halwa telinga

Monday, April 4, 2011

keluarga bahagia


assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, tadi baru saja selesai OSCE untuk subjek surgery.

walaupun ada yang saya jawab 'i don't know', dan saya asyik ulang ayat doktor tu balik, tapi saya sangat bersyukur sebab Allah dah banyak bagi kemudahan dalam menjawab OSCE kali ni.

kalau difikirkan semula, OSCE untuk internal medicine hari tu, OSCE surgery lebih 'ok' bagi saya. sebab OSCE internal medicine hari tu banyak yang te
rgagap dan ke'blurr' an nya saya masa tu sangat menyerlah. senyum je kat doktor. dalam hati? 'sorry doc, i don't know!' ... mungkin kerana itu adalah kali pertama exam bertemu pesakit. dan untuk surgery kali ni saya cuba menenangkan diri saya seboleh-bolehnya so that saya tak cepat menggelabah. bila gelabah, saya akan blank,blur, dan diam. paling tak suka situasi diam tanpa jawapan.


doktor-doktor daripada colorectal surgery tadi pun ok saja hari ni. banyak membantu. doctor yang jadi translator utk long case tadi juga saaaangat baik. saya tengah blank masa tu, then dia tolong bagi hint sebanyak mungkin. apa yang saya patut tanya lep
as ni, point ni tulis sini, bukan sini. then tak tahannya, bila die doubting, dia panggil doktor lain yang jadi translator juga untuk komfemkan balik. baik sungguh!! thnx a lot doctor!


long case : simple goiter.
doctor in charge : DR. Khalid Mabouli. ~yang ni saya asyik ulang soalan dia. padahal tengah take time nak fikir.

short case I : Inguinal hernia (tak tau direct or indirect sebab doktor suruh terangkan pasal internal ring test sahaja tanpa buat)
doctor in charge : Dr. Khalid Saeed.

short case II : palpate the axilla. (ini breast cancer patient, tp doktor suruh palpate axilla saja terus)
doctor in charge : Dr. Yasser Zakiy

dan akhirnya, siap sudah. alhamdulillah...

yang seterusnya, tawakkal lah kepada Allah.


***

bukan mengenai OSCE yang saya nak ketengahkan, tetapi ada perkara lain yang ingin dikongsikan.

keluarga bahagia.

Senyuman ibunda
Gelak tawa ayahandaSenda gurau
Pengubat duka
Kasih yang dicurah
Ikatan terbina
Wujudlah keluarga bahagia

itu salah satu rangkap lagu 'keluarga bahagia 2' dendangan kump
ulan Saujan.
walaupun lagu ni dah lama, tapi saya tetap suka dengar.


Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang b
ertaqwa”



ramai saja yang tahu mengenai doa ini kan? tapi, berapa ramai yang faham maksud di sebaliknya?

saya ada terbaca artikel dalam ruangan Saifulislam.com meng
enai kekeluargaan atau lebih tepat entrynya berkisar mengenai peranan seorang suami atau bapa sebenarnya iaitu sebagai imam kepada keluarganya.

yang menariknya di dalam entry tersebut adalah makna di sebalik doa itu.

~jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa~

ini adalah ayat terakhir dalam doa tu. imam bagi orang-orang yang bertaqwa. ketua kepada orang yang bertaqwa. maka semestinya dia juga yang bertaqwa. rupa2 nya disebalik doa itu, seorang 'abid itu memohon kepada Allah supaya jadikanlah dia hamba yang bertaqwa.

selama ni ramai yang hayati supaya dihadirkan pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata saja sampai terlupa untuk hayati maksud ayat terakhir doa itu. walhal, ayat yang terakhir itu sangat besar maksudnya. sampaikan ada yang segan untuk baca doa ni sebab katanya doa untuk dapat jodoh. ''nanti orang ingat aku gatai nak kawen pulak.'' ...jangan segan jangan malu naa lepas ni. itu doa untuk kita jadi yang bertaqwa juga.

hamba yang bertaqwa adalah hamba yang takutkan Allah. kata ustaz Zahazan, takut di sini bukan bermaksud melarikan diri macam takut kepada hantu. tetapi takut di sini membawa
maksud kita perlu pelihara, awasi,jaga. (boleh klik di sini) .


sekiranya sebuah keluarga itu dipimpin oleh imam yang bertaqwa, maka dia bakal membentuk 'rakyat' yang bertaqwa. ini kerana dia faham apa yang Islam tuntut daripadanya dalam membentuk sebuah keluarga.

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah dirimu dan keluarga
mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" ~ At-Tahriim ayat 6.

~Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan rahmatilah mereka berdua sepertimana mereka mendidikku semasa aku kecil..amiin ya Rabb~

bila post pasal keluarga ni, paham2 lah...tengah 'sakit rumah' la ni. maka disebabkan penyakit itu, terhasillah this pinky stuff. orang 'buta' pasal edit2 gambar ni mampu buat sekadar ini saje lah.

kami tak sempat ambik gamba bersama 2 orang ahli baru semasa hari raya aidilfitri yang lepas dek kerana musibah menimpa keluarga masa tu. semua jadi takde mood. takpe, musibah tanda Allah sayang~ insyaAllah seorang lagi akan bertambah bulan 5 nanti. tak sabar nak jumpa orang baru.
ok, all the best untuk situational OSCE nanti. robbuna Yusahhil!



kalau saya salah tolong betulkan.
apa erti sebuah persahabatan andai tiada sikap saling berpesan-pesan?

wallahu a'alam~








3 comments:

kucIngbUnge said...

k.syimah,2 je ke kes osce td?
alhamdulillah...Allah yusahhil..

all the best 4 the next exams!

gambatte!

tuan rumah said...

oggy > aah..dua kes je. alhamdulillah. doktor smua baik. :D

ok,all the best jugak. robbuna yusahhil!

hAs's said...

omsick eh?

heheh.

all da best remaining papers :)
doakan kejayaan bersama inshaAllah.