturday, September 8, 2012

"jadi ustazah la nanti ye?"

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

baru selesai berperang dengan LIPAS di dapur. apabila tiba musim panas (soifi) ni, segala keturunan lipas mula keluar dan menyibuk di dapur.  habis sebotol penyembur lipas malam ni, sampai kepala saya dah naik pening terbau ubat lipas. -_-' . esok kita sambung lagi dengan ye! senjata seterusnya adalah ubat gegat.

***

seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, ini merupakan kali pertama saya tidak pulang ke Malaysia di musim panas. maka, wajah-wajah yang kesunyian yang ditinggalkan oleh kawan2 ini lah yang bakal menguruskan kedatangan pelajar baru nanti. kali pertama saya melibatkan diri dalam keluarga AHLAN (program sambutan mahasiswa baru). tahun lepas saya hanya bertindak sebagai fasilitator. sekarang Alex sudah didatangi adik2 dari beberapa agensi dan KPT. dan kami pun dalam gerak kerja membersihkan asrama MARA untuk pelajar MARA yang bakal datang nanti. kalau tak silap 13 haribulan 9 nanti mereka akan tiba ke bumi penuh tarbiyah ini.

persiapan menyambut kedatangan adik2 kami nanti membawa saya ke kisah 5 tahun yang lepas. ye, saat saya menjadi 'adik' di sini.

*
semasa saya menyatakan hasrat untuk belajar di Mesir, Ma dan Ayah menyambut baik pilihan saya. depa cool ja. hehe. tapi, sepupu sepapat, pak cik dan mak cik agak terkejut. almaklumlah....saya mungkin dilabel sebagai pendiam, lemah, tambah pula tidak pernah berpisah dari Ma dan Ayah dan TAK PERNAH belajar di luar Kelantan, alih2 nak belajar di Mesir?

"biar betul?"
"boleh ke dia tu?"

kata2 sebegitu agak menggugat hati saya tika itu. tapi, apabila melihat Ma dan Ayah yang senang dan cool dengan keputusan saya, dan selepas beristikharah akhirnya saya bulatkan tekad di hati "ma ayah, kak ngah nak gi Mesir" =)

Alhamdulillah, Allah bagi peluang ini untuk saya. akhirnya saya menjejak ke bumi yang penuh kisah2 nabi dan rasul kita.

*
sebaik tiba di lapangan terbang Cairo yang pada waktu itu sangat  kalut bagi saya. rupanya itu standard suasana di Mesir...yang kalut, yang ribut, yang bising, yang serabut...itu lah Mesir. kelihatan di balai ketibaan, wajah2 Melayu sedang menunggu kami. Itu lah senior2 yang datang menyambut kedatangan kami si budak baru nak belajar ini.

kemudian kami dibawa ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) atau lebih famous dengan panggilan ARMA. kakak2 dan abang2 sudah bersedia untuk berprogram bersama kami.

"ooohhh....kat sini pun ada orientasi ek?"

kerana waktu itu sudah malam, dan waktu Malaysia pula sudah pukul 2@3 pagi, maka kami saaaangat lah mengantuk! huhu...sori abang2, kakak2...adik2 dah tak mampu nak buka mata. T.T ---> itu lah hari pertama ketibaan kami.

hari seterusnya, kami meneruskan orientasi dengan baik selama seminggu. sepanjang program, kemunculan senior2 yang hebat cukup menarik minat pada masa itu. mereka aktif berpersatuan, tapi mereka mampu mumtaz dalam pelajaran. sampai sekarang saya masih ingat akan perkongsian seorang senior yang ketika itu sudah di tahun 6 dan telah mendirikan rumah tangga ketika beliau di tahun 4. study maintain gu!

tapi ingat, lain orang lain ujiannya. bak kata Ma saya, orang lain mampu tak semestinya kita mampu. dan Allah Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-Nya. jadi, jangan buat kesimpulan perkahwinan boleh men-cemerlang-kan anda.

pengisian sepanjang program cukup bermanfaat sekiranya kita fokus. bagi saya, ia berjaya menyuntik semangat saya yang separuhnya masih berada di benua Asia sana (ketika itu) untuk memulakan perjalanan di perlembahan Nil ini. saya paling suka slot 7 habits.

*
selepas seminggu, kami dibawa ke medan kami iaitu Iskandariah. seronoknya! :))

apabila masuk ke kawasan utama penempatan pelajar Malaysia, senior yang menaiki bas bersama kami memperkenalkan tram! hehe. masa tu saya tak pernah terfikir saya akan naik tram tu. rupanya, itu lah pengankutan utama kami. hari-hari naik tram. tambang 25 sen untuk ke mana2 destinasi. tak kira jauh atau dekat. best kan?
ini tram =)
kemudian kami masuk ke kawasan Syatbi, tempat terletaknya asrama universiti yang bakal menjadi tempat tinggal kami selama setahun. saya selalu dipesan oleh sepupu saya, di Mesir nanti ...just expect the worst. jadi, saya bayangkan asrama kami nanti macam nak runtuh. alih2................

Alhamdulillah, luarannya ok saja.

masuk dalam? pun baik2 aja.

masuk bilik? ok la.

paling kurang, it is better than my expectation. ^_^

oh ya, ini bukan asrama MARA...tapi asrama universiti yang juga didiami oleh pelajar Arab.

setiap hari dihidangkan nasi arab. nasi yang digaul bersama minyak sapi. setiap orang diberi 1/4 ekor ayam. kalau hari bukan ayam, kami makan daging. cara masaknya....always the same. tapi syukur je la kan? dan akhirnya kebanyakan daripada kami berjaya 'membina' badan selepas setahun makan makanan2 yang sangat sihat itu. hoho! -->kenangan yang tak dapat dilupakan.

kadang2, datang juga rasa teringin untuk menjamah lauk melayu. inisiatifnya ialah MASAK SENDIRI lah. humm....masa tu, masing2 nak tunjuk skill. saya yang cuma tahu tolong Ma di dapur rumah di Malaysia, agak kerdil di situ melihat kawan2 lain hebat memasak. maka, di sini lah saya belajar memasak. rupanya, masak memasak ni idok le susah benor....campak je! menu yang sering kami masak adalah tom yam. Masa tu, tom yam menjadi makanan yang sangat istimewa, kawannya telur dadar....cukup sekadar dua menu ini, kerinduan kami kepada masakan ibu terubat. tapi sekarang, tom yam dah duduk di carta bawah......banyak menu lain yang telah mendahuluinya.

*
humm....itu kisah asrama dan makanan.

kisah keluarga pula...

kawan2 dan senior2 lah keluarga kami di sini.

mungkin kelihatan sama saja dengan universiti di Malaysia, tapi apabila berada di luar negara dan sudah berlainan benua ni...kami menjadi lebih rapat. ada masalah terus refer senior. ada masalah boleh kongsi dengan kawan. kebetulan masa tu susah nak berhubung dengan keluarga. nak call, kena pegi CC. CC arab bisingnya kadang2 boleh sampai tahap kelab malam. berdentum-dentum lagu dipasang. akhirnya banyak kali kalau call rumah berakhir dengan "hello? hello? dengar tak?" - sekarang dah senang. kebanyak rumah dah ada wifi. kalau bukan wifi pun depa guna broadband. alhamdulillah...dah boleh bergayut panjang, dan boleh call bila2 masa. =)

dan saya takkan lupakan mereka yang terlalu banyak mengajar saya di sini. Allah swt berikan kekuatan berwasilahkan mereka. akhirnya, sedikit demi sedikit.....saya mula mengenal dunia lain selain dunia belajar. rupanya terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain daripada mengejar cita2 dunia. rupanya ada tanggungjawab lain yang kita perlu lakukkan selain daripada semata-mata belajar. rupanya belajar itu tugas yang entah ke berapa. tugas pertama adalah sebagai hamba-Nya, dan tugas ke-2 adalah menjadi khalifah.

kadang2 kita lupa, kan? ye, saya sendiri pernah lupa.

*
akhirnya, 5 tahun sudah kisah di tahun satu tu. kejap je. junior yang bakal datang tahun ni beza umur kami dah 5@6 tahun. dah tua rupanya 

dan sudah terlalu banyak kisah yang terukir di sini. ukhuwah, tarbiyah, kepimpinan, doktor muslim...saya mula mengenali semua ini di sini.

ahlibeit saya. Alhamdulillah masih bersama walau sudah 5 tahun. <3 td="td">
kalam2 taujihat daripada sahabat2 dan kakak2 yang disayangi. banyak lagi ni...tak cukup nak masuk gambar. :D

*
untuk adik2 yang bakal datang (macam lah ade adik yang akan baca..huh!)

dunia universiti takkan sama dengan dunia sekolah menengah. dan universiti di bumi Malaya itu takkan sama dengan universiti di bumi kinanah ini.

berdikari. berdikari. berdikari. nak hidup, berusaha sendiri.

jaga lah hubungan dengan manusia dan paling penting hubungan dengan Allah swt. seorang ustazah semasa kami mengikuti kursus bahasa Arab di UKM pernah berpesan, jaga lah solat dhuha. kalau boleh lakukan setiap hari. dan seorang ustazah lagi pesan, jangan tinggal doa untuk kedua ibubapa. sebelum minta yang lain, minta Allah memberi kesejahteraan kepada ibubapa dulu.

hubungan manusia sangat perlu dititikberatkan. jaga lidah, jaga hati. serendah-rendah level ukhuwah adalah berlapang dada, setinggi-tinggi levelnya pula adalah ithar iaitu mendahulukan orang lain lebih daripada kita. (kecuali bab ibadah, kita kena berebut nak buat dulu ^_^)

nak cari kawan ramai. tak payah risau. tapi, pandai2 lah berkawan...dan sayangi kawan anda. sekali berkawan, biar lah sampai ke syurga ^_~ .

*

saya tahu, akhirnya saya syok sendiri kalau tulis panjang2. jadi, setakat ini saja.

tajuk entry kali ni : "jadi ustazah la nanti ye?"....kenapa tajuk ni?

sebab masa nak datang dulu, semua orang ingat saya datang nak belajar kuliah pengajian Islam. ye la, dari Maahad Muhammadi kemudian ke Mesir...."belajar agama la tu!"

hehe. rupanya ramai lagi yang belum tahu yang negara arab ini ada kuliah perubatan. pergigian, farmasi pun ada.=).

***
                                            
AHLAN wa SAHLAN adik2! cuba lah mengutip mutiara ilmu di sini. ayat yang famous juga, 'kutip lah permata di sebalik debu-debu Mesir ini'.

***
masih setia menunggu result tahun 5. doakan ya!



Sunday, August 12, 2012

graduan madrasah Ramadhan?

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

hari ni 12 ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan 1433 H..dan sebaik masuk waktu maghrib hari ini, sekarang sudah pun 25 Ramadhan. cepat kan? ramadhan kali ini terasa sangat pendek. awal ramadhan tahun ini kami berperang dengan imtihan akhir tahun 5. alhamdulillah...sebaik tamat imtihan, ramadhan sudah di suku ketiga yang terakhir iaitu 10 hari terakhir.

apabila kita sebut 10 hari terakhir, automatik fikiran kita akan terbawa kepada malam al-qadr (lailatulqadr), yang mana amalan pada malam al-qadr dijanjikan pahala oleh Allah swt dengan pahala 1000 bulan. fuh! cer bahagi....1000 bulan bersamaan berapa tahun? lebih kurang 83 tahun. agak2 sempat ke kita hidup sampai umur 83 tahun? wallahu a'alam. jadi, apa lagi? move move move! bergerak sekarang! dah tinggal beberapa hari sahaja lagi kan? tahun depan belum tentu dapat bertemu ramadhan sekali lagi.

pada awal ramadhan baru2 ni, seorang ukhti ada memberi sedikit tazkirah kepada kami sambil sembang2. katanya, bulan ramadhan ini ibarat sebuah madrasah atau sekolah. apabila disebut mengenai sekolah, apa yang kita harapkan ialah jika kita nak tuntut ilmu, kita nak ilmu tu bertambah. di dalam madrasah ramadhan ini pula, apa yang kita harapkan adalah diri yang lebih baik daripada sebelum menempuh ramadhan. kita cuba renungkan sekejap pada firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 183 :

 Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

apa tujuan puasa? Allah swt sebutkan di situ ' supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa'. 

kita pun tanya, "macam mana sifat orang bertakwa?"

meh kita extract isi2 dalam ayat Allah swt di bawah ni =).

awal surah al-baqarah, dalam ayat 2, disebutkan bahawa Al-quran tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang BERTAKWA. 

.....siapakah?

disambung di dalam ayat ketiga hingga 5 : 

3 : iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat , dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,

4: dan mereka yang beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab2) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat.

5: Mereka lah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.


di dalam ayat lain pun ada lagi yang Allah swt ceritakan mengenai sifat- al-muttaqeen ni. antaranya di dalam surah Aali Imraan ayat 133-135.

133 : Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,

134 : iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.

135 : dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah swt? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.


dan ada baaaanyak lagi kalam Allah swt di dalam al-quran yang menyebut  mengenai sifat2 orang bertaqwa. nanti2 kena korek2 lagi lah. 

dan semestinya siapa yang disifatkan sebagai al-muttaqeen ini Allah swt dah janji ganjaran yang istimewa. salah satunya di dalam surah aali Imraan juga dalam ayat 136 :

" Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

AMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT. 

jadi.....melalui madrasah ramadhan ni, goal utama kita adalah menjadi orang bertaqwa. sekarang pun sudah tinggal dalam 4 atau 5 hari saja lagi, keadaan diri kita sekarang macam mana? saya pun menilik diri sendiri. adakah masih sama seperti sebelum ramadhan 1433 Hijrah ini tiba? 

teringat semasa dalam perjalanan pulang dari iftar di rumah ustazah Syaima' baru2 ni, sepanjang perjalanan di highway pantai atau kami panggil jalan 'ala bahr, terutama di kawasan Miami (hot spot family arab berpicnic), manusia penuh di pantai. aik? bulan puasa pun ada yang datang mandi pantai. galak bersuka ria.  dah la malam. sedang waktu itu sepatutnya sama2 bertaraweeh. atau paling kurang, hormati lah bulan ramadhan ni. mungkin ini antara yang disebut oleh Rasulullah saw di dalam salah satu hadis yang mafhumnya lebih kurang, amat rugi bagi orang berpuasa pada bulan ramadhan ni yang mana mereka tak dapat apa2 kecuali lapar dan dahaga. kita sendiri? semoga tak termasuk dalam golongan yang rugi.

**

ramadhan bulan tarbiyah. bulan mendidik jiwa. kalau yang panas baran, bulan ni dididik untuk lebih bersabar. untuk yang susah bersyukur, bulan ini diri diajar untuk lebih bersyukur. dan ramadhan kali ini banyak mentarbiyah diri ini. cukup ke tarbiyah ramadhan ni untuk saya? wallahu a'alam. namun, ramadhan kali ni banyak mengajar diri, jiwa dan hati saya. sungguh segala tindak tanduk kena ikut apa yang Allah swt ajar. Allah swt turunkan Al-Quran, Rasulullah saw tinggalkan sunnahnya. 

keputusan berasaskan nafsu.....harap dijauhkan. MESTI dijauhi. 

semoga kita semua menjadi graduan ramadhan yang terbaik! semoga kita sama2 tergolong dalam golongan al-muttaqeen. 

**

saya ada tengok filem 'di bawah lindungan kaabah'. ini pun selepas saya tengok status adik saya mengenai filem ni. Subhanallah! sangat terkesan di hati. mesej yang saya dapat adalah bertindak ikut redha Allah. cinta kerana Allah swt. kata ibu Hamid (watak utama aka hero) "di saat kamu merasakan kamu tidak punya siapa-siapa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih dari cukup"....walaupun kata2 ini sudah banyak kali dibaca dan didengar, tapi...saat ibunya ungkapkan kata2 ini, entah kenapa air mata tiba2 tak dapat dibendung. kenapa? tengok lah sendiri =)

**

sekarang semua ahli beit saya sudah pulang ke malaysia. tinggal lah sorang2 dalam rumah ni. tak semangat nak beraya. =(. insyaAllah sahabat saya selama 5 tahun di sini bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. malangnya, saya tak dapat hadir. sodih tak? sempat jugak ambil gambar terakhir semasa dia bujang ^^.
semoga berbahagia hingga ke syurga. 5 tahun. kalau 5 tahun 5 bulan, dah boleh jadi macam Ana dalam 5 tahun 5 bulan. 

**

ok lah. panjang2 tulis pun macam syok sendiri juge. setakat ini saja. wallahu a'alam. doakan segala urusan dipermudahkan!





     

Monday, July 9, 2012

..hamba lemah..

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

semenjak dua menjak ni, apabila bertemu mana-mana pelajar Malaysia di sini....soalan wajib,

"balik Malaysia tak?"
"syimah balik berapa haribulan?"

dan jawapan saya semestinya "insyaAllah saya tak balik,"

dan respon mereka :

"haaaah?! biar betul syimah tak balik?" -- betul la ni. insyaAllah tak balik.

"waaa....bagusnya tak balik," -- bagus? saya pun tak nampak apa yang depa nampak bagus tu, KECUALI menghabiskan Ramadhan di sini ^^. itu yang paling indah bagi saya. :)

"kenapa tak balik?" -- saja. tapi saya balik raya haji insyaAllah.

respon mereka lagi :

"balik raya haji? kenapa? bukan tahun depan dah balik malaysia for good ke? ke ada pape?" -- kena balik juga raya haji nanti. dapat kebenaran tak balik raya puasa ni pun sebab saya janji akan balik raya haji. lagi pun, dah lama tak merasai suasana raya haji di Malaysia...rindu. dan setakat ni tak ada apa2 yang lebih istimewa selain berjumpa keluarga tercinta =).

itu lah antara dialog2 rutin saya sekarang. ayat sama saja.

dan dalam masa yang sama......tak dapat nak dinafikan, walaupun di bibir mengatakan TIDAK, hati kecil ini tetap mengatakan "saya rindu mereka". jadi, tipu lah kalau kata tak ada rasa nak balik =). *jadi minta tolong jangan banyak sangat status countdown.hehe.--padan muka mekngoh la, dulu selalu sangat counting days to go back to Malaysia.nah! ambik kau*

ok, tutup kisah ini. kita pergi kepada tajuk.

***

hamba lemah. bukan lemah sebab homesick :D.

firman Allah swt di dalam surah al-ankabut ayat 2 :

"apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman'', dan mereka tidak diuji?"

ayat ini biasa ditadabburkan, disebar luaskan, antaranya untuk mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan terlepas daripada diuji. begitu juga lah keadaan saya di sini. kononnnya difikirkan bisa diuruskan, akhirnya...temui jalan buntu.

dan di saat kita mula menemui jalan buntu, ke mana hala tuju seterusnya?


mengadu kepada manusia pula akan timbul masalah lain pula. maklumlah zaman cyber. zaman jari semakin laju menulis, lidah semakin petah berkata-kata. sampaikan dalam tidak sedar, cerita yang tidak enak tersebar luas.


ada pula yang kalau diadukan masalah, dia bandingkan dengan masalah dirinya yang lebih besar. alahai..pelik sungguh lah. ok, saya nampak cakap2 mengatakan dia ditimpa ujian yang lebih besar berbanding orang lain tu sudah menjadi normalisasi. semakin sebati dalam hidup. saya sendiri pun pernah. tapi, sekali orang buat macam tu pada kita...apa kita rasa? fikir2kan~


yang terbaik, dan takkan ada jalan lain yang lebih baik  selainnya iaitu kembali kepada Allah swt.

....manusia memang lemah kan? tapi, yang peliknya manusia ni lupa mereka lemah. sebelum ditimpa ujian, bukan main seronok hidupnya. sekali dia diuji...akhirnya tersungkur ke bumi. kalau yang sedar akan dirinya makhluk yang diciptakan, dia akan kembali kepada penciptanya. tapi, sekiranya dia lupa akan dirinya itu adalah ciptaan yang hina dina, tempat untuk dia melepaskan segala kekusutan itu akhirnya kepada perkara yang tidak kekal malah ada yang sanggup membinasakan diri sendiri. hai manusia...


"...dan jangan lah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri..." al-baqarah ayat 195.

ilmu manusia terbatas. hanya mengetahui apa yang dia ketahui. tapi Allah swt ilmu-Nya luas. dan Allah swt Maha Mengetahui. samada yang jelas atau yang tersembunyi. dan Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. banyak kali saya terbaca kata2 ini, 

"Allah swt beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan''

yup. apa yang kita mahukan tak semestinya baik untuk kita. apa yang kita dapat, itu lah yang terbaik. sepertimana kalam Allah swt yang berbunyi :

"..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - Al-Baqarah 216. ini ubat hati yang entah ke berapa untuk hari ini.

jadi apa yang perlu didoakan dan diminta adalah apa yang TERBAIK untuk diri kita. bukan menyenaraikan spesifikasi perkara yang kita mahukan tu, contohnya dulu masa SPM doa nak dapat 12A1, akhirnya tak dapat pun tapi Allah swt bagi keputusan yang terbaik untuk kita.

dan sepertimana yang disebut di atas, ilmu kita terbatas. maka, 'tanya' lah Allah swt. mintalah daripada Allah swt untuk menjaga setiap langkah, dan setiap keputusan dalam hidup agar semuanya tidak lari daripada redha-Nya.

apa lagi yang kita mahukan selain daripada redha dan rahmat Allah swt?

"maka ingat lah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu ingar kepada-Ku" Al-Baqarah 152.

ada satu lagu daripada Mestica - rahmat ujian.

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


*
tetapi, jangan lupa. ujian kita bukan lah sehebat ujian RAsulullah sallallahu alaihi wa sallam, para rasul sebelumnya, para sahabat, umat Islam di negara2 yang bergolak seperti Palestin,Syria, Burma dan lain2. oleh sebab itu, jangan cepat mengeluh! awak punya ujian tak hebat pun.
*

***

mungkin setakat ini saja entry kali ni. entry ubat hati =). tak ada lah 'sakit' mana pun sebenarnya. sekadar berkongsi beberapa ubat hati yang terlintas di kepala saya. Alhamdulillah.

"...Katakanlah "Al-Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman.." surah Fussilat ayat 44.

wallahu a'alam =)


ramadhan is coming!
Allahumma ballighna ramadhan...amiin.




Thursday, June 21, 2012

membuahkan pelangi

assalamualaikum wbt...


“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


hari ni 21 haribulan 6, maka sudah 5 tahun 11 hari kami berkenalan. kalau nak diingatkan apa cerita2 5 tahun dulu, macam2 ada. ayat skemanya, kisah suka duka silih berganti. =). dan tanpa sedar, 5 tahun sudah saat itu berlalu. 


Alhamdulillah. 


petang tadi saya terpandang folder 'kursus BA' di dalam laptop saya. setiap satu gambar diteliti. dah banyak yang berubah. dari semua bujang, akhirnya dah ada yang berkahwin. dan gambar yang paling menarik minat saya adalah gambar kami berdua. ~~memang dari dulu kita ni  duduk sama2 dalam kelas eh? ;p


kursus bahasa Arab di UKM, 2007.
haih...entah demam apa hari ni. tapi, hati ini kuat mengatakan perkataan 'sahabat' takkan sama dengan perkataan 'kawan'. boleh faham ke?  ada orang yang dahulunya adalah seorang 'sahabat', tapi akhirnya berada di taraf 'kawan' sahaja. ada orang yang dulunya adalah seorang 'kawan', tetapi kemudiannya berada di level 'sahabat'. dan bagi saya, 'sahabat' berada di tempat yang lebih tinggi berbanding 'kawan'. makanya...bak kata Saidina 'Ali :


''selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari'' --- siapa nak jadi orang lemah? saya pun tak nak. sangat rugi jika kita mensia-siakan apa yang kita ada.


as most of the time we're together, then there will be a lot of stories between us. and there will be a lot of mistakes i've done. minta maaf kalau ada salah silap sepanjang 5 tahun ni. minta maaf kalau ada terkasar bahasa. minta maaf kalau ada cakap2 belakang.  


*cakap belakang : kalau perkara benar, itu mengumpat. kalau salah, itu fitnah. so, kedua-duanya salah la kan?*


“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)


ada masanya, kita perlu nyatakan penghargaan kita kepada sahabat. mungkin ada yang rasa, ini macam tulisan anak2 sekolah..ye lah, bercakap soal friendship? 


tak kisah lah apa nak dikata...kerana saya diberi peluang, saya rasa , saya perlu menghargai sahabat saya. esok atau lusa, kita tak tahu apa yang bakal terjadi.  just be grateful for what you have now.


sunflowers wouldn't live without the sunshine
saya ingat lagi apa yang awak bagitahu saya masa kelas Pulmo dulu. terima kasih ^^. masa tu, dalam hati ni hanya Allah yang tahu. tapi saya tak rasa saya layak untuk jadi the sun.  

dan saya ni memang tak pandai bermadah atau berpuitis. jadi saya tak tahu nak cipta perumpamaan baru. soriii.


tapi, saya rasa kisah kita telah dan bakal menghasiklan pelangi. =)

semoga ikatan yang ada ini sentiasa diberkati Allah swt. semoga kita tergolong di dalam salah satu golongan yang mendapat naungan daripada Allah swt kelak.  semoga bertemu sahabat yang lebih baik. semoga sentiasa dalam rahmat Allah. dan semoga mudah bertemu teman hidupnya nanti ;p. 

wallahu a'alam.


Tuesday, June 12, 2012

Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan

assalamualaikum wbt.



it has been a year already. and actually i have to add 4 months more.

firman Allah swt di dalam kitab suci al-quran :

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" 

Al-Baqarah ayat 216.

orang kata ramai akan share ayat ni bila hati nya sedih. ye ke? tapi, saya tak sedih pun ni :D

cumanya, ayat yang famous ni mengingatkan kita bahawa tak semua yang kita inginkan, harapkan, dan  impikan tu akan kita dapat sebab tak semua perkara tu adalah baik untuk kita. 

Allah swt berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan. dan setiap apa yang diberikan itu adalah yang TERBAIK. yang terbaik untuk kita, tak semestinya terbaik untuk orang lain. dan begitu juga lah sebaliknya. 

syukur,
sabar,
redha...


semoga hidup bahagia :)

**dah ramai yang beli tiket balik ke Malaysia summer nanti. buat kali pertama, keputusan untuk tidak pulang di ambil. semoga kuat! insyaAllah kuat. =)

update ringkas, wallahu a'alam <3

Monday, June 11, 2012

manis :)

assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

sekarang sudah berada di round terakhir untuk semester ke-2 tahun ni. kalau di muhafazah lain mereka sedang tekun belajar untuk menghadapi exam final, kami terutamanya pelajar tahun 5 ni masih berulang alik ke kuliah.
panas. memang panas. semoga setiap titik peluh dikira sebagai pahala! amiin.

semalam ada diadakan sebuah talk daripada sir Idris Tawfiq di universiti sempena program NICE (Night of Cultivating Excellence)..betul ke macam ni ejanya? banyak ditekan kan bahawa everything is for Allah the Almighty. segala-galanya...hanya milik Allah. Alhamdulillah.

program NICE ni salah satu event sempena EXam Fever Campaign. nampaknya tahun ni EFC berlainan sekali. kalau dulu kami tak terasa akan kewujudan EFC ni, kali ni dapat dirasai hangatnya EXAM itu...walaupun kami tahun 5 akan mula exam di akhir bulan 7...takpe lah...fever awal2 lah. :D

***

tak ada apa pun yang nak diupdate kerana sekarang idea memang sangat2 berkurang. apa yang ada dalam kepala tak semua dapat diluahkan, kan? kadang2 untuk menulis terpaksa tapis emosi daripada menjadi salah satu isi di dalam tulisan saya. kalau cerita yang menggembirakan rasanya tak ada masalah, cuma kalau berbagai-bagai perasaan negatif ingin dikongsikan....seolah mahu orang lain turut ada rasa itu. simpati? entah..

ada saya terbaca di dalam buku 'you can be the happiest woman in the world' tulisan Dr.A'id Al-qarni, mengatakan : the pessimist creates the atmosphere of depression.

kenapa?

sebab keadaan seseorang akan mempengaruhi keadaan orang di sekelilingnya. contohnya, kalau seseorang tu suka berkerut, berfikiran negatif, selalu fikir karut marut, fikiran bercelaru, selalu berada dalam keadaan risau , rasa putus asa dengan hidup dan segala sikap2 negatif yang lain....dia akan memindahkan semua sikap tu kepada orang lain. he said, it will be like a contagious disease.

dikatakan juga bahawa yang akan menyebabkan 'penyakit' ini bukan manusia sahaja malah rancangan televisyen, novel, majalah, akhbar juga boleh buat 'penyakit' ni merebak. contoh, kalau novel yang kita baca tu novel yang menceritakan konflik yang pelik-pelik contohnya masalah tertukar anak la, berebut harta dan nak yang nak bunuh2 lagi.....semua tu akan menyebabkan sifat negatif akan meresap masuk ke dalam diri kita. kita sendiri akan rasa serabut.

teringat bila tengok makcik2 di kampung suka tengok sinetron indonesia yang panjaaaang sangat kisahnya, dan ada bermacam-macam konflik yang tak masuk akal.....mereka akan bawa konflik cerita tu ke tangga2 rumah dan bersembang masalah watak2 yang ada. siap emo lagi. T.T. lepas tu sembang pula berjam-jam. adoi la...

sebaliknya, sekiranya seseorang itu memilih untuk menonton rancangan atau membaca kisah2, novel dan majalah yang optimis, ada sikap menghargai kehidupannya, yang tanam sikap keyakinan diri dan semangat untuk berjaya...maka dia yang memilih kategori ini akan rasa motivated. seolah inspirasi telah datang :).

jadi, pilihlah jalan ke arah optimis bukan pesimis. dan kita yang selalu bermuamalat dengan manusia, cuba sebarkan sikap optimis. selalu lah SENYUM =). hadirkan senyuman daripada hati. tak kira lah orang tu dikenali atau tak. yang penting, JANGAN SENYUM SORANG2 ;p.

'banyak masalah, tak boleh nak senyum'.....kenapa salahkan masalah. sebenarnya, kalau kita sebut yang kita ada masalah sekali pun, masalah takkan selesai.

"so, tak leh share problem dengan orang la?"....tak, bukan macam tu. tapi, kalau ingin berkongsi masalah, biarlah dengan orang yang kita yakin mampu membantu kita selesaikan masalah tu, paling kurang orang yang boleh menenangkan hati kita. bukan yang tambah kayu api kepada masalah kita. kalau tambah kayu api, memang masalah akan semakin jauh untuk diselesaikan.

"tapi, perempuan kan nak orang dengar je...bukan minta solution,"...:). aduan kali pertama mungkin sekadar ingin meluahkan, aduan seterusnya mungkin kerana inginkan penyelesaian. ~~~ni pendapat saya sebagai perempuan :)..so, tolong lah jangan tambah 'kayu api' kepada masalah.

key word pertama kali ni : SEBARKAN BAHAGIA ^^

key word kedua pula : TINGGALKAN PERKARA SIA-SIA


Daripada Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Di antara kebagusan keIslaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berguna bagi dirinya.
[Hadis Hasan Riwayat Imam Tarmidzi] 

Tiap-tiap perkataan anak cucu Adam adalah bencana ke atasnya, bukan manfaat baginya, kecuali mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan mengingati Allah (Dzikrullah).

[Hadis Riwayat Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau kebaikan dan perdamaian di antaranya manusia.
(An-Nisaa 4:114)

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata benar atau diam saja.
[Hadis Sahih]
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada seseorang yang bercakap baik lalu ia mendapat faedah, atau diam saja lalu ia selamat.
[Hadis Sahih – Dakwatul Islam :82]
Simpanlah lidahmu kecuali terhadap yang baik, karena sesungguhnya engkau dengan demikian itu dapat mengalahkan syaitan.
[Hadis daripada Sa’id Al-Khudry]

beberpa pukulan ke kepala saya ... dush3! T.T....dan peringatan terakhir : 
Cukuplah seseorang digolongkan sebagai pendusta sekiranya ia katakan apa saja yang dia dengar.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]


****

majlis khatam al-quran 1998. gambar sebelum bergerak ke rumah tok guru ngaji :)

kami 5 beradik. majlis khatam al-quran saya dan kedua-dua abang saya. abang2 dah khatam lebih awal, tapi ayah sekalikan saja majlis khatam kami. bila tengok gambar ni, buat saya tersenyum sendiri dan buat hati saya kata ''alhamdulillah, i have a beautiful family" dan bagi saya, keluarga muslim atau lebih famous dengan baitulmuslim tu, pemimpinnya mesti lah yang titik beratkan agama. 

                                           "Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya"

apa yang awak nampak? =)
ni satu lagi
kedua-dua gambar awan tu diambil di citadel. di luar kawasan kubu salahuddin al-Ayyubi. Subhanallah....ciptaan Allah swt sangat cantik dan menarik kan? 

masa tu saya cuba2 untuk cari bentuk 'hati'...bila dongak, nampak 2 awan tu. :). Alhamdulillah!  ~~*ade orang tak nampak ke?*

apabila saya melihat ketiga-tiga gambar di atas ni, saya rasa lapang. jadi, gembirakan hati kalian. sentiasa positif. saya yang bercakap ni masih ada silap, dan masih cuba untuk bersikap positif. be optimist, not pessimist. ok?

tapi, yang pasti....ketenangan hati itu akan datang jika kita kembali kepada-Nya. 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Ar-Ra'ad ayat 28

wallahu a'alam. kalau saya salah tolong tegur.

semoga segala urusan kita dipermudahkan. amiin. =)

Saturday, May 26, 2012

subhanallah, dia sangat cantik!

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah.

sebenarnya tak berniat pun untuk menulis entry hari ini. tapi, kepala saya terlalu teringatkan dia. dia yang cantik, di mata saya, manusia lain dan insyaAllah cantik pada pandangan Allah juga.

kenapa saya kata dia cantik?

pernah diceritakan kepada saya, solat tahajud tak pernah ditinggalkan. kalau in case tertinggal, dia menangis. hati dia jadi hiba. ......terus saya tanya diri saya, betapa susah untuk bangun tahajud. dan susah juga untuk menangis sekiranya tertinggal.

pakaiannya, alhamdulillah. sangat solehah.
pandangan matanya? alhamdulillah sangat menjaga.
tutur bicaranya? alhamdulillah, sangat terjaga juga.

kadang2, saya rasa dia pelik. sebenarnya, dia tak pelik. dan dia sangat istimewa. kata2 nya yang ini membuat hati saya bergetar. katanya, 'saya rasakan Allah ada di sebelah saya'.

siapa dia? biar lah rahsia :). kalau ada yang tahu, diam kan aja ye. dan kalau dia terbaca entry ni, saya nak khabarkan kepada dia "akak kagum dengan awak :)"

entry yang pendek. tapi apa yang saya nak sampaikan, jadilah bidadari dunia. dan bagi saya, dia bidadari dunia yang pertama saya jumpa.




Sunday, May 20, 2012

andai itu langkah terakhir....


assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur saya dan kamu2 sehingga ke saat ini. setiap detik, setiap saat dalam dunia ni, ada nyawa2 yang Allah swt tarik. kerana semua yang ada hanya pinjaman, maka akan tiba masanya untuk Allah swt mengambil kembali apa yang dipinjamkan.

semalam ada terbaca 2-3 ayat dalam surah Fatir. sila rujuk ayat 15 sehingga 17 yang bermaksud :

"Wahai manusia! kamu lah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki nescaya Dia akan membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan demikian itu tidak sulit bagi Allah"

-DAN DEMIKIAN ITU TIDAK SULIT BAGI ALLAH-

jika Allah swt nak tarik nyawa kita, bila2 masa sahaja kita bakal dijemput. cuba kita tanyakan kepada diri kita, agak2 semasa Allah cabut nyawa kita nanti...kita tengah buat apa?

pernah saya terbaca atau dengar satu kisah ni. saya lupa ia berkenaan siapa. tapi, kisahnya mengenai seorang hamba Allah swt yang saaaaangat mengingati mati. sehingga dia rasakan setiap langkah kakinya itu merupakan langkahnya yang terakhir. seolah selepas langkah yang ini, dia akan kaku dan tiada lagi langkah seterusnya.

kalau kita?

humm...

ok lah...kalau saya?

kalau selalu ingat mati, tak ada lah nak buat benda lalai...kan?
kalau selalu ingat mati, tak ada lah nak buat benda tak baik.
kalau selalu ingat mati, bibir ini pastinya akan sentiasa basah dengan bacaan ayat al-quran, zikir2, selawat ke atas kekasih Allah swt iaitu Rasulullah saw tercinta, dan kata2 yang baik.

tapi, sungguh aku ini manusia. an-naas. Naasi = pelupa.

diri ini selalu terlupa. ada sahaja benda yang melalaikan. ada sahaja peluang untuk lidah menunjukkan ketajamannya.

kadang2, kita terlupa cara kita berkomunikasi dengan insan2 di sekeliling kita, baik atau tidak? ok ke?mungkin tak sampai tahap mencarut, tetapi...toleransi dalam kata2 itu seringkali kita lupakan.


Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….”

(Ali Imran ayat 159)

Allah berfirman,” Dan hamba-hamba Tuhan yang maha penyayang itu adalah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al Furqon: 63)

qaulan salamah (kata2 yang baik) ada beberapa aspek :

1) qaulan kariiman = kata2 yang mulia. so, elakkan lah mencarut atau panggil orang dengan nama yang tak elok atau apa2 yang tak sedap bunyinya 
2) qaulan ma'rufan = kata2 yang baik.  elakkan perkataan yang sia2. bercakap bila perlu. ~~my silence doesn't mean that i'm coward, atau pemalu....but i'll speak only when i think i have to speak and only when my silence will become a fitnah. --> sori, ni hanya pendapat dari diri yang kerdil lagi hina dan yang selalu dicop PENDIAM.
3) qaulan syadidan = kata2 yang lurus dan benar, jangan kona2, jangan tipu2 noh ^^. sabda Rasulullah saw : katakan lah yang benar walaupun ianya pahit. >.< 
4) qaulan balighan = kata2 yang tepat. tepat kepada golongan yang sedang kita berurusan. yang tua dihormati, yang muda disayangi =)
5) qaulan layyinan = kata2 yang lemah lembut. ~“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lemahlembut, sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas,” (Al A’raaf ayat 55)




saya pun masih belum sempurna. masalah komunikasi masih ada. semasa bekerja dengan ikhwah, ada cara2 dan batas2 yang perlu dijaga.  minta maaf, bukan nak sombong, tapi kita ada batas. 


untuk sahabat2 akhawat yang disayangi sekalian....kalau yang masih ada something terpincang dalam urusan seharian kita dengan ikhwah, harap kita sama2 baiki. tapi, kalau yang dah elok, semoga istiqamah =).

ikhtilat mungkin isu yang biasa , dan semakin dibiasakan. hopefully kita sama2 jaga.......sebab tak tahu saat nyawa ditarik tu duk tengah buat apa. kan?

betulkan yang biasa, biasakan yang betul.  dari sekecil-kecil perkara, ke sebesar-besar perkara.


wallahu a'alam. sungguh ini peringatan untuk diri saya yang lemah ini.

**
kali pertama saya mengadu penat....dan saya tekad takkan mengadu lagi. terima kasih untuk respon kalian.


saya pernah pesan kepada seorang ukhti ni, jangan kata penat apabila kita mengaku buat kerja Islam. tapi, hari ni saya terluahkan perkataan 'penat' tu. dan sudah serik. tak nak cakap lagi.

**

doakan anak saudara saya yang ke-4 dilahirkan dengan selamat ya! status abe Mi saya sudah berada di hospital kuala krai. semoga semuanya selamat ^^

Wednesday, May 9, 2012

uwais al-qarni, seindah namamu


Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

***************
assalamualaikum wbt.
Uwais Al-Qarni. itu kisah beliau. yang tidak dikenali oleh penduduk bumi namun sangat terkenal di langit. semasa kali pertama dengar kisah Uwais dulu, tertarik pula kepada nama Uwais ni. jadi, bila abang saya minta saya carikan nama untuk anak lelakinya yang bakal lahir ketika itu, saya suka kalau si kecil itu nanti dinamakan Uwais. 

*tak boleh nak letak Uwais Al-Qarni, sebab nama abang saya dah cukup panjang. jadi, Muhammad Uwais lah nama yang dipilih. 
pada pendapat saya, antara kelebihan menamakan anak2 dengan nama tokoh2 Islam..secara tak langsung apabila mereka membesar nanti, mereka akan mengenali siapakah tokoh Islam itu. apa sumbangan tokoh tu. dan mana lah tahu, suatu hari nanti si anak kecil itu bakal menjadi seperti tokoh itu. ni pendapat saya aje lah. nama2 seperti Umar, Al-Fateh, Salahuddin, Uwais, dan sebagainya...itu semua nama2 hebat yang telah berjuang demi Islam..dan, jangan lupa kepada nama Muhammad.  
Muhammad SAW, Rasululullah..Kekasih Allah....yang paling banyak berkorban demi agama Allah swt ini. =)
siang tadi dapat gambar Uwais daripada cek dah. Uwais dah besar. dah nak masuk umur setahun. Mak Ngah tinggal Uwais masa Uwais umur 4 bulan kot masa tu. komfem tak kenal kan?....standard lah kan? =(
Naufal, Iman pun tak kenal saya. sedih.
apa2 pun, semoga ketiga-tiga hero kami jadi anak2 soleh ya!
sahabat saya cakap, Uwais al-Qarni tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit. tapi, Muhammad Uwais ni femes sokmo. sebab mak ngah dia buat gambar Uwais jadi DP Ym. nah, gambar Uwais. :))
si mata bulat :D


yang ni buat saya cairrrr

"debe dok saya?"

yeay! saya anak soleh abi dan ummi saya ^^

<3 meh, Uwais pulak nak bawak keta, boleh kan abi? <3
tak dapat gambar Naufal dan Iman. tapi tetap sayang semua. 

~~~rindu~~~