halwa telinga

Saturday, April 9, 2011

ianya satu formula



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah hari ni selesai juga exam internal medicine. peringatan sebaik saja selesai satu paper, adalah 'bertawakkal'

usaha-doa-tawakkal.

dalam apa-apa urusan sekali pun, inilah formula yang kita guna pakai. kalau nak lindungi duit, kita simpan duit di dalam bank. kita berusaha untuk itu. apa kisah selepas ini, tawakkal saja kepada Allah. tak mustahil bank itu akan dirompak. tetapi, kalau duit tu ada bersama kita, samada simpan bawah bantal ke, dalam tabung, possibility untuk hilang adalah lebih tinggi. paling tidak, tercicir.


aplikasikan formula ini pada sudut penjagaan maruah seorang perempuan/wanita.


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)


ramai orang mempersoalkan mengenai penutupan aurat. pakai macam ni boleh, macam tu tak boleh...cuba kita tengok balik apa yg dimaksudkan dengan 'AURAT' sebenarnya?

kalau ikut pemahaman ramai di kalangan kita hari ini, aurat tu anggota badan perempuan yang tidak boleh dilihat oleh lelaki dan begitulah sebaliknya. tapi, asal usul 'aurat' sebenarnya adalah 'keaiban'. maka apa yg mengaibkan? boleh fikir sendiri,kan?


jadi, macam mana nak tutup aurat betul2?

dah ramai tahu. kat sekolah kan dah belajar semua tu. kalau kita tengok anak-anak kecil yang baru belajar mengenai agama,

"kakak, rambut dah terkeluar tu. tak sah solat kita kalau nampak rambut,"
"oh, kakak tak tau la mama.."
"takpe, tak tahu dimaafkan..."

itulah kata mak2 kita dulu. atau juga pesanan dari sesiapa saja. saya banyak dengar, "takpe, tak tahu dimaafkan.."

jadi, kalau dah tahu, apa alasan kita? tiada alasan lagi,kan?

menutup aurat ni tak semestinya kena pakai jubah, baju kurung, tudung labuh...tapi, asalkan ianya memenuhi tuntutan ISLAM. boleh baca di sini. kita kan mahukan redha Allah dalam setiap yang kita lakukan...jadi, kita ikutlah apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.

jangan langgar larangan Allah kalau kita tak yakin kita ni mampu atau tidak untuk hadapi seksaan kubur, panasnya api neraka, dan menjawab soalan2 daripada Allah saat 'video' kita ditayangkan nanti.


kita berusaha untuk menjaga maruah kita. tapi tak mustahil wanita yang menutup litup menjadi mangsa rakus si manusia bertopengkan syaitan. jadi? itu gunanya DOA agar Allah memelihara kita dari marabahaya. seterusnya, kita bertawakkal kepadaNya. Dia Maha Berkuasa. percaya denganNYa.




sengaja saya bangkitkan soal aurat kerana saya perasan ramai manusia sudah semakin meringan-ringankan perihal aurat. 'busana muslimah tetapi elegan', 'busana muslimah tetapi bergaya'...dan paling tak tahan bila saya dengar seorang pereka fesyen ni cakap, "kita buat design yang bergaya,moden dan menutup aurat" sedangkan masa tu ditayangkan rekaan beliau yang tabarruj berlebihan,dan juga ketat! ... haih...apakah aurat pada pandangan saudari sebenarnya?


peringatan sebelum terlupa, aurat lelaki jangan lupa. dari pusat hingga ke lutut. nampak senang, tapi berapa ramai pegi main bola pakai seluar pendek? tolong pesan kat ahli keluarga kita ya.


dapat ilmu, kita sebarkan. jadi, saya sampaikan di sini. semoga sahabat2 saya juga boleh panjangkan lagi ke insan seterusnya. insyaAllah.


oh, ape cerita exam td? Alhamdulillah...penat menggoreng tadi. alih2 balik rumah lapar. hehe....tawakkal saja pada Allah. tapi, saya ada terfikir sudah cukupkah usaha saya untuk saya bertawakkal? wallahu a'alam.


perasan tak perkataan 'hyporthyroidism' tu? soalan nak hyper ke hypo sebenarnya? saya kompius. jadi tanya doktor, "hypothyroidism, decrease in the thyroid function.."

"but, this is O R.."

doktor masih dengan jawapan yang sama. ayat berulang pulak tu. agaknya doktor tak perasan di situ OR bukan O sahaja atau ER. hoho! disebabkan saya ni tak yakin dengan doktor td, (doktor ni tolong jg exam saja bukan examiner) saya buat keputusan sendiri untuk jawapan hypERthyroidism. dah tunggu berapa lama untuk dengar any student to ask the same question, tp takde yang tanya. korang perasan tak OR tu?

saya dah cuba 'celikkan' mata banyak kali. tetap OR. siap try nak jadikan O tu jadi E dan nak buat2 tak nampak R di situ. tapi, hati masih kate 'hyperthyroidism' la syimah. ok, itu jawapan final saya. apa jadi selepas ni, semoga itu yang terbaik.

ni la, time Dr.Fathy yang baik hati tu dah pegi baru nampak ada something wrong kat soalan. lain kali ikut bila doktor kata "read your question carefully, then ask if you have any question"...padan muka mu!

ok, all the best for the next paper..SURGERY!

robbuna yusahhil semua =)

doakan kejayaan bersama.

semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.

kalau saya salah, tolong betulkan.




2 comments:

kucIngbUnge said...

oh noo..saye pon tak pasan..!hahaha
ketaq sgt kot tadi..plus,sejuk amat dlm hall!grrr..gigil2 pgg pen..hu2

x pelah,tawakal!
:) thanx kak syimah 4 da reminder..

tuan rumah said...

oggy pun xpasan...huhu~ rsanye rmai lg yg xpasan. n jwpn sy je la lain dr org lain kot, kuang3..

yup, btul..tawakkal. smga smua yg trbaek! ^^V