alhamdulillah, hari ni kelas macam biasa. tp, entah kenapa semangat sedikit menurun minggu ni. rasanya dah study, tp time prof tanya dalam kelas mesti tak boleh jawab. agak depress kalau setiap soalan hanya mampu kelip-kelip mata depan doktor. dah la duduk paling depan. direct eye contact la dengan doktor. fakhriah, ni brain constipation ke? huhu!
hari ni doktor baru. rindu pula dengan Prof.Dr. Medhat Anwar...doktor super senior ni lagi hebat. banyak tips yang kita dapat. tapi doktor yang ni pun hebat jugak. blh kata semua doktor kat sini hebat. contohnya doktor Mohamed Gamal td, tengah syok ajar dalam kelas...orang panggil pegi buat operation vesicular mole. terus dia berhenti mengajar dan ajak kami pergi tengok dia buat keje. hebat lah doktor!
doktor baru hari ni Dr. Tarek Karkour. walaupun satu perkataan yang keluar dari mulut dia tu buat hati tersentap sedikit...lama kelamaan perkataan tu dah macam lalat terbang je. tak ada kesan. Dysfunctional Uterine Bleeding. itu tajuk hari ni.
sampai satu point yang dia kaitkan dengan liver disease. tiba2 dia ungkitkan mengenai bekas presiden mereka;pak cik husni. Dr. Tarek mengulas sedikit mengenai satu kalam Allah yang lebih kurang maksudnya, ..manusia kalau dah dapat kedudukan,pangkat, dia tidak akan lepaskannya. semuanya sebab hati yang tak elok. hati tamak.
kalau dengar cerita Doktor tadi, rasa kesian dengan rakyat Mesir. 30 years under stressful life. makan makanan yang sebenarnya makanan tu yang buat penyakit. tp, nak buat macam mana? dah duit takde, hidup susah..persekitaran yang kotor....macam2. patut lah saya pernah dengar yang Mesir ni 'lubuk penyakit'. penyakit apa yang awak nak belajar? semua ada kat sini... dan tadi, saya melihat Dr.Tarek sebak seketika.
baru saya tahu yang sebahagian daripada Sudan (taktau bahagian mana) sekarang adalah asalnya Mesir. tapi dijual kepada Sudan. semua tekejarkan h
arta. alahai pemimpin. korupsi itu jadi budaya sudah dalam dunia kamu?
kita pun tak terlepas dari penyakit hati. tambah2 bila ditaklifkan sebagai pemimpin. kadang2, riya',ujub, malas, tidak ikhlas mudah merajai diri. klik sini.
sebenarnya setiap kita adalah pemimpin. paling dekat adalah pemimpin untuk diri sendiri.
baru terfikir, sebenarnya bila dah masuk klinikal ni...apa yang do
ktor ajar tu ada yang kami dah belajar masa pre-clinical. tp, kenapa tak boleh jawab ye hasyimah bila prof tanya? dah lupa?
mungkin sebab kurang ikhlas. walaupun hati selalu mengingatkan, 'belajar kerana Allah. belajar kerana Allah'..tp, mungkin ada suatu masa niat itu tersasar. wallhu a'alam.
teringat abang saya pernah pesan dulu masa saya dapat keputusan UPSR. masa tu tak dapat 5 A pun. mesti la sedih. tapi, satu yang abang saya tegur..'mungkin sebab kurang doa'. jadi, saya tak boleh salahkan sesiapa. semua tu sebenarnya salah saya juga. mungkin kurang doa.
bila pusing belakang tengok kisah dulu, baru dapat faham situasi sekarang. saya kurang berjaya mungkin sebab saya kurang 'dekat' denganNya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Rasulullah saw. bersabda:
"Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”
[Ditakhrij oleh At-Tarmizi]
boleh cek balik mutabaah amal la kot. banyak dah kosong nampaknya. no wonder la...~
~refleksi diri saya sendiri juga~
No comments:
Post a Comment