halwa telinga

Sunday, June 20, 2010

keluar petang

assalamualaikum WBT...

keluar petang? macam la tak pernah keluar petang. hari ni selepas asar, tinggalkan buku physio sekejap ( tak bermakna setiap masa dengannya )...untuk selesaikan sedikit urusan. keluar je pintu rumah, masuk kedai fotostat kat depan pintu imarah. May ada. May ni penjaga kedai fotostat tu. salam saya dijawab. senyum lebar saja dia. sambil-sambil tunggu, saya sembang sikit2. walaupun tak pandai pun nak cakap sebenarnya.

"bila kamu exam?"
"rabu ni"
"habis bila?"
"insyaAllah bulan Julai"

"lambatnya.."....saya cuma mengangguk.

"sekarang tengah muzakarah? (ulangkaji)"
"aiwah"
"kamu study betul2 tak?"
erk!..."insyaAllah..." hai loh...tak berapa nak betul2 la ni...

selesai fotostat, dalam 5 helai...

"bi kam?"
"kholli ki" (xpelah)
ish..."betul ke ni?"
"kamu kan kawan saya, xpe, hari ni free,"
wah...May yang baik. ok, kamu kawan saya. syukran alayki!

rasa tak lekang senyum sepanjang berjalan ke stesen tram. hari ni, kawan baru.

---

selesai urusan , peminat tram tegar ni...berjalan ke stesen tram lagi.
kelihatan seorang kanak-kanak lelaki mencebik muka dengan ibunya. marah barangkali.

"berdiri kat sini...tak payah la pegi tempat lain!" arah si ibu. anak mencebik dan memberontak sikit2. lepas tu, ada tempat kosong. cepat2 dia pegi duduk. nak duduk rupanya...detik hati saya.
si ibu menurut saja langkah si anak.

kalau la saya boleh bercakap dengannya..."kamu jangan keras macam ni, nanti besar kamu tahu lah akibatnya derhaka macam ni. jangan degil2. bagi mak kamu duduk. dia dah penat."

tapi, language barrier mungkin salah satunya. tapi yang pasti..."nasib baik anak orang...." itu yang saya fikir.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`,

dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” (Al-Isra’ : 23 – 24)

budak kecik mana tak pernah memberontak? semua pernah merasainya. sekarang dah besar...sama2 boleh fikir baik buruk tingkah laku kita.

susahnya nak membentuk seorang manusia menjadi manusia!...terima kasih ma ayah...T_T

~ hargai lah ibubapa sementara masih ada masa ~

----

ok, perjalanan diteruskan lagi. tiba2 tram berhenti. di antara stesen tram gamaah dan cap caesar..."kenapa pulak pak cik ni? dah la panas nih.."

pak cik tram berhenti siram pokok bunga!...sweet...rupanya pokok2 tu ada yang jaga. baru ku tahu....sense of human? sayang benda2 yang cantik?...tak tahu lah~

---

perjalanan keluar petang...kenapa saya post pasal benda2 biasa ni? sebab saya gembira keluar petang ni...mgkin sbb permulaan yang baik...May...kawan baru. dan juga, banyak benda yang saya belajar walaupun dah ambik masa saya untuk physio petang ni.

ok, berusaha semua. robbuna yusahhil!

3 comments:

nhanunmr said...

ouh,1st thing nk comment..kimsalam la kat p.cik trum yg sweeeto tuh!hahaha :p

ayat Quran tu,penah abah sy bacakan mse sy try backup diri sdiri smpai tertnggi suara dgn ma sy.(tp,xdela marah pn time tu.kecik ati mungkin) ah,ape lagi?besenye,noor hanun tak manja.tp,haritu buleh air mata keluar..hik3

kematangan mengajarkan kesabaran kn?mengajar erti penghargaan.. juga pengorbanan :)

tuan rumah said...

1st comment tu x dpt dtunaikan;p

2nd comment,...sdih laaaa..sy adiri pun bnyk kali sgt tggi suare, hentak pintu....betapa x matang nya dlu2..huhu, loni besar dh....ucap syg bnyk kali pun xkn dpt byr lagi perasaan hti mak hk trguris dlu...

tiap kli blik, nekad dihati...nak duduk dgn ma ayah puas2, nk gembirakan hati mrk puas2...xnk ade sdikit perasaan menentang, cebik muka sikit pun...

so, tgas skrg...gmbira kan hati mrk dgn kejayaan kita...caiyyok!

hAs's said...

waah,,sweet~
ada pokok bunga ea??tak prasan
nak naik tram brenti camp caesar la pasni,,biasanya naik dan turun di Gamaah je,
(sbb rumah duk tgh2 di antara keduanya,,hihi)

k,
robbuna yusahhil =)