"dijadikan terasa indah pada pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak....(hingga ke akhir ayat)" Ali 'Imraan ayat 14.
"tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita." (HR Bukhari dan Muslim)
alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu di 'rumah' saya ini , tujuan utamanya adalah sebagai pesanan kepada diri saya sendiri terutamanya dan juga sahabat2 saya yang saya sayang. insyaAllah.
perhatikan ayat 14 surah Ali 'Imraan di atas, Allah menyenaraikan wanita sebagai yang pertama menjadi kecintaan kepada manusia. manakala di dalam hadis Rasulullah SAW itu pula, menyatakan wanita adalah fitnah terbesar di dunia.
wah, hebat sangatkah wanita/perempuan ni?
ada satu kisah, saya betul2 lupa kisah ni berlaku semasa kejatuhan kerajaan apa. kalau sahabat2 tahu dan ingat, mungkin boleh tambah.
kisahnya, pasukan musuh ingin menyerang sebuah kerajaan ISlam ni. pihak musuh menghantar pegintip utk mengetahui kekuatan atau keadaan sebenar kerajaan ni. kali pertama pergi, si pengintip melihat pemuda2 dalam kerajaan itu sibuk berbahas tentang hadis. kali kedua pegi, sama juga. keadaan ini mengundang kebimbangan pihak musuh. bagi mereka, kerajaan ini masih kuat. tapi bila si pengintip pergi sekali lagi, dia melihat seorang pemuda sedang menangis. lalu, dia pergi menegur pemuda tersebut.
"kenapa kamu menangis wahai pemuda?''
rupa2 nya, pemuda tadi tu sudah putus cinta.
lalu, pihak musuh berkeputusan...inilah masanya untuk kita serang. maka, kerajaan itu jatuh akhirnya.
lihat, hanya kerana seorang wanita, seorang pemuda lemah. dan disebabkan itu juga satu kerajaan Islam jatuh!
wahai syabab! semuanya kerana cinta?
itu kisah pertama.
ada satu lagi kisah mengenai seorang pemuda yang tinggal di dalam sebuah pondok buruk di dalam hutan (kalau tak silap la). lepas tu, dia didatangi seorang perempuan yang telah sesat. si pemuda mempelawa perempuan tadi untuk bermalam di pondoknya. sepanjang malam dia berjaga. bila lelaki dan perempuan itu berdua, ada yang ketiga iaitu syaitan. oleh kerana takut andai dia tewas pada godaan syaitan, si pemuda tadi meletakkan tangannya di atas api. semata-mata ingin mengingatkan dirinya bahawa api neraka itu jauh lebih panas dan menyakitkan daripada api yang sedang membakar tangannya.
satu lagi cubaan yang dibawa oleh seorang hamba Allah bernama wanita.
untuk menutup pintu2 fitnah, Allah syariatkan penutupan aurat. tapi, bukan itu saja...malah dari segi muamalat atau pergaulan juga Allah suruh jaga.
soalan pertama : kalau dah tutup aurat betul2, tapi masih menarik perhatian lelaki untuk memandangnya...berdosakah kita?
jawapan : kita sudah melaksanakan yang wajib,iaitu menutup aurat. dan sebab itulah Allah sebut dalam surah An-Nuur :
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]
tundukkan pandangan!
dan andaikata mata itu masih memandang perempuan @ lelaki yang sudah menutup aurat dengan betul, pemilik mata itu lah yang berdosa.
err...perempuan jangan sengaja lalu lalang depan lelaki pula. pandai2 lah menutup pintu fitnah. suka untuk saya kongsikan satu link mengenai niqob di sini.
soalan kedua : menjaga pergaulan. jadi, tak boleh la berkawan dengan lelaki?
jawapan : pergaulan antara lelaki dan perempuan pada asalnya adalah haram. tetapi dibenarkan dalam urusan2 yang tertentu. selama ni, saya cuma dapat jawapan untuk ta'rif 'urusan' adalah belajar, rawatan, dan jual beli. pernah juga terfikir, macam la ini saja urusan antara kita dan laki2. akhirnya jawapan yang paling tepat dan padat yang saya dengar dari Ustazah Fatimah Syarha, "urusan tu kalau kita dibentangkan di hadapan Allah taala, kita mampu jawab"
kalau rasa tak mampu, maka itu bukan urusan.
adik kesayangan saya ada mengulasnya di sini.
maka kita cek balik urusan kita sehari-hari. masa belajar, kerja, dan urusan program. hatta pengguna musyrif pun, batas2 pergaulan kita kena jaga. memang lah kita minta jasa baik si musyrif, tp itu tak bermaksud kita dibenarkan untuk bermanis mulut.
syadid?
saya akui amat susah untuk menjaga pergaulan. sangat susah. tambah2 lagi dalam konteks dunia sekarang di mana perempuan dan lelaki sama2 keluar mencari ilmu dan mencari rezeki. saya pun masih mencuba untuk realisasikannya.
Allah menguji pada titik paling lemah kita. sampai ujian itu lulus, baru Allah lepaskan kita ke peringkat yang lain dengan ujian yang lain. maka ujian itu adalah satu didikan sebenarnya. untuk menaiktaraf kita di sisiNya. hamba soleh,solehah. mukmin, mukminah. hamba yang disayangi oleh Nya.
wallahu a'alam.
****
saya cuma nak tahu, apa tanda kita sudah menjadi fitnah? macam mana kita tahu yang kita ni rupa2nya sudah menjadi fitnah di dunia ni?
apa lagi cara nak mengelak diri daripada menjadi fitnah?
sapa2 yang baca entry ni harap boleh bagi pencerahan.
terima kasih.
~minta maaf kalau silap kata. betulkan saya andai saya salah. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
2 comments:
bila kita dh jadi fitnah.....dugaan amat berat.....walau sekuatmana cuba bertahan......hanya Allah yang tahu......kekiri dan kekanan seperti api yg marak menyala......
sekadar perkongsian untuk ukhti hasyimah
cik bengis > jzkk ats prkongsian. dah berapa hari tunggu feedback. sbb betul2 perlukan pendapat sahabat2 pasal fitnah...maklumlah blog insan biasa2 ni lmbt sikit feedbacknya.
apa2 pun, jazakillah.
Post a Comment